Anda di halaman 1dari 3

KERTAS PROJEK

1. TAJUK PROJEK : FUN LEARNING MURAL LANTAI

2. Pendahuluan

Program “Fun Learning” mural lantai merupakan salah satu Langkah alternatif dalam
melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) selaras dengan matlamat
Prasekolah SK Sungai Kawi kearah Transformasi Sekolah (TS25). Program ini
menggabungkan enam tunjang yang memfokuskan murid prasekolah. Aktiviti “Fun
Learning” berteraskan didik hibur dan PdPc luar bilik darjah yang mana ianya tidak
terhad kepada jadual waktu konvensional.

2.1 Objektif
Program ini bertujuan meningkatkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dikalangan murid prasekolah disamping menarik minat murid belajar
dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang, murid diharap dapat mengaplikasikan dan mengadaptasikan
dapatan mereka ke dalam pembelajaran seharian terutamanya pembelajaran
tidak formal seperti pembelajaran diluar waktu sekolah.

2.2 Isu
Idea melaksanakan program ini tercetus dari hasil perkongsian melalui laman
sesawang seperti Tiktok, Instagram, Facebook dan juga Google.

3. HURAIAN PROJEK
Program ini akan dilaksanakan pada hari persekolahan semasa aktiviti Main Bebas
ataupun Aktiviti Fizikal.

4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Prasekolah SK Sungai Kawi

5. PELAKSANAAN

a) Terdapat 3 stesen yang dilukis dengan mural lantai.

LANTAI SIMEN PRASEKOLAH SEBELUM DI LUKIS MURAL LANTAI


CONTOH MURAL LANTAI YANG DIAMBIL DARI PERKONGSIAN
FACEBOOK

6. KESIMPULAN
Diharap dengan adanya lukisan mural permainan ini dapat menarik minat kanak-
kanak ke sekolah serta mewujudkan pembelajaran dan pengajaran dalam suasana
yang menyeronokkan.

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH:

KHAJIJAH BINTI SA’AID HU TIONG ANN


Guru Prasekolah Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sungai Kawi b/p: Guru Besar
SK Sungai Kawi

04 SEPTEMBER 2023 04 SEPTEMBER 2023


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KAWI

KERTAS PROJEK

FUN LEARNING MURAL LANTAI PRASEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai