Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERPISAHAN PN NOOR ANITA JAAFAR

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada hari ini, dalam majlis perpisahan Pn.Noor Anita binti
Jaafar

Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan nikmat-nikmat-Mu yang
tidak terhitung. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.

Justeru kami berhimpun di sini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, sebagai
mengenang jasa bakti yang telah beliau sumbangkan, untuk Dunia Pendidikan khususnya di
SMK Telok Gadong

Allahumma Ya Mudabbiral amri

Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah segala
bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatan Beliau, sebagai ibadah yang Engkau
redhai.

Terimalah segala usaha dan pengorbanan Beliau itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati…
Limpahkanlah segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau serta
keluarga yang tercinta, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini.

Iringilah bersama detik-detik perpindahan Pn Noor Anita, dengan keazaman dan komitmen,
untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram

Kurniakanlah kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti.
Suburkanlah minda dan semangat yang Beliau miliki, ke dalam diri kami.

Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan semangat
permuafakatan dan silaturahim yang murni dan sejati.

Anda mungkin juga menyukai