Anda di halaman 1dari 1

C-SBH-12124

TB2996, TAMAN INTAN,


KELAB FUTSAL JALAN UTARA BARU, 91000 , TAWAU, SABAH
TAWAUKINI EMAIL : TAWAUKINI17@GMAIL.COM
NO.PHONE : 010 534 2410

Ruj.Kami : TK/AKBSTK/S/01
Tarikh : 12 JAN 2024

Encik Anuar Anak John


Pengurus
Kompleks Sukan Tawau

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN MESYUARAT BERKENAAN TEMPAHAN PADANG A

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Seperti yang pihak tuan sedia maklum, Akademi Bola Sepak TawauKini
merupakan pengguna tegar Padang A, Kompleks Sukan Tawau pada setiap
Ahad pagi sejak September 2022.

3. Kami berpandangan sudah masanya untuk pihak akademi dan Kompleks


Sukan Tawau mengadakan mesyuarat untuk menetapkan tempahan Ahad
pagi khusus untuk akademi - melainkan ada acara rasmi dari Kompleks
Sukan Tawau. Kami mencadangkan mesyuarat diadakan pada Isnin (15
Januari 2024) pada pukul 4:00 petang bertempat di Kompleks Sukan Tawau.

4. Selain itu, kami juga percaya ada bentuk kerjasama lain yang boleh
dilakukan di antara akademi dan pihak Kompleks Sukan Tawau. Oleh itu,
kami memohon untuk mengadakan mesyuarat bersama pihak Pengurusan
Kompleks Sukan Tawau.

Sekian, Terima Kasih

Yang Benar,

RAHMAN IMUDA
Pengarah
Akademi Bola Sepak Tawaukini

Anda mungkin juga menyukai