Anda di halaman 1dari 1

DOA SELAMAT

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja. Ya Allah, kami memohon kepada Mu supaya majlis kejohanan olahraga SMKTTA kali ke 16 tahun 2006 ini berjalan dengan lancar dan penuh kerahmatan. Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada Mu Ya Rahman Ya Fattah Ya Alim.

Anda mungkin juga menyukai