Anda di halaman 1dari 1

Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin adalah pengasas pertubuhan Palestin Hamas.

Beliau
dilahirkan di desa Al-Jaurah,pinggiran Al-Mijdal,selatan semenanjung Gaza yang kini berada
di Ashqelon di Israel.
Beliau dilahirkan pada tahun 1937 pada bulan Jun yang bertarikh pada 28 hari bulan.
Ketika masih kanak-kanak,beliau dan keluarganya telah dipaksa menjadi pelarian akibat oleh
peperangan dengan Israel pada tahun 1948.
Yassin mendirikan Hamas Al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah dengan rakannya
Abdul Aziz Al-Rantisi dan Khaled Meshal pada tahun 1987. Sheikh Ahmed adalah seorang
yang hampir buta akibat kemalangan sukan pada masa mudanya sehingga beliau perlu
menggunakan kerusi roda sepanjang sisa hidupnya.
Beliau merupakan pejuang intifadah,mujahid dakwah yang berjuang menegakkan
Islam dan penghulu pejuang kemerdekaan Palestin. Sheikh Ahmed Yassin dibunuh pada hari
Isnin,22 Mac 2004 ketika helikopter Israel menghentam 3 buah roket ke atas kenderaannya
setelah beliau menunaikan solat Subuh.
Natijahnya,kita sebagai umat islam hendaklah mengambil berat tentang isu saudara
kita yang berada di Palestin kerana saudara kita yang berada di sana sedang mempertahankan
satu masjid yang bernama Al-Aqsa yang menjadi qiblat pertama umat islam seluruh dunia
daripada ancaman Israel Zionis yang kejam.

Anda mungkin juga menyukai