Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan seorang remaja perempuan bernama Farha yang


pernah mengalami konflik persahabatan iaitu Qaireen yang merupakan
sahabatnya di sekolah. Konflik bermula apabila markah peperiksaan Farha
telah melebihi pencapaian Qaireen yang selama ini merupakan murid yang
paling pandai di sekolah.
Selepas mendapat keputusan peperiksaan akhir tahun, Farha sangat
teruja untuk memberitahu sahabatnya tentang markah peperiksaannya yang
tidak pernah dia impikan selama ini. Namun reaksi Qaireen memperlihatkan
yang dirinya tidak suka dan tidak berpuas hati di atas pencapaian Farha.
Qaireen telah merasa tergugat dengan pencapaian keputusan sahabatnya
Farha.
Semenjak itu Qaireen cuba menjauhkan diri daripada Farha dan sentiasa
mengelak daripada membantu dan meluangkan masa bersama dengan
Farha. Di sini bermula pertemuan di antara Farha dan Danish, ketulusan
dan keikhlasan Danish pada mulanya tidak diterima Farha kerana Farha
sudah serik dengan perkataan ingin “Bersahabat”. Baginya persahabatan
tidak wujud di dunia ini. Tetapi kesungguhan Danish dalam mendekati
dirinya dan mereka juga di fitnah kerana perhubungan mereka. Akan tetapi
Danish berjaya membuktikan yang dia ikhlas ingin bersahabat dengan
Farha.
Di sini telah membuatkan sahabat lamanya Qaireen seakan-akan tidak
selesa dan cemburu. Bermacam cara Qaireen cuba untuk meleraikan
persahabatan di antara mereka berdua namun akhir sekali Qaireen
menyedari yang dia sebenarnya bersalah dalam hal ini.
Persahabatan bukanlah tentang siapa yang kau kenal paling lama tetapi
tentang ia yang datang dalam kehidupanmu. Teman sejati adalah ia yang
datang saat seluruh dunia pergi menjauhimu.

Anda mungkin juga menyukai