Anda di halaman 1dari 1

Mengaji al-Quran perlu guru

APAKAH hukumnya belajar al-Quran berpandukan kaset atau video cakera


padat (VCD)? Adakah mengaji bersama rakan dengan berpandukan kaset
tadi boleh dikira bertadarus?

Mal, Pahang

JAWAPAN

Tadarus yang sebenarnya ialah mengaji al-Quran dan kemudian didengar


pula oleh seorang rakan lain untuk disemak dan diperbetulkan bacaan
yang salah.

Ini kerana al-Quran adalah kalam tuhan dan wahyu, jadi ia perlu
dibaca dengan betul dan tepat. Mengaji al-Quran mestilah daripada
guru dengan kehadiran murid kerana Nabi sendiri �tasmik�, yakni
memperdengarkan bacaannya pada Jibrail dan meminta sahabat membaca
kepadanya.

Saya tidak bersetuju mengaji dengan hanya berpandukan kaset atau


video cakera padat (VCD) kerana kita tidak tahu adakah sebutan dan
bacaan itu tepat dan benar, tetapi jika sekadar mendengar dan
memperingati bacaan, ia memang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai