Anda di halaman 1dari 1

Doa Kejohanan Sukan Olahraga SKBL

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam , Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ke atas ahli keluarga
baginda dan para sahabat. Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu
kerana telah mengizinkan kami untuk mengadakan kejohanan sukan
Olahraga Tahunan SKBL kali ke 51 pada tahun 2019.

Ya Allah Ya Sattar Ya Alim,

Engkau kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan


limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan
daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Kami mohon agar engkau permudahkan segala urusan kami pada hari ini.
Engkau berkatilah majlis kami pada hari ini. Engkau payungilah kami
dengan lembayung rahmatmu, Ya Allah.

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar,

Kurniakanlah kami dengan kekuatan mental, rohani & jasmani. Mudah-


mudahan, kami dapat tingkatkan usaha & semangat juang kami, demi
mencapai kejayaan dalam apa jua acara yang kami sertai pada hari ini.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid,

Engkau terbitkanlah di dalam setiap hati anak- anak didik kami yang
menyertai acara sukan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan
kehambaan kepada-Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Muhaimin Ya Mutakallim,

Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar asbab kejohanan sukan


SKBL pada hari ini, akan dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada
semua murid , untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih di dalam
bidang sukan agar dapat menjadikan diri mereka sebagai contoh yang
terbaik.

Anda mungkin juga menyukai