Anda di halaman 1dari 6

AKTIVITI : PENGURUSAN MASA

MATLAMAT : Mengurus masa dengan tepat dan bijak.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat ;


1. Menyenaraikan aktiviti seharian mengikut kesesuaian.
2. Menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
3. Membina jadual waktu belajar bersendirian.

BAHAN : Lampiran Masa Itu Emas 1 dan 2

MASA : 90 minit.

PESERTA : Semua peserta

TEMPAT : Dewan

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Aktiviti ini dimulakan dengan semua peserta diminta menyenaraikan aktiviti


mereka pada hari Ahad dan masa yang digunakan. Fasilitator di ingatkan supaya
tidak mengingatkan 24 jam sehari.
2. Setelah menjumlahkan masa didapati ramai yang gagal tepat menggunakan 24
jam sehari . Mungkin mereka terlebih masa seperti 30 jam atau kurang
menggunakan masa seperti hanya menggunakan 19 jam sehari.
3. Fasilitator meminta peserta beragama Islam bersama-sama membaca Surah Al
Asr dan peserta bukan Islam membaca terjemahannya.
“ Demi masa , sesungguhnya manusia berada dalam kerugian ,
melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang
berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran “
4. Fasilitator menerangkan terjemahan Demi Masa dan ungkapan mutiara kata “Yi
chun guan yin yi chun jin”.
5. Fasilitator mengedarkan lampiran Masa Itu Emas 1 dan 2.
6. Sebelum mengisi , peserta diminta memejamkan mata dan mengingat apa yang
berlaku pada masa cuti yang lepas.
7. Secara sukarela beberapa orang peserta diminta membaca lampiran Masa Itu
Emas 1 yang telah siap di isi.
8. Fasilitator membimbing perbincangan ;
a. Kesesuaian masa dengan aktiviti.
b. Kesesuaian waktu belajar dan rehat.
c. Waktu pengurusan diri seperti mandi , makan dan sembahyang.
PROSES

RUMUSAN

1. Fasilitator meminta peserta memberikan maklum balas tentang aktiviti ini.


2. Fasilitator membimbing perbincangan seperti contoh berikut ;
a. Apakah yang dilakukan sepanjang hari cuti sekolah ?
b. Adakah masa yang digunakan telah memberi faedah ?
c. Adakah masa yang ada mencukupi ?
d. Apakah yang dilakukan sepanjang hari persekolahan ?
e. Bagaimana aktiviti pembelajaran pada waktu malam ?
f. Bilakah masa mengulangkaji pelajaran ?
g. Bilakah masa yang digunakan untuk membuat kerja sekolah ?
3. Fasilitator membimbing peserta , untuk mengurus masa dengan bijak dan tepat
keutamaan semasa melakukan sesuatu perkara perlu diambil kira. Keutamaan
perlu dilebihkan dan didahulukan kepada aktiviti pembelajaran.
4. Nilai-nilai murni ;
a. Menepati masa
b. Menghargai masa

FALSAFAH

Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah ini ;

1. Bertangguh itu pencuri masa


2. Masa itu tidak ternilai harganya.
3. Masa tidak akan berulang walau sesaat.
4. Yi chun guan yin yi chun jin ( satu inci masa satu inci emas )
Chun jin nan mai chun guan yin ( satu inci emas tak boleh beli satu inci masa )
( Lampiran Masa Itu Emas 1 )

JADUAL WAKTU SEHARI CUTI SEKOLAH

MASA AKTIVITI YANG DILAKUKAN


( Lampiran Masa Itu Emas 2 )

JADUAL WAKTU SEHARI PERSEKOLAHAN

MASA AKTIVITI YANG DILAKUKAN


JADUAL DINAMIK

MASA
5.30- 7.00- 1.30- 2.00- 3.00- 3.15- 4.30- 5.00- 6.30- 7.00- 8.00- 9.00- 9.15-
10.15
HARI 7.00 1.30 2.00 3.00 3.15 4.30 5.00 6.30 7.00 8.00 9.00 9.15 10.15

ISNIN
Bangun awal, solat hajat, study pre-

Makan Malam & Solat


sekolah & solat Subuh

SELASA

Rehat & Mandi


Rehat & Solat

Rehat & Solat

Bersukan
Sekolah

Rehat

Tidur
RABU

KHAMIS

JUMAAT

MASA
5.30- 7.00- 8.00- 12.30- 2.00- 3.00- 3.15- 4.30- 5.00- 6.30- 7.00- 8.00- 9.15-
10.15
HARI 7.00 8.00 12.30 2.00 3.00 3.15 4.30 5.00 6.30 7.00 8.00 9.00 10.15

SABTU Rehat & Solat


Bersenam

Bersukan
Rehat

Rehat

Rehat
AHAD

Anda mungkin juga menyukai