Anda di halaman 1dari 3

ARAHAN SOALAN

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruang yang disediakan. Boleh buat latihan ini kat buku tatabahasa atau kat kertas
kajang.

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Robert telah berjaya menempa nama
dalam bidang perniagaan. _____________________________________
2. Setiap petang, Puan Asmina menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
__________________________________
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa
tempatan. __________________________________________________________
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. ________________________
5. Farhim menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih
itu. ______________________
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.
______________________________________________________
7. Keropok lekor itu paling sedap sekali apabila dimakan dengan sos
cili. __________________________________________________
8. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00
pagi. ________________________________________________________
9. Rajna sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. _________________________________
10. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat.
_____________________________________
11. Akmal memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. ___________________
12. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan
segera. ________________________
13. Dr. Maisarah adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu. ___________
14. Simon Lee mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan
itu. _________________
15. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
____________________
16. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,"
sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. _____________________
17. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. ___________________
18. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-
benderang. ____________________________________
19. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden
rompakan bank pagi semalam. ___________________________________________
20. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. __________________________

SUMBER : https://lamanrencahdidik.blogspot.com/2023/08/
SKEMA JAWAPAN

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Robert telah berjaya menempa
nama dalam bidang perniagaan. Kedua-dua (kata bilangan tentu/kata bilangan
kelompok)
2. Setiap petang, Puan Asmina menjual goreng keledek di hadapan rumahnya. Keledek
goreng(Hukum DM)
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa
tempatan. Oleh sebab (kata sendi nama/kata hubung pancangan keterangan)

Oleh - mesti dikuti kata nama/frasa nama

Kerana - menghubungkan klausa yang menjadi keterengan kepada klausa utama

- Contoh - Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja

4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. Hal - hal lain (Hukum DM)
5. Farhim menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih
itu. Apabila (Kata tanya/kata hubung pancangan keterangan)
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung. Marah
akan (kata terbitan/kata bantu aspek
7. Keropok lekor itu paling sedap sekali apabila dimakan dengan sos cili. Paling
sedap/sedap sekali (kata penguat)
8. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul
8.00 pagi. Semua peserta/peserta-peserta (kata bilangan tak tentu)
9. Rajna sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. Dibakar oleh ibunya (kata ganti
nama diri ketiga)

- Kata ganti nama diri ketiga mesti menerima kata kerja pasif berimbuhan
‘di-‘dan diikuti kata sendi nama ‘oleh’ .

- Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua mesti ditulis
bersebelahan dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan ‘di’

10. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. Saling


membantu/bantu-membantu (kata ganda separa berimbuhan akhiran)
11. Akmal memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. Daripada (kata sendi
nama)

- Dari digunakan dihadapan kata nama/frasa nama yang menyatakan arah,


tempat atau waktu

- Daripada hadir dihadapan kata nama/frasa nama yang menyatakan punca bagi
manusia, haiwan atau benda

12. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan


segera. Memperlebar (imbuhan apitan/awalan)

- Imbuhan awalan memper… yang kata dasarnya kata adjektif tidak boleh
menerima imbuhan apitan memper…kan.

13. Dr. Maisarah adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari
Sibu. Ialah (kata pemeri)
14. Simon Lee mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu. dalam (kata
sendi nama)

- Keterangan “dalam’ yang menggunakan kata sendi nama di mesti menunjukkan


objek yang ada ruang.
15. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
_Telekung mini(Hukum DM)
16. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,"
sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. Patik (bahasa istana)
17. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. oleh mereka(kata
ganti nama diri ketiga)

-keterangan “oleh”tidak boleh menerima kata ganti diri pertama dan kedua.Kata ganti diri
ketiga digunakan bagi menggantikan diri orang lain yang diperkatakan halnya.

18. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang. sangat
terang/terang-benderang (penggunaan kata penguat)
19. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu
insiden rompakan bank pagi semalam. Dua orang perompak (kata bilangan)
20. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. daripada (kata sendi)

Anda mungkin juga menyukai