Anda di halaman 1dari 1

DOA KEJOHANAN HOKI OBD 2022

Segala puji dan syukur kami panjatkan ke hadratMu Ya Allah, kerana dengan izinMu jua
dapat kami mengadakan Kejohanan Hoki Rendah KATMO U11 MSSD Klang 2023 pada
tahun ini.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau mengetahui apa yang kami korbankan untuk memastikan perjuangan pasukan kami
berjaya sampai ke kejohanan ini. Tidak kira dari segi wang ringgit yang dibelanjakan, peluh
keringat yang mengalir, masa bersama keluarga yang banyak kami terpaksa ketepikan.
Justeru, kurniakanlah kami kekuatan mental. Kurniakanlah kami kekuatan jasmani.
Kurniakanlah kami kekuatan rohani, kerana mudah-mudahan dengannya dapat kami
tingkatkan usaha kami, semangat juang kami, demi memperkukuhkan agama, bangsa dan
negara kami.
Allahumma Ya Allah
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa antara matlamat kegiatan sukan ini adalah
untuk memupuk perpaduan. Justeru itu Ya Allah, Engkau kukuhkanlah ikatan antara hati-
hati ini. Kekalkanlah hidup kami di sini dengan hubungan harmoni yang berkekalan, berjalan
berdampingan dengan senyuman manis menawan, bekerja beriringan dengan semangat
kental yang tidak berkesudahan, hidup berjiran dengan semangat persaudaraan yang teguh
berpanjangan.
Sesungguhnya Ya Allah, kami tidak mampu membilang nikmat rahmatMu dalam hidup kami.
Dengan penuh rasa rendah diri kami pohonkan keampunan diatas segala dosa kami, dosa
kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dan dosa seluruh mukminin dan mukminat,
kerana kami tidak mampu menghadapi kemurkaanMu dan tidak jua kami mampu menerima
kepanasan nerakaMu Ya Allah.
Perkenankanlah doa kami ini Ya Allah…. Kerana sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik
sandaran dan sebaik-baik penolong.

Anda mungkin juga menyukai