Anda di halaman 1dari 1

Nama : _______________________ Kelas : _____________

Salin semula petikan dalam tulisan berangkai dengan cantik dan kemas

Tahniah, tuan guru besar! Saya dan rakan-rakan dari Kelas 5 Ceria bangga akan tuan
kerana mengambil berat tentang Program Kelestarian Alam di SK Seri Damai. Kami
seronok kerana pihak sekolah telah berjaya untuk menyediakan tong buang dan tebus di
sekolah ini. Kami hanya perlu membuang sampah ke dalam tong bagi mendapatkan token
untuk ditebus dengan wang tunai. Kami sangat bangga kerana dapat berbakti kepada
alam.

Tuan guru besar,

Ibu bapa kami juga akan berganding bahu agar program ini terus mencapai objektifnya.
Sebagai ibu bapa, mereka juga akan memberi kami galakan untuk menggunakan tong
buang dan tebus. Nasihat mereka, wang yang kami dapat hanyalah sebagai galakan tetapi
yang lebih utama ialah ilmu tentang penjagaan alam sekitar.

Kami akan terus menyokong usaha murni ini. Kami akan berkempen agar semua warga
sekolah ini dapat memanfaatkan tong tersebut. Sesungguhnya, kebersihan alam sekitar
ialah tanggungjawab kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai