Anda di halaman 1dari 7

KURSUS

CMIE 1423 PEMASARAN DIGITAL


SEMESTER 2 SESI 2022/2023

TAJUK
TUGASAN 1 : LAPORAN AFFILIATE & DROPSHIP

PENSYARAH
PROF MADYA DR. MUHAMMAD AZRY BIN KHOIRY

AHLI KUMPULAN : KUMPULAN 8


NO
NAME
NO. MATRIK
1.
NURISMA DANIA BINTI ISMADI
A194183
2.
NURUL HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM
A190385
3.
AIMY NAJWA BINTI MOHAMMAD ADZAM
A189022
4.
FATIN FASIHAH BINTI AHMAD PUAD
A187361
5.
NUR LAILATUL QADRINA BINTI NORFAIZAN
A186449
6.
ALIA SYAFIRA BINTI MOHD SOKKERI
A192900
7.
WAN ASMA' SAMIHAH BINTI WAN MOKHTAR
A187050

ISI KANDUNGAN
NO.
KANDUNGAN
M/S
1
1.0 DEFINISI & PERBEZAAN AFFILIATE & DROPSHIP
1.1 Definisi Affiliate & Dropship
1.2 Perbezaan Affiliate & Dropship
2
2
3
2
2.0 KELEBIHAN PROGRAM AFFILIATE
2.1 Tidak perlu mengeluarkan produk tersendiri
2.2 Mempunyai banyak pilihan produk
2.3 Modal yang kecil
2.4 Tiada closing manual
2.5 Risiko yang kecil dan tidak berbahaya
6
6
6
6
7
7
3
3.0 3 PLATFORM YANG MENYEDIAKAN PROGRAM AFFILIATE
3.1 Lazada
3.2 Tiktok
3.3 Involve Asia
8
8
9
10
4
4.0 5 CONTOH IKLAN PEMASARAN AFFILIATE
4.1 Melalui video dan tutorial di media sosial
4.2 Melalui video secara langsung (live event)
4.3 Melalui channel Telegram
4.4 Melalui Facebook
4.5 Melalui Whatsapp
12
12
13
14
15
16
1.0 DEFINISI & PERBEZAAN AFFILIATE & DROPSHIP
1.1 Definisi Affiliate & Dropship
Definisi Affiliate
Definisi Dropship
Affiliate merupakan satu aktiviti memasarkan dan mempromosikan produk jenama
orang lain di internet, sekaligus membantu jenama tersebut untuk menjana lebih
banyak hasil pendapatan. Affiliate berfungsi sebagai orang tengah dalam
mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate. Dalam hal ini, terdapat 3
pihak yang terlibat iaitu peniaga, affiliate dan pelanggan. Apabila pelanggan
menekan link tersebut dan membeli produk di situ, anda akan mendapat komisen
berdasarkan jumlah yang tertentu.
Dropship merupakan satu aktiviti menjual produk orang lain dibawah jenama
anda sendiri di dalam internet. Ia juga boleh dimulakan dengan hanya membekalkan
modal yang sangat rendah/tidak perlu mengeluarkan modal. Dropship juga merupakan
satu perniagaan dalam talian yang sama seperti perniagaan konvensional (pembekal,
pemborong, pembeli). Dropship berfungsi sebagai orang tengah dalam mempromosikan
produk orang lain dan menguruskan aduan pelanggan di media sosial/laman web mereka.
Hasil pendapatan adalah bergantung kepada proses pembayaran daripada pelanggan.
1.2 Perbezaan Affiliate & Dropship
Jenis
Perbezaan Affiliate
Perbezaan Dropship
Cara Operasi
Jika ada kekurangan modal, affiliate adalah salah satu cara bagi anda
mendapatkan duit tanpa modal. Ini kerana, anda hanya perlu mempromosikan produk
orang lain seperti di Instagram, Tiktok dan Facebook dengan disertai dengan link
produk tersebut. Apabila mereka membeli melalui link yang ditunjukkan, maka anda
akan mendapat komisen dari pembelian tersebut.
Anda perlu mendaftar sebagai agen dropship pada laman web yang disediakan.
Anda cuma perlu mempromosikan barangan yang ingin dijual. Jika ada pelanggan yang
berminat untuk membeli barangan tersebut, anda cuma perlu mengisi maklumat
pembelian di laman web yang disediakan. Semua penghantaran dan proses penghantaran
cuma dilakukan oleh pemilik barangan atau produk.
Keuntungan
Produk
Keuntungan affiliate bergantung kepada komisen dan anda tidak dapat
menentukan harga komisen bagi sesuatu produk. Namun, affiliate ini kurang fleksibel
kerana anda perlu mencapai target yang ditetapkan untuk mengeluarkan duit komisen.
Contoh, jika target yang ditetapkan ialah sebanyak RM200 dan anda perlu berjaya
mendapatkan komisen tersebut.
Keuntungan bisnes dropship lebih fleksibel. Ini kerana kita dapat menentukan
harga bagi sesuatu barang mengikut apa yang kita mahu. Contohnya, pemilik produk
ingin menjual barangan tersebut sebanyak RM5. Anda boleh menjual semula barangan
tersebut kepada pembeli dengan harga RM15. Jadi, anda mempunyai keuntungan untuk
barangan tersebut sebanyak RM10. Keuntungan produk juga bergantung kepada jumlah
produk yang telah anda jual.
Cara Promosi
Anda perlu mempromosi produk tersebut sahaja. Anda juga tidak dikenakan
sebarang wang pendaftaran untuk melakukan ‘affiliate marketing’. Kebiasaannya,
teknik ‘soft-selling’ telah digunakan supaya tidak nampak seperti mereka telah
menjual sesuatu produk.
Cara mempromosikan dropship barang adalah dengan teknik ‘hard-selling’ dan
juga ‘soft-selling’. Anda juga boleh menggunakan e-commerce store untuk
mempromosikan produk. Anda juga boleh menggunakan teknik ‘soft-selling’ dengan
melakukan video review terhadap barangan yang anda jual dan anda telah cuba. Dengan
cara ini, ia dapat meyakinkan pembeli-pembeli di media sosial yang lain.
Khidmat
Pelanggan
Anda tidak perlu melakukan khidmat pelanggan jika mempromosi barang di
affiliate dan tidak akan terlibat jika terdapat sebarang permasalahan antara
pelanggan dengan pemilik produk.
Anda akan terlibat secara langsung apabila terdapat sebarang masalah antara
pemilik produk dan juga pembeli. Kebiasaannya, barang yang anda jual dipos lambat
oleh pemilik produk. Jadi, sebagai agen dropship anda perlu memainkan peranan yang
penting sebagai orang tengah antara pemilik produk dan pembeli.

Kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa perbezaan antara affiliate dan dropship,


tapi kedua-duanya membolehkan kita menjana pendapatan dengan mudah.

2.0 KELEBIHAN PROGRAM AFFILIATE


2.1 Tidak perlu mengeluarkan produk tersendiri
Kebanyakkan peniaga mempunyai masalah dalam mengeluarkan produk mereka yang
tersendiri. Hal ini kerana, modal yang tinggi diperlukan untuk membangunkan produk
yang mempunyai jenama tersendiri. Dengan menggunakan affiliate, sesiapa sahaja
boleh melakukan bisnes dengan produk yang sudah tersedia atau jenamanya sudah
dikenali orang ramai. Ini dapat memudahkan mereka yang tidak mempunyai modal yang
lebih dan seterusnya dapat memperkembangkan lagi promosi jenama sedia ada tersebut
dengan mudah.

2.2 Mempunyai banyak pilihan produk


Kelebihan affiliate yang seterusnya adalah terdapat banyak pilihan produk yang ada
di dalam pasaran yang hanya memerlukan kita untuk mempromosikannya sahaja. Kita
boleh menemukan produk digital daripada berbagai topik atau niche yang berbeza.
Setiap satunya pula mempunyai kelompok peminat atau penggunanya yang tersendiri.
Ini dapat membantu para pengguna affiliate untuk memperkembangkan promosinya
menerusi kepelbagaian produk yang dijual dan tidak cuma fokus kepada satu jenis
produk sahaja.

2.3 Modal yang kecil


Kelebihan affiliate yang seterusnya adalah affiliate tidak memerlukan modal yang
besar dan bahkan kita juga dapat menjalankannya tanpa modal. Affiliate sangat mudah
dilakukan dan dapat membantu orang ramai khususnya pelajar atau orang yang tidak
berkemampuan melakukan bisnes sendirian. Hanya dengan daftar (sign up) dan daftar
masuk (sign in) affiliate yang kita sertai sudah boleh menjana pendapatan.
Kebiasaanya program affiliate yang terdapat di dalam internet tidak memerlukan
bayaran. Bayarannya adalah data internet dan masa yang kita gunakan sahaja. Kita
hanya perlu mengambil link affiliate daripada vendor dan kemudiannya mempromosikan
link tersebut. Jika terdapat jualan, maka kita akan mendapat komisen daripada
jualan tersebut.

2.4 Tiada closing manual


Closing manual merupakan perkara yang penting kepada penjual/peniaga dimana mereka
akan menguruskan segala belian atau jualan yang masuk. Peniaga akan
bertanggungjawab dan berperanan dalam mengambil pembayaran produk seterusnya
pengeposan barangan. Walaubagaimanapun, affiliate adalah sangat mudah kerana tidak
memerlukan closing manual dan sekadar menjadi orang tengah di antara penjual dan
pembeli dengan hanya memberikan link kepada orang ramai untuk membuat pembelian.

2.5 Risiko kecil dan tidak berbahaya


Affiliate juga mempunyai risiko yang kecil dan tidak berbahaya untuk dijalankan.
Hal ini kerana, apabila terdapat produk yang tidak memberikan keuntungan dan
mendapat sambutan yang baik, ia tidak memberikan kesan kepada seluruh perniagaan
dan tidak membawa kerugian kepada pengguna affiliate. Affiliate nyatanya mempunyai
perbezaan dengan agen yang memegang produk jualan. Jika agen tidak dapat menjual
produk yang berada pada mereka, ia akan mengakibatkan kerugian yang besar berbeza
dengan affiliate yang tidak terkesan dengan sebarang kerugian. Justeru itu, saranan
untuk berpindah kepada affiliate marketing amat digalakkan bagi mengelakkan perkara
ini daripada berlaku.
3.0 3 PLATFORM YANG MENYEDIAKAN PROGRAM AFFILIATE
3.1 Lazada
Lazada merupakan sebuah platform untuk membeli barangan secara atas talian yang
menjual pelbagai jenis barangan termasuk barangan elektrik, pakaian, barangan
masakkan dan lain-lain lagi. Syarikat Lazada ini mempunyai Program Affiliate yang
diuruskan oleh pemilik syarikatnya sendiri. Program affiliate yang ditawarkan oleh
syarikat Lazada adalah sangat efisien kerana program tersebut diuruskan tanpa
menggunakan orang tengah yang mendorong peserta yang menyertai Program Affiliate
Lazada ini untuk mendapat komisen yang lebih tinggi. Kompetensi yang dimiliki oleh
syarikat Lazada ini dapat memudahkan urusan transaksi kepada peserta program yang
berjaya menjual produk mereka.

Pautan : https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/

3.2 Tiktok
Aplikasi Tiktok yang digemari ramai bukanlah sahaja merupakan sebuah aplikasi
hiburan dan sosial media malah Tiktok juga merupakan salah satu platform jual beli
secara atas talian. Aplikasi Tiktok ini turut menyediakan program affiliate untuk
menjana pendapatan sampingan di mana peserta perlu menghasilkan ‘content’ beserta
pautan untuk mempromosikan produk jualan dalam platform tersebut. Kelebihan
menyertai Program Affiliate Tiktok ini ialah peserta tidak perlu mengeluarkan
sebarang modal dan tidak perlu memegang stok kerana peserta hanya perlu
mempromosikan pautan produk melalui video yang dihasilkan.

Komisyen yang diperolehi adalah berdasarkan kepada 10-50 peratus hasil


jualan. Komisyen ini juga akan dimasukkan ke dalam akaun peserta program secara
automatik sekiranya pelanggan membeli barangan melalui pautan yang dipaparkan di
video peserta. Sistem program Affiliate tiktok ini juga berfungsi secara automatik
dan peserta tidak perlu terlibat dengan sebarang urusan pengeposan barang. Bagi
mendaftarkan diri di dalam program ini, peserta perlu mendaftar Tiktok Shop
terlebih dahulu.

Pautan : https://getstarted.tiktok.com/affiliates?
_source_=ads_homepage_footer&lang=en

3.3 Involve Asia

Involve Asia merupakan sebuah platform yang menyediakan pelbagai program affiliate.
Involve Asia menguruskan pelbagai program Affiliate seperti Shopee, Hotel.com,
Watsons dan lain-lain lagi. Antara kategori yang ditawarkan program affiliate di
bawah Involve Asia ini adalah seperti kategori pelancongan, fesyen, perkhidmatan,
pasaran, kewangan, kesihatan dan kecantikan serta elektronik. Komisyen yang
diperoleh adalah bergantung kepada kategori program affiliate yang disertai. Bagi
menyertai program affiliate Involve Asia ini, peserta perlulah membuat permohonan
untuk menyertai program affiliate mengikut kategori yang diingini terlebih dahulu.
Pautan: https://involve.asia/

4.0 5 CONTOH IKLAN PEMASARAN AFFILIATE


4.1 Melalui video dan tutorial di media sosial
Contoh video “racun TikTok” yang sering diguna ramai dan menyertakan pautan
affiliate mereka di bakul kuning

Sejak kebelakangan ini, affiliate serta pautan-pautan affiliate dapat dilihat di


serata media sosial dan aplikasi berkomunikasi tidak kiralah sama ada di aplikasi
Instagram, WhatsApp, Twitter dan aplikasi terbaharu yang sedang mencanak naik,
iaitu aplikasi TikTok. Melalui aplikasi-aplikasi ini, kita bukan sahaja dapat
melihat pelbagai konten, malahan kita juga dapat melihat ramai orang menjadikan
konten mereka sebagai alat ganti mempromosikan pautan affiliate mereka.

Salah satu cara yang semakin menjadi pilihan ramai orang adalah dengan melakukan
video tutorial serta menggunakan terma “racun” untuk menghasut lebih ramai orang
untuk melakukan belian. Dengan adanya video-video tutorial serta “racun” ini,
bakal-bakal pembeli dapat melihat perincian produk dengan lebih teliti.
Contoh video tutorial di mana mereka menyatakan tudung ini senang dibentuk

4.2 Melalui video secara langsung (live event)

Berdasarkan apa yang dapat kami lihat, pembeli juga gemar menonton video secara
langsung daripada penjual kerana mereka dapat bertanyakan soalan serta bakal
mendapat jawapan pada kadar segera.

Oleh itu, pada masa kini, video secara langsung ataupun live menjadi suatu bagi
mempromosikan barangan affiliate mereka. Hal ini kerana, penjual juga ingin mahu
bakal pembeli untuk melakukan pembelian dengan merungkaikan kemusykilan mereka
terhadap sesuatu produk yang merek ingin membeli contohnya seperti produk penjagaan
kulit.

Contoh live event serta pautan kepada produk affiliate mereka

4.3 Channel di Telegram


Telegram merupakan satu aplikasi yang agak terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia
untuk berborak bersama rakan-rakan. Namun begitu, aplikasi ini juga telaah
digunakan untuk melakukan affiliate dan ramai yang akan menyertai ‘channel’ ini
sekadar untuk cuci mata dan ada juga yang memang untuk melakukan pembelian.

Pada pandangan saya, ini merupakan salah satu cara yang menarik kerana melalui
‘channel’ ramai bakal pembeli dapat melihat dengan hanya slaid jari mereka dan
dapat melakukan pembelian di ‘channel’ kita sendiri. Walaupun ada yang tidak
membeli, tetapi dengan cara ini, peratusan interaksi dengan pautan diberi akan
meningkat.

Contoh channel di Telegram yang khas untuk pautan affiliate

4.4 Melalui Facebook page


Facebook adalah antara aplikasi yang mempunyai ramai pengguna terutamanya
dalam menjalankan perniagaan. Hal ini kerana, Facebook dapat memberikan banyak
kelebihan. Antaranya ialah pada masa kini Facebook amatlah popular, ramai rakyat
Malaysia yang mempunyai akaun Facebook masing-masing. Ini memberikan kelebihan
kepada perniagaan yang menggunakan Facebook kerana potensi untuk mendapatkan
pelanggan baru adalah sangat tinggi.

Seterusnya, di Facebook, kita boleh memasuki “group jualan” dimana kita boleh
mempromosikan barang yang kita ingin jual. Hal ini kerana, ramai pelanggan yang
mencari barangan yang ingin mereka beli di “group jualan” tersebut kerana ianya
sangat mudah .

Contoh promosi barang di Facebook page secara affiliate

4.5 Melalui Whatsapp status


Whatsapp pada awalnya hanyalah aplikasi “chatting”. Akan tetapi lama
kelamaan, ramai yang telah menyedari kelebihannya jika digunakan untuk perniagaan.
Antara kelebihannya ialah pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang
produk yang dijual dengan lebih mudah kerana dapat berinteraksi dengan penjual
secara lebih dekat. Pelanggan dapat bertanyakan soalan kepada penjual tanpa had.

Selain itu, ianya dapat mempercepatkan urusan jual beli antara


pelanggan dan pembeli. Kerana ramai yang melihat status pada bila-bila masa sahaja.
Dengan cara mempromosikan produk di Whatsapp status, pelanggan hanya perlu slide ke
atas untuk membuat pembelian .

Contoh promosi barang di Whatsapp status

Anda mungkin juga menyukai