Anda di halaman 1dari 3

DRAF TEKS MC Program Ceramah Khas Israk Mikraj, BPF 2018

10.00 am :
Bismillahirrohmanirrahim. Mohon perhatian.
Para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.
Majlis ceramah kita akan dimulakan sebentar lagi. mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan
puan-puan agar dapat menukarkan mod telefon bimbit ke mod senyap sepanjang majlis
berlangsung agar tidak mengganggu perjalanan majlis nanti.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai.
___________________________________________________________________________
10.15 am :

Bismillahirrohmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin.
Wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiyai walmursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada:

Yg Berusaha Encik Dzafarullah bin Daud,


Timbalan Pengarah, Lembaga Farmasi Malaysia,
Merangkap Pengerusi, Kelab Program Perkhidmatan Farmasi

Yg Dimuliakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Ashraff bin Mohamed Osman,


Mudir Madrasah At-Tazkiyyah, selaku penceramah jemputan kita pada hari ini

Yg Dihormati Pegawai-Pegawai Kanan,


Program Perkhidmatan Farmasi

Seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.


Selamat datang ke Majlis Ceramah Khas sempena Isra’ dan Mikraj, anjuran Kelab Program
Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ahlan wasahlan wa Marhaban bikum.

Pergi ke pasar membeli ikan, Ikan dimasak diatas bara,


Selamat datang kami ucapkan, Ucapan bismillah pembuka acara

Marilah kita mulakan majlis dengan sama-sama membaca ummul kitab, AL-FATIHAH….
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya jua, maka
diberikan kita kelapangan waktu, dianugerahkan kesihatan, dikurniakan kewarasan akal,
didorong dan digerakkan hati, untuk sama-sama berkumpul di saat yang penuh barakah ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan
kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati
pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi
perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj juga merupakan ujian dan mukjizat yang
membuktikan kudrat Allah Subhanahu Wataala dan menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan
kebesaran-Nya kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


Sebelum meneruskan dengan sesi ceramah, suka untuk saya sampaikan sedikit daripada
latar belakang Al-fadhil Ustaz Mohd Ashraff, selaku penceramah kita pada hari ini.

(Rujuk Lampiran)

Tanpa melengahkan masa lagi, saya dengan ini menjemput Al-fadhil Ustaz Mohd Ashraff
untuk menyampaikan ceramah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

[Kepada hadirin dan hadirat yang berhajat untuk bertanya soalan kepada al-fadhil
ustaz, sesi soal jawab akan dibuka selepas ini. Tuan Puan boleh bertanya terus kepada
ustaz, atau jika segan, bolehlah ditulis soalan tersebut diatas kertas dan majukan kepada
saya. InshaaAllah saya akan bacakan nanti.]

……………………………….… (Sesi Ceramah Khas)………………………………….……………

11.15 am :
Alhamdulillah.
Berbanyak terima kasih diucakan kepada alfadhil ustaz diatas perkongsian ilmu sebentar tadi.
Seterusnya, saya membuka peluang kepada sidang hadirin dan hadirat untuk mengajukan
soalan kepada al-fadhil ustaz.

(lihat masa. Sesi soal-jawab setengah jam sahaja. Kalau dah pukul 11.30am, mungkin
boleh benarkan satu soalan terakhir. Maksimum sampai pukul 11.45am sahaja)
___________________________________________________________________________
Jazakallah khayr Ustaz diatas peringatan, nasihat dan teguran yang disampaikan dalam sesi
ceramah sebentar tadi. Moga dapat kita bersama mengambil iktibar dan menanam azam
untuk beramal dengan ilmu yang telah kita peroleh, Inshaa Allah.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput En Dzafarullah bin Daud selaku
Pengerusi, Kelab Program Perkhidmatan Farmasi untuk menyampaikan cenderahati tanda
penghargaan kepada Al-fadhil Ustaz Mohd Ashraff. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Al-Fadhil ustaz kerana sudi hadir dan berkongsi
ilmu bersama kami pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En Dzafarullah bin
Daud diatas kesudian menyampaikan cenderahati kepada Al-fadhil ustaz.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Sekalung budi penghargaan terima kasih diucapkan kerana sudi hadir ke majlis pada hari ini.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli


Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama membaca tasbih kifarah dan Surah Al-Asr sebagai
penutup…………
Sekian. WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai