Anda di halaman 1dari 1

Masuk neraka sakiti hati jiran

DALAM satu rancangan agama yang disiarkan di televisyen,


penceramahnya berkata, seseorang yang menyakiti hati jiran akan
menjadi ahli neraka, walaupun dia kuat beribadat. Adakah ini benar?
Bolehkah Datuk terangkan dengan jelas, apa yang dimaksudkan
menyakiti hati jiran dan contohnya? Apa yang perlu dilakukan jika ia
dilakukan tanpa kita sedari?

PEMBACA SETIA,
Perak

JAWAPAN

Memang benar ada hadis menyebut, ada seorang wanita yang sangat kuat
beribadat pada waktu malam, bahkan dia berpuasa pada waktu siang,
tetapi pada masa sama dia suka menyakiti hati jiran dengan perkataan
dan perbuatan.

Oleh itu, segala amalan baik yang dilakukan tidak dapat


menyelamatkan dia dan dia dimasukkan ke neraka.

Ini membuktikan ibadat dalam diri harus seiring dengan amalan dan
hubungan sesama manusia. Jika pincang salah satu, belum tentu akan
terlepas daripada azab Allah.

Apa saja yang menyakitkan hati jiran dalam perbuatan seperti


mengata, mengumpat, malah memasak makanan yang berbau sehingga jiran
terhidu baunya, juga perlu dijaga.

Rasulullah s.a.w pernah berpesan supaya jika membawa balik makanan,


segera dibawa masuk ke rumah kerana bimbang anak-anak jiran nampak
dan menimbulkan keinginan, kecuali jika kita mampu menghulurkan
sedikit kepada mereka.

Perbuatan yang dilakukan tanpa disedari tidak akan dihukum dalam


agama Islam. Yang diambil kira ialah perbuatan yang disengajakan.

Anda mungkin juga menyukai