Anda di halaman 1dari 11

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM


BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 markah]

SOALAN MORFOLOGI

JAWAPAN

Kata majmuk mantap :

i. kerjasama
ii. kakitangan
iii. tanggungjawab
iv. antarabangsa

Binaan ayat :

i Pertandingan memancing itu berlangsung dengan jayanya kerana mendapat kerjasama daripada
semua pihak yang terlibat.
ii Ayah Amirah merupakan seorang daripada kakitangan syarikat penerbangan yang terkenal di
Malaysia.
iii Setiap anggota polis mempunyai tanggungjawab yang amat besar khususnya berkaitan isu keselamatan
negara.
iv Semua atlet pastinya mempunyai impian untuk beraksi dalam kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
SOALAN SINTAKSIS

JAWAPAN

i. Peluang yang lebih luas untuk mendapat pekerjaan dipunyai oleh lulusan teknik dan vokasional (TVET).
ii. Penekanan yang khusus mengenai keperluan TVET dalam pasaran buruh dan ekonomi negara telah
diberikan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.
iii. Kepentingan TVET kepada anak muda tidak dapat kita sangkal.

SOALAN PENYUNTINGAN

JAWAPAN

1. beristirehat - beristirahat
2. berkerja - bekerja
3. pelusuk - pelosok
4. dimanfaat - dimanfaatkan
5. negara kita miliki - dimiliki oleh negara kita
6. memukau - memikat
7. disamping - di samping
8. mempekasakan - memperkasakan
9. ialah - adalah
10. mengambil - memerlukan
11. mewah - lumayan
12. warga negara - warganegara
13. di hujung minggu – pada hujung minggu

SOALAN BAHASA MELAYU STANDARD

4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam Bahasa
Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh
Laksamana.

Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai pula aku
ini!”

Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam
dada Kertala Sari terus ke belakangnya.

Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”

Dipetik daripada’Kepimpinan Melalui Teladan’


Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

[4 markah]

JAWAPAN

Kertala Sari berjalan ke tengah-tengah pasar itu. Kakinya tertendang pada badan
Laksamana.

Kertala Sari berdiri di bahagian kepala Laksamana itu, lalu dia berkata, “Terpijak mayat
pula aku ini!”

Semasa Laksamana tidur kerisnya telah sedia terhunus, lalu dia bangun melompat dan
menikam dada Kertala Sari hingga tembus ke belakangnya.

Laksamana berkata, “Cis, mati engkau olehku!”


SOALAN PERIBAHASA

5. Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja. Kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Ibu : Sampai bila kamu hendak bertikam lidah dengan adik kamu tu Mas?

Mas : Adik yang tidak mahu mengalah ibu. Dia yang bersalah. Dialah perlu mengalah dulu. Biarlah apa pun
yang hendak jadi.

Ibu : Mengalah tidak bererti salah Mas. Kamu berdua adik beradik. Sampai bila-bila pun air dicencang tidak
akan putus.

Mas : Sikap adik tu seperti api dalam sekam. Selama ini Mas percayakan dia. Rupa-rupanya dia dalang atas
semua yang berlaku.

Ibu : Ibu faham Mas. Mas ambillah masa untuk maafkan adik ya. Kamu hanya dua beradik saja. Bergaduh
lama-lama pun tidak mendatangkan untung.

[4 markah]

JAWAPAN

1) bertikam lidah : bertegang leher

2) air dicencang tidak akan putus : carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]

SOALAN PETIKAN UMUM

6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
PERHATIAN BAGI SOALAN (iii) : calon disarankan menulis huraian dengan menggunakan teknik BUDAKS.

B : bagi U : untuk D : demi A : agar K : kerana S : supaya / seperti

JAWAPAN

(i) Dua jenis buli yang sering dilakukan secara individu atau berkumpulan ialah aspek psikologi dan fizikal.

(ii) Berdasarkan Bahan 1 , faktor yang menyebabkan gejala buli berlaku ialah faktor persekitaran sosial seperti
kurangnya kawalan ibu bapa dan kurangnya kasih sayang.

Manakala berdasarkan Bahan 2 pula, faktor gejala buli berlaku ialah pelaku ingin berseronok dan mencapai
kepuasan.

(iii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah mengenakan hukuman yang berat kepada
pembuli seperti dibuang sekolah. Selain itu, pihak sekolah perlu menyediakan peti aduan untuk murid
mengadukan masalah buli. Di samping itu, pihak sekolah perlu memastikan pihak kaunselor melaksanakan
program antibuli agar murid-murid sedar akan kesan buruk akibat gejala buli.

(iv) Sebagai rakan, tindakan-tindakan yang wajar diambil oleh rakan anda untuk mengatasi masalah buli adalah
dengan (isi 1) melaporkan kejadian kepada guru disiplin. (Huraian isi 1) Hal ini penting agar guru disiplin boleh
mengambil tindakan yang sewajarnya. Selain itu, (isi 2) saya akan menasihati rakan saya tidak berjalan seorang
diri. (Huraian isi 2) Hal ini wajar dilakukan bagi mengurangkan risiko dibuli. Selain itu, (isi 3) saya akan menasihati
rakan saya agar memaklumkan kepada guru kaunselor atau guru disiplin. (Huraian isi 3). Hal ini demikian kerana
guru tersebut akan memberi jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

SOALAN PETIKAN SASTERA

7. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Berdasarkan bahan 1, nyatakan maksud menyentuh perasaan. [2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan pesanan ibu kepada anaknya. [3 markah]

(iii) Jasa ibu bapa tidak ternilai dalam membesarkan kita. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik yang dapat
dilakukan oleh seorang anak untuk membalas jasa ibu bapanya? [4 markah]

(iv) Anda telah mendapat tahu bahawa ibu rakan anda menghidapi penyakit berbahaya yang mengancam
nyawanya. Kos untuk mengubati penyakit tersebut sangat tinggi. Keluarganya tidak mampu menampung kos
rawatan tersebut. Sebagai seorang rakan yang prihatin dan bertanggungjawab, apakah tindakan anda untuk
membantu rakan yang menghadapi masalah tersebut? [4 markah]

JAWAPAN

1. Maksud menyentuh perasaan ialah menjentik hati.

2. Berdasarkan Bahan 1, pesanan ibu kepada anaknya ialah harus bijak memilih kawan.

Berdasarkan Bahan 2 pula, ibu berpesan agar selalu membaca buku.

3. Pada pendapat saya, cara terbaik yang dapat dilakukan oleh seorang anak untuk membalas jasa ibu bapanya
ialah belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Di
samping itu, anak-anak juga wajar meraikan hari-hari istimewa ibu bapa agar mereka berasa dihargai. Selain
itu, anak-anak juga perlu membawa ibu bapa melancong agar dapat mengeratkan hubungan.

4. Sebagai seorang rakan yang prihatin dan bertanggungjawab, saya akan meminta bantuan pihak sekolah untuk
melancarkan tabung sumbangan. Hal ini demikian kerana warga sekolah dapat bersama-sama menghulurkan
bantuan dan meringankan beban keluarga rakan saya. Selain itu, saya akan memberi cadangan kepada rakan
untuk mencuba rawatan alternatif yang kosnya lebih murah. Hal ini demikian kerana pada zaman ini banyak
kaedah perubatan yang boleh dilakukan.

SOALAN PEMAHAMAN NOVEL


Berdasarkan petikan di atas, nyatakan keadaan Soft Lab. [4 markah]

JAWAPAN :

Keadaan Soft Lab ialah lorong yang agak sempit. Di kanannya dinding konkrit manakala di sebelah kiri pula
dinding kaca lut sinar. Selain itu, terdapat deretan ruang kerja beberapa puluh orang pekerja Soft Lab.

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan, Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa
peristiwa yang mampu memberikan teladan kepada para pembaca.

Peristiwa yang pertama ialah Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu
daripada ditawan oleh tentera Jepun. Walaupun Leftenan Adnan kehabisan peluru, beliau tidak menyerah
kalah sehingga titisan darah yang terakhir. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana daripada peristiwa itu
telah menimbulkan semangat patriotik dalam diri saya untuk terus menjaga kedaulatan dan keamanan negara
daripada diceroboh oleh musah negara.

Selain itu, peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan
daripada penduduk kampung turut memberikan teladan kepada pembaca. Peristiwa ini boleh dijadikan
teladan supaya kita menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Anda mungkin juga menyukai