Anda di halaman 1dari 1

Harta wakaf tidak boleh dimiliki

SEBELUM saya berkahwin dua tahun lalu, pak cik saya berkata hendak
mewakafkan rumahnya sebagai hadiah perkahwinan saya yang disaksikan
kedua ibu bapa saya.

Baru-baru ini, dia menuntut saya mengembalikan rumahnya dan jika


tidak saya perlu membayar sewa. Soalan saya, adakah dia berhak
mengambil kembali harta yang sudah diwakafkannya? Apakah jalan
terbaik untuk menyelesaikan masalah ini?

Man,
Kuala Nerang

Jawapan

Ada dua istilah yang mesti kita faham di sini iaitu istilah wakaf
dan hadiah. Wakaf ertinya menghalang pemberian hak milik harta untuk
sesiapa saja dan mengizinkan harta berkenaan dimanfaatkan oleh pihak
yang menerima wakaf sedangkan hadiah ialah memberikan hak milik
untuk dipindahkan pada orang yang dihadiahkan.

Dalam persoalan ini kedua-dua istilah dipakai iaitu mewakafkan rumah


sebagai hadiah. Jika bapa saudara berniat wakaf, tuan tidak layak
memilikinya dan jika dia berniat hadiah, dia tidak boleh menuntutnya
semula.

Yang perlu dilakukan ialah merujuk kembali kepada bapa saudara untuk
mengetahui niat sebenarnya. Jika hadiah, berdosa baginya menuntut
balik dan ia hak saudara, jika wakaf berdosa bagi tuan dan bapa
saudara tuan mengambilnya kerana harta wakaf tidak boleh dimiliki.

Anda mungkin juga menyukai