Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum/

Selamat pagi Salam satu Malaysia / saya ucapkan kepada semua / yang berbahagia
pengetua tadika Qalam ummah / yang berusaha cikgu mila / pengerusi majlis / dan

yang dikasihi guru-guru / ibu bapa dan rakan-rakan sekalian

Izinkan saya berpantun sebagai pembuka majlis /Mencari timba si anak dara /dibawah
sarang burung tempua / salam sembah pembuka bicara / selamat datang untuk

semua/

Saya / Nuqman alhafiz bin Mazlan / mewakili rakan-rakan mengucapkan terma kasih

diatas kesudian para hadirin / yang hadir ke majlis graduasi / dan anugerah pada pagi

ini / Ucapan terima kasih juga ditujukan / khas kepada guru-guru kami / yang telah

mendidik kami / selama 3 tahun di tadika Qalam ummah ini / dengan penuh kesabaran
dan keikhlasan/

Untuk makluman semua / saya telah bersekolah di sini selama 3 tahun / banyak yang
saya telah pelajari disini / insha allah segala jasa guru akan saya ingati / di
keesempatan ini / kami memohon maaf / sekiranya kami ada melakukan kesilapan
sama ada sesama rakan / atau kepada guru-guru/

Harapan kami / kepada tadika Qalam ummah / akan terus maju jaya / dan akan

melahirkan lebih ramai anak anak / yang Berjaya serta cerdik pandai /

Sebelum saya mengakhiri ucapan / pada pagi ini / izinkan saya berpantun sekali lagi

Pergi ke makasar naik kapal / tak lupa mampir dulu ke bali / kami ucapkan selamat

tinggal / terima kasih sudah datang kemari /

Pergi kekebun memetik cili / bunga betik dibuat ulam / usai sudah pertemuan hari ini/
sekian dan assalamualaikum

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai