Anda di halaman 1dari 2

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan
beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya
pada awal tahun.

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf
dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Namun bermula 2023, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan disalurkan
kepada SEMUA murid tanpa mengira had pendapatan.

Kadar Bantuan
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus
(one-off) mulai awal tahun 2023.

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)


Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

 Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan
atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia)
 Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal tanpa mengira had
pendapatan.
 Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah
Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta
(selain sekolah antarabangsa).

Kaedah Penyaluran Bayaran


Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

 Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU


 Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023


 BAP 2023 akan disalurkan mulai Januari 2023.
Baca juga: Login DELIMa KPM: Digital Educational Learning Initiative Malaysia

Cara Permohonan
 Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan
kelayakan.
 Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid
akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi
Pangkalan Data Murid).

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem tersebut.

Anda mungkin juga menyukai