Bernama Akta Insolvensi - 2023

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

RENCANA Kata Kunci

AKTA PINDAAN BANTU KELUAR DARIPADA bankrap perniagaan

KEGELAPAN MUFLIS akta insolvensi (pindaan) 2023

BERNAMA.com jabatan insolvensi hutang

BERNAMA TV semasa
BERNAMA Radio

BERNAMA Images Berita Berkaitan


MyCheck
NEGARA MENUA: ISU
Belanjawan 2024
KEMISKINAN WARGA
Carian 
EMAS PERLU
Utama DITANGANI SEGERA
gambar hiasan
Am
BERSEDIAKAH KITA
Jenayah & Mahkamah  20/10/2023 10:19 AM NEGARA MENUA?
Ekonomi 
PROSES PEMUTIHAN
Sukan TAHFIZ BUKTI ISU
Politik KESELAMATAN TIDAK
Oleh Nurqalby Mohd Reda
Fokus BERNAMA BOLEH DIKOMPROMI

Tinta Minda
ADVERTISEMENT Lagi Berita
Meta@BERNAMA
Factlounge
Dunia  Receive the Latest Information About Ba VISIT SITE EMPAT SEDERETAN
Laman
Online Degrees
WilayahKorporat  KEDAI DUA TINGKAT

Laman MUSNAH DALAM


 Mikro
   
Dunia Mad Noor (nama samaran) menjadi gelap selepas diisytiharkan muflis dua tahun KEBAKARAN DI
Infografik
Muat turun BERNAMA lalu setelah gagal melunaskan hutang bank dan perniagaan kain pasangnya di Rawang, GEORGE TOWN
 
Video
App Selangor gulung tikar.
BEG NGESONG
Siaran Media Eksklusif
Perniagaan yang dibina bersama-sama isteri sejak 2018 itu mengalami kerugian lebih MARTABATKAN BATIK
Arkib RM100,000, dengan bayaran balik pinjaman bank tertunggak berbulan-bulan akibat KELANTAN
persaingan perniagaan dalam talian yang diburukkan lagi oleh penularan COVID-19.
PENGALAMAN JADI
PEMISAH ANTARA
“Keuntungan kedai sedikit merosot pada 2019 apabila ramai pelanggan berubah selera
PERAK FC DAN JDT
membeli secara dalam talian, dan keadaan itu berterusan hingga pertengahan 2020 akibat
COVID-19.
ADVERTISEMENT

“Apabila tidak mampu lagi menguruskan kedai dan pinjaman bank tertunggak berbulan-bulan
lamanya, kedai terpaksa ditutup pada hujung 2021 dan kami diisytiharkan bankrap,” katanya
kepada Bernama. Offshore Developmen
Status bankrap itu menyebabkan lelaki berusia 65 tahun tersebut kehilangan banyak
Company
keistimewaan, antaranya akaun bank dibekukan dan ditutup, tidak boleh menjalankan
sebarang perniagaan selain tidak dibenarkan ke luar negara. Articles & Info About Offshore
Development. Get in Touch to Learn
more
ADVERTISEMENT

Inside This Building


Hides An A.I. LEARN MO

Apocalypse?
Semua itu menyukarkannya untuk bangkit kembali, namun pindaan terhadap Akta
Insolvensi 1967 (Akta 360) yang dikuatkuasakan pada 6 Okt lepas, memberikan sinar baharu
kepada Mad dan 35,714 kes kebankrapan setakat Ogos lepas, yang ditadbir oleh Jabatan
Insolvensi Malaysia.

Penguatkuasaan akta pindaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 (Akta1695) tersebut memberi
kelegaan kepada Mad untuk kembali memainkan peranan sebagai ketua keluarga. Dia yang
kini disara oleh anak-anak serta isteri yang menjalankan perniagaan menjahit secara kecil-
kecilan di rumah, berhasrat membangunkan semula perniagaannya.

“Saya mahu bina kehidupan baharu,” katanya yang berharap dapat bebas daripada status
muflis dalam tempoh lebih singkat.

ADVERTISEMENT

CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG

Diumumkan sebagai Dasar Peluang Kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada awal bulan
ini, inisiatif itu yang menyasarkan pelepasan hingga 130,000 individu bankrap,
bertujuan memberi kehidupan lebih baik kepada kelompok tersebut dan kembali
menyumbang kepada ekonomi negara.

Pindaan Akta 360 itu melibatkan penambahbaikan peruntukan pelepasan bankrap di bawah
Seksyen 33C, iaitu membolehkan pelepasan bankrap secara automatik dalam tempoh tiga
hingga lima tahun dari tarikh individu muflis menyerahkan pernyataan hal ehwalnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan
penguatkuasaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [A1695] pada 6 Oktober.

Keprihatinan kerajaan terhadap kelompok itu dikuatkan lagi dengan jaminan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2024, apabila
mengumumkan Dasar Peluang Kedua diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun dan
ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000, bermula tahun depan.

Setakat Julai lalu, hampir 14,000 kes muflis dengan hutang bawah RM50,000 telah
dilepaskan daripada kebankrapan.

Selain itu, pindaan terhadap Subsekyen 33B (2A) Akta 360 menyaksikan tambahan dua
kategori baharu individu yang boleh dilepaskan melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)
tanpa melalui prosedur bantahan pemiutang.
Dua kategori tersebut ialah individu bankrap yang tidak boleh mengurus diri dan hal ehwalnya
akibat penyakit mental mengikut takrifan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001, serta
individu bankrap berusia 70 tahun ke atas yang layak, pada pendapat dan pertimbangan
KPI, tidak berupaya untuk menyumbang kepada pentadbiran kebankrapan.

Jabatan Insolvensi dalam laporannya, berkata berdasarkan jumlah kes muflis yang
ditadbirnya, punca utama keberhutangan di negara ini ialah pinjaman peribadi.

Dalam tempoh 2019 hingga Ogos tahun ini, kes pinjaman peribadi mewakili 49.14 peratus
atau 17,550 kes daripada 35,714 kes kebankrapan berbanding jenis pinjaman kewangan
lain, merangkumi pinjaman bercagar atau tidak bercagar, daripada institusi perbankan.

Pinjaman perniagaan merekodkan kes kebankrapan kedua tertinggi dengan 17.30 peratus
atau 6,179 kes, diikuti sewa beli kenderaan (3,898), pinjaman perumahan (2,978) serta hutang
kad kredit sebanyak 2,198 kes atau 6.15 peratus.

PALING RAMAI BANKRAP

Usaha mengurangkan kes kebankrapan dalam kalangan rakyat telah dijalankan sejak 2017
apabila kerajaan sebelum ini meminda Akta 360 dengan menaikkan nilai ambang
keberhutangan daripada RM30,000 kepada RM50,000, dan seterusnya kepada RM100,000
pada 2020.

Susulan inisiatif itu, pendaftaran kes kebankrapan menunjukkan penurunan dari tahun ke
tahun.

“Rekod menunjukkan jumlah individu yang diisytiharkan bankrap pada 2022 adalah seramai
5,695 orang berbanding tahun sebelumnya 6,554 orang, dan setakat Ogos tahun ini, jumlah
individu bankrap adalah 3,063 orang.

“Dari segi umur pula, statistik menunjukkan golongan dalam lingkungan umur 35 hingga 44
tahun bagi tempoh 2019 hingga Ogos 2023 paling ramai bankrap, iaitu 13,757 orang
berbanding individu berumur bawah 25 tahun hanya seramai 115 orang, manakala yang
berumur 55 tahun dan ke atas adalah seramai 5,549 orang,” menurut jabatan tersebut.

Setakat Julai lalu, hampir 14,000 kes muflis dengan hutang bawah RM50,000 telah dilepaskan daripada kebankrapan.

Biarpun pindaan itu dilihat dapat membantu golongan ini membina kembali kehidupan
mereka, bagi pemilik syarikat logistik di Butterworth, Pulau Pinang yang hanya mahu dikenali
sebagai Muszafar, 52, masih ada kelompongan yang perlu ditambah baik, khususnya
sebelum seseorang itu diisytiharkan bankrap.

Merujuk kesnya, lelaki itu berkata mahkamah masih mahu mengisytiharkan bankrap ke atas
dirinya sekalipun nilai asetnya yang disita sudah cukup bagi melunaskan hutangnya.

“Saya dalam proses bakal diisytiharkan bankrap oleh mahkamah disebabkan tidak mampu
membayar hutang lebih RM150,000, tetapi apa yang saya bangkitkan di sini ialah prosedur
akta perlu dikaji, iaitu sebelum mengisytiharkan seseorang itu bankrap supaya tidak
menganiayai penghutang,” katanya.

Selain itu, dia juga berpendapat tempoh pelepasan bankrap secara automatik, iaitu tiga
hingga lima tahun dari tarikh si muflis menyerahkan pernyataan hal ehwalnya, wajar
dipendekkan lagi, khususnya buat peniaga agar mereka dapat bingkas dengan lebih pantas.
Tidak dinafikan, pandemik COVID-19 telah menyaksikan ramai peniaga terpaksa gulung tikar
dan berhutang ratusan ribu ringgit kerana tidak mampu meneruskan perniagaan,
menyebabkan ramai juga yang diisytiharkan muflis.

Mengulas tentang hal itu, pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan
Perbankan Universiti Utara Malaysia Dr Nur Hafizah Mohammad Ismail berkata individu yang
bebas daripada status bankrap lebih berkeupayaan menangani pengurusan kewangan
mereka pada masa depan.

Pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia Dr Nur Hafizah Mohammad Ismail.

Pengalaman yang dilalui membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam menguruskan


kewangan supaya tidak kembali berdepan dengan situasi sama.

“Individu bankrap mempunyai perspektif berbeza dalam menguruskan hutang dan kewangan
mereka berdasarkan pengalaman sebelum ini, sekali gus membolehkan mereka memulakan
perniagaan baharu atau menyumbang kepada tenaga kerja dalam merangsang aktiviti dan
pertumbuhan ekonomi setempat.

“Mereka juga akan mengambil peluang memulakan rancangan pelaburan konservatif dan
berisiko rendah bagi memastikan keseimbangan antara risiko dan pulangan yang akan
diterima,’’ katanya.

Pindaan akta itu, bagi Nur Hafizah, tidak hanya memberi peluang kedua kepada golongan
muflis, tetapi turut dapat menangani stigma masyarakat terhadap individu bankrap yang
boleh mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi mereka.

BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang
disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502,
unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang),
FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :


Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
ADVERTISEMENT

BERNAMA Kategori Laman Mikro Wilayah Lain-lain


• Am • Belanjawan 2024 • Tengah • Laman Korporat
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
• Ekonomi • HAWANA 2023 • Utara • Hubungi Kami
Wisma BERNAMA
• Pasaran • Kesihatan • Selatan • Produk dan
No.28 Jalan BERNAMA
• Tenaga • Sarawak Tok • Timur Perkhidmatan
Off Jalan Tun Razak
• Sukan • Sabah • Kerjaya@BERNAMA
50400 Kuala Lumpur
• Politik • Sarawak • Sebutharga / Tender
Malaysia
• Fokus BERNAMA • Maklum Balas

+603 2693 9933 / +603 2631 1000 (Talian Am) • Dunia Pelanggan 2023

+601 6415 2766 (Bernama.com) • Nam News Network

+603 2631 1535 / 1252 (Wires/Editorial) (NNN)

+603 2631 1112 (Digital Services) • Tinta Minda

+603 2631 1123 (PR/MREM Services) • Infografik

+603 2631 1510 (News & Photo Subscription) • Video

+603 2631 1447 (Bernama TV) • Images

+603 2692 9739 (Bernama Radio) • Siaran Media Eksklusif

 helpdesk[at]bernama.com • Arkib

     
© 2023 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan

Anda mungkin juga menyukai