Anda di halaman 1dari 4

18/09

Penyuntingan bahasa:

Rakyat Malaysia telah “ketagihan” untuk makan di luar dan berbelanja sebahagian besar pendapatan
mereka setiap bulan untuk memuaskan tabiat itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Secara purata, isi rumah tempatan berbelanja kira-kira satu pertiga “pendapatan boleh guna” mereka
untuk makanan yang dimasak atau dibawa pulang manakala lebih separuh daripada makanan yang
dipesan melalui aplikasi hantaran berharga RM30 atau kurang, setiap pesanan.

Perbelanjaan makanan untuk penggunaan di rumah termasuk barangan runcit secara amnya lebih tinggi
di Malaysia berbanding kebanyakan ekonomi di Asia.

Cadangan Jawapan Cikgu Ong:

berbelanja -> membelanjakan

sebahagian besar pendapatan -> sebahagian besar daripada pendapatan

isi rumah berbelanja -> isi rumah membelanjakan

satu pertiga pendapatan -> satu pertiga daripada pendapatan

atau dibawa pulang -> atau yang dibawa pulang

aplikasi hantaran -> aplikasi penghantaran

untuk penggunaan di rumah -> untuk kegunaan di rumah

berbanding kebanyakan ->berbanding dengan kebanyakan


Kebersihan vs Pembersihan

Latihan 1

1a. Kita mesti mandi bagi memastikan ______ diri terjamin 确保自己的卫生受到保障.

1b. Untuk menjaga ________ diri, kita patut mandi sekurang-kurangnya 1 kali dalam satu hari.

1c. Penjagaan ________ kawasan persekitaran yang baik dapat memastikan kebersihan diri terjamin.

1d. Kerja-kerja ________ longkang sedang dijalankan oleh beberapa orang pekerja DBKL.

Jawapan:

1a. Kebersihan

1b. Kebersihan

1c. Kebersihan

1d. Pembersihan

Kebersihan vs Pembersihan

Latihan 2:

1. Murid-murid perlu menjaga _______ kelas selepas karnival jualan amal tamat.
2. Pekerja Sekolah Kuen Cheng sedang menjalankan kerja __________ selepas karnival jualan amal
义卖会
3. Program __________ Sungai Klang akan bermula tidak lama lagi.
4. Akibat banjir, aktiviti _________ longkang dilakukan dengan serta-merta.
5. Jika __________ tidak dijaga, Sekolah Aminuddin Baki akan penuh dengan serangga seperti lipas
dan nyamuk.
6. ________ Pantai Port Dickson menjadi daya tarikan pelancong.

Jawapan:

1.kebersihan

2.pembersihan

3.pembersihan

4.pembersihan

5.kebersihan

6.kebersihan
Pembayaran vs Bayaran

Latihan 3

1. __________ perlu dibuat di kaunter.

你需要在柜台( ).

2. Kanak-kanak berumur bawah 8 tahun tidak dikenakan __________.

(儿童不需要给???)

3. Jika ___________ tidak dibuat pada hari ini, polis akan memberikan saman.

(如果今天没 [ ], 警察 会开罚单)

4.__________yang dikenakan untuk kali ini ialah RM 50

这次的 (费用 ) 是 RM50.

Jawapan:

1.pembayaran

2.bayaran

3.pembayaran

4.bayaran

Kebakaran vs Pembakaran vs Membakar

Latihan 4:

1. Abang @Ong Zi En _______ sampah di tepi rumah.


2. ________ sampah oleh abang @Yu Xuan Wang menyebabkan pencemaran udara.
3. _________ hutan di Indonesia oleh pengusaha balak yang tidak bertanggungjawab
menyebabkan jerebu 烟霾 di Malaysia pada bulan September setiap tahun.(小心读题目)
4. Permainan mercun oleh kanak-kanak di situ telah menyebabkan __________ sehingga
mengakibatkan 3 kes kecederaan dilaporkan.
5. Kegiatan ____________ sampah sarap secara sewenang-wenangnya menyebabkan majikan itu
dihukum oleh kerajaan.
6. ___________ yang berlaku di Taman Connaught, Cheras menyebabkan dua kes kematian
dilaporkan.

Jawapan:
1.membakar

2.pembakaran

3.Pembakaran

4.kebakaran

5.pembakaran

6.Kebakaran

Anda mungkin juga menyukai