Anda di halaman 1dari 2

Nama: Ong Vann Wee

Kelas: 3 Faith
Nama Projek: Kereta Bersensor Inframerah
Tarikh Projek Disiapkan: 12 Jun 2023

Laporan (Tujuan & Cara Berfungsi):


Kereta Bersensor Inframerah merupakan reka bentuk produk yang
dihasilkan bertujuan untuk memudahkan penggunaan kereta automatik.
Buktinya, kereta bersensor inframerah mampu berhenti sebelum
berlanggar dengan objek hadapan. Dari perspektif lain, saiznya yang
kecil membolehkan produk tersebut dibawa ke mana-mana sahaja
dengan mudah. Kereta bersensor inframerah akan bergerak apabila
ditekan suis dan berhenti apabila berdekatan dengan objek di hadapan.

Gambar Rajah Blok (Block Diagram):

Hasil Projek & Permasalahan:


Konklusinya, kereta bersensor inframerah berjaya dihasilkan di dalam
kelas dengan tunjuk ajar guru. Selain itu, kereta bersensor inframerah
dapat memenuhi fungsi yang dikehendaki, iaitu mengesan halangan dan
berhenti sebelum berlanggar dengan objek di hadapan. Wayar yang
bersaiz kecil dan berbagai-bagai telah menyukarkan proses menjalur
wayar dan menyambungkan wayar pada papan mikropengawal
elektronik kereta bersensor inframerah.
Penambahbaikan:
Walaupun kereta bersensor inframerah memenuhi fungsi yang
dikehendaki, beberapa penambahbaikan boleh diimplementasikan untuk
memastikan kereta bersensor inframerah berfungsi dengan lebih
sempurna.
Kelemahan Cadangan Penambahbaikan
Kekurangan nilai estetik kerana Menggunakan kadbod membina
dapat melihat wayar dan papan bumbung kereta dan
mikropengawal elektronik menggunakan tona kayu untuk
membuat kemasan supaya
kereta bersensor inframerah
dapat menarik perhatian
pelanggan
Perlu menggantikan bateri apabila Menggunakan bateri yang boleh
kehilangan bekalan kuasa dicas semula

Rakaman Video Kereta Bersensor Inframerah yang Berfungsi

Disediakan oleh: Ong Vann Wee

Anda mungkin juga menyukai