Anda di halaman 1dari 1

Swetha a/p Rameis,

Taman Jerai Maju,

Lorong 6/2 Jerai Maju,

08300, Gurun,Kedah.

___________________________________________________________________________

Encik Mahathir ,

Guru Kelas Tingkatan 4 USM,

Sekolah Kebangsaan Gurun ,

08300, Kedah. 30/10/2023

Tuan,

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Saya Swetha a/p Rameis murid tingkatan 4USM tidak dapat hadir ke sekolah pada hari rabu hingga
selasa, 25/10/23 - 31/10/23.

2. Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa membawa nenek saya ke Hospital Besar
Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut.

3. Saya dihantar oleh ibu saya untuk ke sekolah. Oleh yang demikian,tiada sesiapa yang dapat
menghantar saya ke sekolah kerana ibu sayaakan pergi ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.

4. Untuk pengetahuan cikgu, saya anak tunggal dalam keluargasaya. Manakala, ibu bapa saya pula tidak
pasti bila mereka akan sampai semula ke rumah setelah selesai urusan di hospital itu nanti. Saya khuatir
kerana tiada sesiapa yang menemani saya di rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti.

5. Kerjasama serta pertimbangan cikgu atas sebab-sebab yang saya berikan amat saya hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Swetha a/p Rameis)

Anda mungkin juga menyukai