Anda di halaman 1dari 2

Praktis Perisian Pemprosesan Perkataan LnP020

Hasilkan dokumen seperti di bawah dengan mengikut spesifikasi diberi:-

Tulisan : Arial

Saiz Tulisan : 12

Line Spacing : 1.5

Page Setup Left : 30mm

Page Setup Right : 25mm

Page SetupTop : 25mm

Page Setup Bottom : 25mm

Perenggan 1 : Bold dan Justify

Perenggan 2 : Italic dan Justify

Perenggan 3 : Underline dan Justify

Warnakan perkataan Myspace, Friendster dan Facebook dengan warna Red


Praktis Perisian Pemprosesan Perkataan LnP020
1

Laman Sosial

Sejarah laman sosial bermula selepas penubuhan internet pada tahun 1960
apabila rangkaian komputer telah diwujudkan oleh para penyelidik tentera
Amerika Syarikat (AS) yang ingin mewujudkan hubungan komuniti dunia tanpa
sempadan bagi tujuan penyelidikan dan pertukaran maklumat. Teknologi ini
dikembangkan lagi dengan penciptaan mel elektronik atau email pada tahun
1972 yang dicipta oleh Ray Tomlinson. Seterusnya internet diperluaskan lagi
dengan membentuk rangkaian yang dikenali sebagai World Wide Web (WWW)
pada tahun 1990.

Di Malaysia internet diperkenalkan pada tahun 1991 selepas penyelidikan dijalankan


oleh universiti-universiti tempatan. Universiti-universiti tempatan adalah penggunaan
terawal Rangkaian Komputer Malaysia (RangKom) pada 1987 melalui jaringan yang
dikendalikan oleh MIMOS Berhad. Hasil idea kreatif para pengguna, lahirlah laman
web sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook, blog dan sebagainya.

Friendster ditubuhkan di Mountain View, California oleh Jonathan Abrams pada 2002
yang menjadikan laman web sosial itu memiliki lebih 70 juta ahli seluruh dunia
dengan memberi tumpuan membantu pengguna terus berhubung bersama rakan.

Sementara itu, MySpace yang beribu pejabat di Beverly Hill, California, Amerika
Syarikat adalah lanjutan sebahagian kisah Friendster tetapi mempunyai tujuan yang
sama. Dan yang semakin rancak sekarang ini ialah Facebook, di mana ianya
diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh bekas pelajar Sekolah Tinggi Ardsley dan
Universiti Harvard pada 2006, Mark Zuckerberg.

Anda mungkin juga menyukai