Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SJK (C) KG BARU RAHANG

TAHUN 2022

TARIKH : 14 dan 15 OKTOBER 2022


HARI : JUMAAT DAN SABTU
TEMPAT : SJK(C) KG BARU RAHANG

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
SJK(C) KG BARU RAHANG
1. PENDAHULUAN

Setiap murid yang berada di Tahap 2 adalah diwajibkan untuk menyertai dan
mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform 2022 yang dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum Sekolah.

Perkhemahan tersebut melibatkan semua murid Tahap 2. Ianya diadakan untuk


memberikan peluang kepada murid-murid terutamanya murid Tahap 2 untuk
merasai aktiviti berkhemah, muhasabah diri dan hidup berdikari.

2. RASIONAL

Melalui aktiviti yang dirancang, murid-murid dipupuk dengan sifat mulia seperti
bertoleransi, bertolak ansur, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga

mendedahkan murid-murid kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara


tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing.

3. OBJEKTIF

1) Memberi peluang dan ruang kepada setiap murid Tahap 2 untuk berkhemah
sekali dalam seumur hidup terutamanya pada peringkat sekolah rendah.

2) Memberi peluang kepada para peserta yang terlibat untuk bertukar-tukar


pendapat, menimba pengalaman dan menambahkan pengetahuan dalam
aktiviti-aktiviti perkhemahan.

3) Menanamkan semangat yang tinggi dalam keyakinan diri dan patriotisme serta
mendedahkan kepada para peserta tentang kenyataan hidup dan menghargai
alam sekitar di muka bumi ini.

4) Menjalinkan hubungan muhibbah, interaksi dan merapatkan hubungan


silatulrahim pada setiap peserta.

5) Melahirkan para peserta yang boleh berdikari dan bijak mengurus diri dan masa,
peserta yang berkualiti dalam bidang pembelajaran dan pengajaran.
4. TARIKH / MASA PELAKSANAAN

Program ini akan dilaksanakan pada:

Tarikh : 14 & 15 Oktober 2022


Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : Jumaat (Pendaftaran – 1.00 petang) dan
Sabtu (Bersurai – 12.30 petang)
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang SJKC Kg Baru Rahang

5. TENTATIF PROGRAM
Lampiran A

6. AJK PELAKSANA
Lampiran B

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
Lampiran C

8. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERKHEMAHAN


Lampiran D

9. PENUTUP

Adalah diharapkan melalui program dan aktiviti yang dianjurkan oleh SJKC Kg
Baru Rahang ini, murid-murid dapat mengikuti aktiviti yang diminati bagi
menjana minda dan kreadibiliti mereka dalam menangani permasalahan
minda, sosial dan kerjaya dalam menuju ke era 2022 bagi mewujudkan insan
yang seimbang dari segi emosi, intelek, jasmani dan rohani.
Disediakan oleh :

-------------------------------------------
(Cheok Chan Hoa)
Setiausaha
Program Perkhemahan Unit Beruniform 2022

Disemak oleh :

------------------------------------------
(Wong Wei Yaw)
Pengerusi
Program Perkhemahan Unit Beruniform 2022

Disahkan oleh :

------------------------------------------
(Goh Choon Lan)
Guru Besar
SJKC Kg. Baru Rahang
LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN 2 HARI

HARI PERTAMA (JUMAAT) 14 OKTOBER 2022

MASA PROGRAM
1300 Ketibaan peserta, pendaftaran dan taklimat
1330 Aktiviti Station : 1 Snack line
2 Archery (Memanah)
3 Membuat Ondeh-Ondeh
1630 Minum Petang
1700 Aktiviti Cabaran Halangan
1830 Salin pakaian / Pembersihan
1900 Makan malam
2000 Akitiviti Campfire
2130 Bersurai

HARI KEDUA (SABTU) 15 OKTOBER 2022

MASA PROGRAM
0700 Lapor diri
0730 Senamrobik
0745 Aktiviti Stesyen
1 Pembalutan
2 Ikatan
3 Mendirikan khemah
4 Kawad kaki
0945 Rehat
1000 Bengkel – Lakonan
1100 Aktiviti membuat Sandwic
1200 Upacara penutupan / Penyampaian Sijil & Hadiah
1230 Bersurai

* Tentatif ini akan berubah mengikut keadaan semasa.


LAMPIRAN B

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2022
SJKC KG. BARU RAHANG

PENASIHAT : PN. GOH CHOON LAN


Guru Besar

PENGERUSI : EN. WONG WEI YAW


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

NAIB PENGERUSI 1 : PN. LIM LEE FIA


Guru Penolong Kanan Kurikulum

NAIB PENGERUSI 2 : PN. CHU LAN JIN


Guru Penolong Kanan HEM

PENYELARAS : PN. LIONG CHOI NGOH


Kem Komandan

SETIAUSAHA : PN. CHEOK CHAN HOA

BENDAHARI : EN. LOW CHOON CHEE


Setiausaha Unit Sukan

AHLI JAWATANKUASA:
PENDAFTARAN : PN SIM GAIK FONG
HADIAH DAN SIJIL : EN. LOW CHOON CHEE
JURUACARA MAJLIS PENUTUP : PN. LEE MAY TENG
MAKANAN : PN. POK YET LING
SIARAYA : EN. LOW CHOON CHEE
KESELAMATAN & KECEMASAN : UZTAZAH SAMSIAH
AKTIVITI STESEN :
PEMBALUTAN : PN. CHEOK CHAN HOA, PN. LAI CHIN PING
IKATAN : CIK LEE PEY EN, PN. CHEAH SIEAW HOON
MENDIRI KHEMAH : PN. CHEW CHEE YUN, PN. SAW GUG WEI
KAWAD KAKI : CIK PHANG KIM LAI
LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

PROGRAM PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

SJKC KG. BARU RAHANG 2022

Bil. Perkara Jumlah Catatan


1 Makanan malam 120 x RM 4.00 = Wang SUWA (Kantin)
RM 480.00
2 Pride Training & 120 x RM 23.00 = Sumbangan PIBG
Consultancy RM 2760
- Akitiviti Hari +
pertama Tambang
- Campfire pengangkutan
RM100
= RM2860.00
LAMPIRAN D

UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN PERKHEMAHAN


1) UNDANG – UNDANG UMUM

Semua peserta termasuk Guru-Guru Pemimpin, Guru Penolong Pemimpin dan


Jurulatih adalah tertakluk kepada Undang-Undang dan Peraturan yang terkandung
dalam Undang-Undang Perkhemahan, Unit Kokurikulum iaitu ;

1. Peserta adalah seorang yang boleh dipercayai.

2. Peserta juga adalah seorang yang taat kepada Tuhan, Raja, Negeri, Pemimpin,
Ibubapa dan rakan sebaya.

3. Peserta digalakkan berkawan dengan semua orang tidak kira bangsa, agama
dan keturunannya.

4. Peserta harus sentiasa berbudi bahasa dan mengamalkan pekerti yang baik.

5. Peserta sentiasa menurut perintah Ibubapa, Pemimpin, Ketua Patrol dan


sentiasa berdisiplin.

6. Peserta itu juga mestilah suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

2) PERJALANAN AKTIVITI PERKHEMAHAN

1. Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform ini adalah tertakluk kepada Undang-


Undang Perkhemahan, Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Jenjarom.

2. Pelaksanaan aktiviti tersebut lebih berbentuk kepada ketahanan fizikal dan


mental serta membina sahsiah diri dan keyakinan diri melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.

3. Semua guru dan peserta diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi


melancarkan program dan aktiviti yang telah dirancang.

Anda mungkin juga menyukai