Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

SAMBUTAN PESTA TANGLUNG PRASEKOLAH


SJKC CHUNG CHING 2 2021

KETERANGAN

1.0 PENDAHULUAN
Pesta Tanglung merupakan satu perayaan yang diraikan oleh kaum Cina setiap tahun. Sambutan
Pesta Tanglung ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya perayaan Kaum Cina dengan lebih terperinci
kepada semua murid-murid prasekolah tanpa kira kaum seterusnya dapat memupuk persefahaman antara
kaum.

2.0 RASIONAL
Sambutan Pesta Tanglung ini bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan di kalangan warga
Prasekolah dan menanam sikap keterbukaan serta menerima kepelbagaian budaya penduduk di Malaysia. Di
samping itu, pelbagai aktiviti yang dirancangkan dalam program ini bertujuan untuk mencungkil bakat
murid dalam aktiviti bercerita.

3.0 MATLAMAT / OBJEKTIF PROGRAM

a) Memperkenalkan budaya Pesta Tanglung kepada murid prasekolah.


b) Memupuk kesefahaman antara kaum untuk memperkukuhkan perpaduan.
c) Menjemput semua warga prasekolah untuk menyambut Pesta Tanglung tanpa mengira kaum.
d) Mencungkil bakat murid prasekolah dalam aktiviti bercerita.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Sambutan Pesta Tanglung ini akan melibatkan penyertaan murid prasekolah secara menyeluruh. Justeru satu
jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas prasekolah bagi memastikan pelaksanaan
program ini melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa turut dilibatkan dalam aktiviti ini.

5.0 SASARAN

Semua murid prasekolah seramai 49 orang.


6.0 CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

Sambutan Pesta Tanglung Prasekolah SJKC Chung Ching 2 akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 September 2021


Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing

7.0 TENTATIF PROGRAM


 Rujuk Lampiran Tentatif Program

KEWANGAN

8.0 RESOS KEWANGAN

 Kokurikulum Prasekolah
 Rujuk Lampiran Anggaran Belanja Mengurus

PENGESAHAN

Disediakan oleh : Dilulus oleh,

…………………………… ………………………..
(Siew Ying Min) (Gan Lay Theng)
Penyelaras Prasekolah Guru Besar

LAMPIRAN

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI/PERKARA

10.00am  Cerita Pakaian Bulan (月亮姐姐的衣裳)


Melalui cerita ini, murid-murid dapat membina pemahaman terhadap fasa
bulan. Pesta Tanglung dirayakan pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 mengikut
kalendar Cina, pada hari tersebut, bulan purnama akan sangat bulat dan cerah.

10.15am  Memperkenalkan Sambutan Pesta Tanglung

10.30am  Sesi mengambil gambar


Memegang Tanglung atau kuih bulan masing-masing

10.35am  Aktiviti membuat pergerakan mengikut tempo dengan menggunakan


alat
(使用工具,根据诗歌的节拍拍打节奏)

什么圆圆,什么圆圆,挂天边?
月亮圆,月亮圆,挂天边。
什么圆圆,什么圆圆,甜又甜?
饼儿圆,饼儿圆,甜又甜。

10.55am  Kisah Chang E Terbang Ke Bulan


- Aktiviti soal-jawab

11.10am  Aktiviti Teka Kata (猜灯谜)

11.25am  Menyanyi lagu sambil membuat pergerakan (月亮圆)

11.30am  Bersurai

Aktiviti  Aktiviti bercerita secara bergilir-gilir (Penglibatan Ibu Bapa)


Sambungan
Setiap murid dibahagikan satu ayat di dalam Kisah Chang E, ibu bapa
membimbing murid untuk menghafal dan membuat pegerakan serta mimik muka
yang sesuai. Ibu bapa menghantar rakaman video kepada guru kelas masing-
masing.

LAMPIRAN

8.0 RESOS KEWANGAN

Hadiah Aktiviti Teka Kata (猜灯谜)

Anggaran Belanja Mengurus.


BIL BUTIRAN BAHAN HARGA KUANTITI JUMLAH

SEUNIT

1. Hadiah bagi murid yang RM 2.50 20 RM 50.00


menjawab teka kata dengan
betul

JUMLAH BESAR RM 50.00

Anda mungkin juga menyukai