Anda di halaman 1dari 2

Status Hadis Kelebihan Memotong Kuku Pada Hari-hari Tertentu

Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang hadis yang menyatakan kelebihan memotong
kuku pada hari-hari tertentu. Bahkan ramai juga yang bertanya saya tentang statusnya.
Berdasarkan kajian saya maka dapat rumuskan bhawa hadis berkaitan isu ini diriwayatkan
dari beberapa jalur berikut:

1. Jalur Abu Hurairah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari 2 jalur:

- Jalur pertama dengan lafaz:

" ‫ ومن قلم أظفاره يوم االحد خرجت منه الفاقة‬،‫من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ودخل فيه الشفاء‬
‫ ومن قلم أظفاره يوم الثالثاء خرج منه البرص‬،‫ ومن قلم أظفاره يوم االثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة‬،‫ودخل فيه الغنى‬
‫ ومن قلم أظفاره يوم الخميس‬،‫ ومن قلم أظفاره يوم االربعاء خرج الوسواس والخوف ودخل فيه االمن والصحة‬،‫ودخل فيه العافية‬
‫ ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخلت فيه الرحمة وخرج منه الذنوب‬،‫" خرج منه الجذام ودخل فيه العافية‬.

Maksudnya: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu maka akan keluar darinya
penyakit dan masuk ke dalamnya penawar. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari
Ahad maka akan keluar darinya kemiskinan dan masuk ke dalamnya kekayaan. Sesiapa
yang memotong kukunya pada hari Isnin maka akan keluar darinya kecacatan dan masuk
ke dalamnya kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Selasa maka kan
keluar darinya penyakit sopak dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang
memotong kukunya pada hari Rabu akan keluar darinya penyakit waswas dan ketakutan
dan akan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya
pada hari Khamis akan keluar darinnya penyakit kusta dan akan masuk ke dalamnya
kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka akan masuk ke
dalamnya rahmat dan keluar darinya dosa-dosa.

Hadis ini PALSU. Berikut komentar ulama hadis terhadapnya:

Kata Ibn al-Jauzi:

‫ وهو من أفبح الموضوعات‬،‫هذا حديث موضوع على رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬

Maksudnya: Hadis ini palsu ke atas Nabi sallallah alaih wasallam. Dan ia antara seburuk-
buruk hadis palsu. (Rujuk: al-Maudhu'at, jld. 3, hlm. 53)

Kata al-Syaukani:

‫ وكلماتهم الركيكة‬i‫هو موضوع في إسناده وضاعان ومجاهيل فقبح هللا الكذابين وقبح ألفاظهم الساقطة‬

Maksudnya: Hadis ini palsu. Pada sanadnya terdapat dua orang pendusta (iaitu Abu 'Ismah
Nuh bin Abi Maryam dan Hannad). Semoga Allah memburukkan golongan pendusta dan
memburukkan lafaz-lafaz mereka yang gugur dan kalimah-kalimah mereka yang jelek.
(Rujuk: al-Fawaid al-Majmu'ah, hlm. 197)
- Jalur kedua dengan lafaz:

‫ ويقص شاربه قبل أن يخرج إلى الجمعة‬،‫كان يقلم أظفاره‬.

Maksudnya: (Nabi sallallah alaih wasallam) memotong kuku dan memotong misainya
sebelum keluar solat Jumaat.

Hadis ini daif kerana terdapat perawi yang bernama Ibrahim bin َQudamah al-Jumahi. Beliau
tidak dikenali. Maka al-Bazzar dan Ibn Hajar menghukumnya daif. (Rujuk: al-Bazzar, al-Bahr
al-Zakkhar, jld. 2, hlm. 424, Ibn Hajar, Fath al-Bari, jld. 10, hlm. 346)

2. Jalur Ibn Abbas:

‫ قبل الصالة أخرج هللا منه‬i‫طلحة بن عمرو عن عطاء عن ابن عباس أن النبي صلى هللا عليه وسلم قال من قلم أظافيره يوم الجمعة‬
‫كل داء وأدخل مكانه الشفاء والرحمة‬.

Maksudnya: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka Allah akan
mengeluarkan darinya semua penyakit dan memasukkan di tempat (penyakit itu) penawar
dan rahmat.

Hadis ini terlalu lemah kerana terdapat perawi bernama Talhah bin 'Amr. Beliau dinilai
matruk (terlalu daif sehingga riwayatnya ditinggalkan) oleh Ibn Hajar. (rujuk: Taqrib al-
Tahzib, jld. 2, hlm. 283)

3. Jalur Aisyah:

‫حدثنا عبد الرحمن بن سلم قال حدثنا أحمد بن ثابت فرخويه الرازى قال حدثنا العالء بن هالل الرقي قال حدثنا يزيد بن زريع عن‬
‫ايوب عن بن ابي مليكة عن عائشة قالت قال رسول هللا صلى هللا عليه و سلم من قلم اظفاره يوم الجمعة وقى من السوء إلى مثلها‬

Maksudnya: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka dia dilindungi dari
keburukan sehingga Jumaat berikutnya.

Hadis ini palsu kerana terdapat perawi pendusta yang bernama Ahmad bin Tsabit
Farkhuyah. (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Taadil, jld. 2, hlm. 44, al-Zahabi, Mizan al-
I'tidal, jld. 1, hlm. 86)

4. Jalur Ibn Mas'ud:

Diriwayatkan dari Ibn Mas'ud melalui 2 jalur:

- Jalur al-Salih bin Bayan dari

Anda mungkin juga menyukai