Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.

t dan salam sejahtera


semua.Terima kasih buat pengacara majlis Puan Nor Ayuzah Aris,

Yang Berusaha Pn Kamarol Zaharah Bt Md Yunus,Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Kebangsaan Kangkar Pulai,

Yang Dihormati Hajah Kartinah binti abd kadir Guru Penolong Kanan Kurikulum

Puan suhaila Bt Moktar Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Sundaram al Subramaniam Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Puan Nor Saadah Bt Zakaria,Guru Pen.kanan Petang

Serta semua rakan2 guru,seluruh warga dan murid2 SK kangkar Pulai yang
dihormati dan disayangi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya


dapat kita berkumpul pada hari yg barokah ini di Majlis lambaian Kasih
Junjungan Budi yg diadakan khusus buat kami berdua yang akan mula bertugas
secara rasmi di Sekolah baru masing2 bermula pada minggu hadapan.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat
Pengerusi BKGK,Cikgu Effendy B. Abd Rahman dan Seluruh warga kerja BKGK
pagi dan petang yg sudi merealisasikan majlis yg indah ini.syukran jazzilan.

Para Hadirin Sekalian,

Dalam dunia perguruan, sejak mula mengajar bermula tahun 2009 saya telah
menempuh pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.

Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan


menyentuh perasaan. Realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh,
yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu
ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi dan
sayangi.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah
kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.
Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi.
Kerana itulah fitrah alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita
perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah
kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang
meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang
dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah
perjuangan sebagai insan.Itulah sebahagian dari perjalanan kehidupan dan
perpindahan dalam ungkapan yang lebih baik menjelaskan Hijrah itu
pengorbanan,hijrah itu perjuangan.Insya Allah.

Para Hadirin Sekalian,

Sepanjang saya berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun iaitu bermula dari
tahun 2014 sehingga ke saat ini saya amat2 menghargai segala jasa baik,
kerjasama & kasih sayang serta dukungan yang telah diberikan oleh seluruh
warga & guru serta murid2 di sekolah ini.

Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan


Amanah,tanggungjawab dan tugasan akan sentiasa saya sematkan sebagai
bekalan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan
sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang pendidik.

Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada Pn guru Besar, barisan
pentadbir dan rakan-rakan guru yang sama-sama memberi tunjuk ajar ,motivasi
dan semangat dalam saya mengurus dan menjalankan segala urusan di Sekolah
Kebangsaan Kangkar Pulai ini. Tidak juga dilupakan kepada barisan pekerja2 di
pejabat ,anggota pembersihan sekolah,anggota keselamatan serta pengurusan
kantin sekolah yang sering membantu dalam melancarkan segala urusan di
sekolah ini.

Saya Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi
bersama sepanjang saya bersama dengan guru-guru serta warga sekolah disini.

Sebelum saya akhiri ucapan perpisahan ini ,izinkan saya menutupnya dengan 4
rangkap pantun.
Dian tiga lilin pun tiga
Obor tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana

Batang selasih permainan budak


Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Pucuk pauh delima batu,anak sembilang di tapak tgn,

Sungguh jauh berbatu batu,hilang di mata di hati jgn..

Menghimpun paku di Rumah pak Haron,

Apapun berlaku sentiasalah HUsnudzon..

Semoga hubungan silatulrahim antara kita akan terus kekal selamanya.Insya


Allah.akhir kata, semoga SKKP terus power dan meraih pelbagai gelar dan
kejayaan di masa2 mendtg..

Sekian,wabillah hiltaufiq wal hidayah wassalam mualaikum wbt.. terima kasih


semua.

Anda mungkin juga menyukai