Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN TATABAHASA

LATIHAN 1: PENYUNTINGAN

Terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan dalam setiap ayat di bawah. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Adik Syaiza akan menuntun rancangan Ejen Ali pada setiap petang.
= ____________________________________________
2. 2. Askar-askar yang mengawal sempadan negeri itu berpegang selaras senapang.
= ____________________________________________
3. 3. Pasar raya ini dibuka pada pukul 10 pagi dan tertutup pada pukul 8 malam.
= ____________________________________________
4. 4. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah diisi borang pendaftaran khas untuk
menyambung pengajian di universiti tempatan.
= ____________________________________________
5. 5. Bilik ini sungguh panas akibat dingin hawa yang telah rosak sejak dua hari yang lalu.
= ____________________________________________
6. 6. Kerana keletihan, pengawal keselamatan itu menduduki di atas kerusi untuk berehat.
= ____________________________________________
7. 7. Program hiburan ini tajaan oleh sebuah syarikat kosmetik yang terkenal di Malaysia.
= ____________________________________________
8. 8. Lima ekor lembu itu sedang peragut rumput di padang.
= ____________________________________________
9. 9. Setiap orang hendaklah memakai litupan muka setiap kali keluar rumah.
= ____________________________________________
10. 10. Karangan ini kami menulis setelah selesai sesi perbincangan dengan guru kami.
= ___________________________________________
LATIHAN 2: PENYUNTINGAN

Terdapatsatu kesalahan dalam setiap ayat di bawah. Kenal pasti dan betulkannya. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula. PERHATIAN: Jenis kesalahan tidak dinyatakan. Maka, setiap ayat
MUNGKIN mengandungi kesalahan ejaan, imbuhan, tatabahasa atau kata atau istilah.

1. Kerana lapar, Naufal mampu menghabiskan dua pinggan kuey teow goreng.

= ___________________________________________

2. Atlet itu telah mensertai banyak acara dalam Sukan Olimpik.

= ___________________________________________

3. Maklumat tentang vaksinasi bagi pelajar sekolah menengah akan diberitahu dari masa ke
semasa.

= ___________________________________________

4. Pukuk rambutan ini sudah tua dan perlu ditebang.

= ___________________________________________

5. Kami menghantar karangan kepada guru kami melalui emel.

= ___________________________________________

6. Aimi dan Aima saling bantu-membantu dalam keadaan sukar.

= ___________________________________________

7. Pada hari ini, esukan semakin digemari oleh golongan muda.

= ___________________________________________

8. Ayah membeli sebuah Kereta Proton Saga untuk abang.

= ___________________________________________

9. Kerana mahu memberikannya kepada jiran-jiran, ibu memasak rendang itu dengan
menggunakan tiga ayam.

= ___________________________________________

10. Ibu bapa hendaklah mempastikan bahawa anak-anak mereka menyertai kelas dalam talian
yang dijalankan oleh guru di sekolah.

= ___________________________________________
LATIHAN 3 – SUSUNAN AYAT

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah
maksud asal ayat.

NOTA RINGKAS

1. AYAT = SUBJEK + PREDIKAT (2 ELEMEN)


2. AYAT = SUBJEK + PREDIKAT + KETERANGAN (3 ELEMEN)
3. SUBJEK + PREDIKAT = AYAT BERSUSUNAN BIASA
4. PREDIKAT + SUBJEK = AYAT BERSUSUNAN SONGSANG
5. Pola susunan ayat bergantung pada bilangan elemen dalam ayat.
 Susunan biasa (2 elemen) = 12
 Susunan songsang (2 elemen) = 21
 Susunan biasa (3 elemen) = 123
 Susunan songsang (3 elemen) = 312*/ 321/ 213/ 231
*pola ini lebih mudah digunakan
6. Contoh:
 Ibu/ menggoreng ikan. (susunan biasa, 12)
 Menggoreng ikan ibu. (susunan songsang, 21)
Ibu/ menggoreng ikan/ di dapur. (susunan biasa, 123)
Di dapur, ibu menggoreng ikan. (susunan songsang, 312)
Di dapur, menggoreng ikan ibu. (susunan songsang, 321)
Menggoreng ikan ibu di dapur. (susunan songsang, 213)
Menggoreng ikan di dapur ibu. (susunan songsang, 231)
7. TIP: Calon TIDAK PERLU MENGHAFAL pola-pola ayat songsang ini. Sebaliknya, gunakanlah
hanya SATU POLA yang mudah diingati. Pola yang paling mudah digunakan bagi ayat songsang
dengan tiga elemen ialah 312.

LATIHAN:

1. Pak Daud menebang pokok itu dengan kapak.


2. Kamu berbual dengan siapa?
3. Ayah menemani adik yang sedang mengulang kaji pelajaran.
4. Bas itu berhenti di Stesen Sentosa.
5. Jamal terpijak najis lembu.
6. Kedai serbaneka itu sangat besar.
7. Kami menyertai bengkel teknik menjawab soalan karangan secara dalam talian pada hari
Jumaat yang lalu.
8. Setiap individu hendaklah memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah.
9. Dia tertidur kerana keletihan.
10. Aplikasi Zoom sangat bagus.
11. Rumah Pak Cik Hamid di mana?
12. Lelaki yang berbaju hitam itu siapa?

Anda mungkin juga menyukai