Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN
Unit Komunikasi Korporat Tel: 03 – 8891 5556
Faks: 03 – 8891 5557
Aras 2, No. 51, Persiaran Perdana Laman Web: www.kpkt.gov.my
Presint 4 Emel: media.ukk@kpkt.gov.my
62100 PUTRAJAYA Twitter: www.twitter.com/kpkt_gov
MALAYSIA Facebook: www.facebook.com/KPKTMalaysia

Rujukan kami:
Tarikh : 06 Februari 2020

SIARAN MEDIA
06 Februari 2020

MAJLIS PENYAMPAIAN
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019 DAN
JASAMU DIKENANG 2019
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

PUTRAJAYA, 06 Februari 2020 – YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri


Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Penyampaian
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Dan Jasamu Dikenang 2019 Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang berlangsung malam ini di The Everly Hotel,
Putrajaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBM Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin
Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan, YBhg. Dato' Sri Hj. Mohammad Bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KPKT, dan
Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Agensi di bawah KPKT.

Majlis ini merupakan platform bagi pucuk pimpinan KPKT menzahirkan pengiktirafan di
atas usaha, bakti dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh penjawat awam di
Kementerian ini. Ia juga merupakan usaha ke arah memberikan galakan dan pencetus
semangat kepada semua warga KPKT untuk terus mempertingkatkan produktiviti serta
mutu kerja yang berkualiti tinggi. Ini bagi menjadikan perkhidmatan awam kekal sebagai
perkhidmatan yang diyakini dan disegani oleh rakyat dalam menepati kehendak dan
ekspektasi mereka. Pengiktirafan ini seharusnya mewujudkan persaingan yang sihat di
kalangan semua warga Kementerian untuk membuktikan keupayaan masing-masing
untuk terus maju pada masa akan datang.

1
Dalam majlis tersebut, seramai 156 orang adalah penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2019. Manakala 27 orang warga KPKT adalah warga KPKT yang bersara
dari Julai 2019 hingga Jun 2020. KPKT mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih di atas khidmat
bakti tuan-puan sebagai penjawat awam dan warga Kementerian ini khasnya.

Diharapkan majlis ini dapat meningkatkan komitmen dan pencapaian cemerlang


dengan kesungguhan untuk mendukung usaha kerajaan dalam menjadi tunjang bagi
membina sebuah perkhidmatan awam yang lebih dinamik, cemerlang dan gemilang. Ia
selaras dengan petikan kata-kata YAB Tun Perdana Menteri Malaysia dalam amanat
Tahun Baru beliau iaitu Buatlah resolusi untuk negara. Resolusi untuk menjayakan
negara kita ini supaya kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
bangsa-bangsa maju di dunia ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui oleh YB Puan Hajah Zuraida
Kamaruddin. Di bawah Kementerian ini terdapat 7 Jabatan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia; Jabatan Perumahan Negara; Jabatan Kerajaan Tempatan; Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal
Negara; Solid Waste Corporation Malaysia; Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata; dan Institut
Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dikeluarkan Oleh : Unit Komunikasi Korporat


b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Telefon : 03-8891 5555
Faks : 03-8891 5557
E-mel : media.ukk@kpkt.gov.my

Anda mungkin juga menyukai