Anda di halaman 1dari 3

GABAPENTIN

APAKAH KEGUNAAN UBAT INI

 Gabapentin digunakan bersama ubat lain bagi mengawal dan mencegah sawan.
 Ianya juga digunakan untuk melegakan sakit yang berkaitan saraf
(neurophatic pain).

BAGAIMANAKAH CARA MENGAMBIL UBAT INI

 Ambil ubat ini bersama atau tanpa makanan seperti diarahkan oleh doktor.
 Dos bergantung kepada keadaan penyakit, respon kepada rawatan dan pengambilan bersama
ubat lain.
 Semasa beberapa hari pertama mengambil ubat ini, doktor akan meningkatkan dos gabapentin
secara perlahan-lahan. Dos awal perlu diambil semasa hampir tidur bagi mengurangkan kesan
sampingan.
 Jangan hentikan pengambilan ubat ini tanpa arahan dari doktor. Keadaan mungkin menjadi lebih
teruk jika pengambilan ubat ini diberhentikan secara mengejut. Dos mungkin perlu dikurangkan
secara berkala.
 Jangan berkongsi ubat ini dengan orang lain.
 Gabapentin perlu diambil dalam jangka waktu yang sama setiap hari.
 Jangan ambil ubat ini melebihi dari dos yang diarahkan oleh doktor (risiko kesan sampingan akan
meningkat jika diambil secara berlebihan).

 Sebelum mengambil gabapentin, sila maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai
alergik terhadap ubat ini dan juga alergik ubat yang lain.
 Ubat ini boleh menyebabkan gangguan penglihatan, mengantuk dan kepeningan dalam se-
setengah pesakit.
 Pesakit dinasihatkan supaya tidak memandu, mengendali mesin atau melakukan aktiviti
yang memerlukan tumpuan sepenuhnya.
 Orang tua mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan gabapentin, terutamanya
bengkak di bahagian tangan/ buku lali/ kaki dan hilang koordinasi.
 Kanak-kanak mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan seperti perubahan mental/
mood/ kelakuan

Hak cipta terpelihara : Jabatan Farmasi, Hospital Universiti Sains Malaysia


BAGAIMANAKAH ANDA PERLU
MENYIMPAN UBAT INI?.....

 Simpan pada suhu bilik.


 Jauhkan dari kawasan yang JIKA TERLUPA !
Ambil sejurus selepas teringat.
berkelembapan tinggi. Jangan menambah dos untuk
menggantikan dos yang
 Jauhi dari cahaya matahari tertinggal.
 Jauhi dari kanak-kanak
Jika anda mengambil gabapentin tiga kali
sehari, jangan biarkan lebih dari 12 jam
masa antara dos. Keadaan ini boleh

UBAT INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PESAKIT BERIKUT:

 Allergik terhadap ubat atau bahan lain dalam ubat ini

UBAT YANG ANDA AMBIL INI MUNGKIN MEMPUNYAI INTERAKSI DENGAN UBAT LAIN, MAKANAN
ATAU HERBA...

DRUG-DRUG Antasid yang mengandungi aluminium atau magnesium


 Mengganggu penyerapan gabapentin.
 Pengambilan gabapentin perlu dijarakkan sekurang-
kurangnya 2 jam selepas pengambilan antasid.
Ubat yang menyebabkan mengantuk
 Contohnya antihistamin (eg. cetrizine dan diphenhydramine)
dan ubat untuk masalah tidur/ kebimbangan (eg. Zolpidem,
midazolam dan alprazolam).
 Pengambilan gabapentin bersama ubat-ubat ini boleh mening-
katkan kesan mengantuk.

DRUG MAKANAN  Alkohol— Meningkatkan kesan mengantuk

DRUG-HERBA  Tiada interaksi dilaporkan

Hak cipta terpelihara : Jabatan Farmasi, Hospital Universiti Sains Malaysia


 Gabapentin mempunyai struktur yang berkaitan dengan neurotransmitter GABA (gamma-
aminobutyric acid).
 Mekanisme tepat tentang kesan analgesik gabapentin masih tidak diketahui. Namun dalam hai-
wan, gabapentin mencegah allodynia dan hyperalgesia.

KESAN SAMPINGAN

 Ubat ini boleh menyebabkan kepeningan, mengantuk, hilang koordinasi, gangguan penglihatan,
dan pergerakan mata yang tidak normal. Jika keadaan ini berterusan, sila maklumkan kepada
doktor.
 Perlu diingat bahwa doktor memberikan anda ubat ini setelah membuat pertimbangan bahawa
kesan baiknya melebihi kesan sampingan gabapentin.
 Sejumlah kecil pesakit yang mengambil ubat ini mungkin mengalami kemurungan, cubaan
membunuh diri atau masalah mental/ mood yang lain. Sila maklumkan kepada doktor dengan
segera jika anda mengalami perubahan mood atau kelakuan secara tiba-tiba termasuklan tanda
-tanda kemurungan, cubaan membunuh diri dan mencederakan diri.
 Kesan sampingan serius namun jarang berlaku – bemgkak di bahagian tangan/ buku lali/ kaki.
 Alergik yang teruk mungkin boleh berlaku (namun jarang). Anda perlu dapatkan bantuan doktor
dengan segera jika mengalami tanda-tanda kesan alergik yang teruk seperti ruam, gatal/
bengkak (terutama di bahagian kerongkong/ lidah/ muka), kepeningan yang teruk dan kesu-
karan untuk bernafas.

 Penggunaan semasa kehamilan dikategorikan dalam Kumpulan C.


 Kajian dalam haiwan menunjukkan kesan teratogenik
 Tiada data mencukupi penggunaan ubat ini dalam wanita mengandung.
 Hanya boleh digunakan dalam wanita mengandung jika faedah kesan ubat melebihi
risiko terhadap fetus dalam kandungan tersebut.

Penyusuan :
 Gabapentin boleh merentasi susu ibu.
 Hanya boleh digunakan dalam wanita menyusu dada jika kelebihan kesan
ubat melebihi risiko terhadap bayi tersebut.

Hak cipta terpelihara : Jabatan Farmasi, Hospital Universiti Sains Malaysia

Anda mungkin juga menyukai