Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK TASEK UTARA
JALAN TARUKA OFF JLN DATIN HALIMAH No. Tel : 07-2365636
80350 JOHOR BAHRU No. Faks : 07-2363858
JOHOR Email : jba1119@moe.edu.my

Ruj.Kami : JBA1119/700-5/4/1 ( 01 )
Tarikh : 20 Januari 2024

Kepada,

Tn. Zaki Bin Abdullah


Head Of Company,
Tanjung Langsat Development Sdn Bhd,
Suite 4 Level 17, Menara KOMTAR,
Johor Bahru City Centre,
80000 Johor Bahru.

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 DAN PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI (PPKI) SK TASEK UTARA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Majlis Apresiasi Tahun 6 dan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Tasek Utara akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Januari 2024


Hari : Rabu
Masa : 1.30 tengah hari
Tempat : Hotel Berjaya / The Zone

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput tuan untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi Tahun 6 dan Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) SK Tasek Utara.

4. Kesudian dan jasa baik tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran tuan ke majlis tersebut dapat
memeriahkan lagimajlis tersebut.

Segala kerjasama yang diberikan, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
b.p (SHARIPAH BINTI MOKHTAR)
Guru Besar,
SK Tasek Utara,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SK TASEK UTARA
JALAN TARUKA OFF JLN DATIN HALIMAH No. Tel : 07-2365636
80350 JOHOR BAHRU No. Faks : 07-2363858
JOHOR Email : jba1119@moe.edu.my

Johor Bahru, Johor.

Anda mungkin juga menyukai