Anda di halaman 1dari 2

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;


Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Memetik Khalimah Teragung……..,Bismillahirrahmanirrahim….. Rasa Syukur Dengan Nikmat Tidak


Terukur Kerana Hari Yang Dinantikan Telah Pun Tiba Dan Inilah Harinya

Yang dihormati pengarah cemerlang kverts Pn Hajah Majmin Binti Md Noor


,yang berusaha timbalan pengarah akademik puan hajah Rahimah Bt Abdul Rahim, Timbalan
Pengarah Sokongan Akademik Puan Suhaila Bt Abd Samad, Ketua Jaminan Kualiti Puan Fairus Bt
Abdullah, Para Pensyarah Dan Rakan Rakan Yg Saya Kasihi Sekalian.Assalamualaikum Wbt ,Salam
Sejahtera Dan Salam Kverts Flying High.

Sebelum Bibir Membuka Bicara,Sebelum Manifesto Dirungkai Rapi,Lebih Manis Jika Saya
Memperkenalkan Diri Saya Terlebih Dahulu, Saya Nur Amira Farisha Bt Md Noor Azlin Merupakan
Murid Dari 1dvm HSK Dan Merupakan Calon 17 , Hadirnya Saya Di sini Untuk Menyampaikan
Manifesto Saya . 2 years ago, not even in my wildest dream i thought that i will be standing tall in
front of you all to deliver my manifesto. but dreams do come true. here ...i am reading my manifesto
in front of you and making sure i stand by the promises that i make in my manifesto

Sengaja, Saya Sebutkan Di Sini Bahawa Jawatan Ini Bukanlah Untuk Saya Menempa Nama, Dan
Bukanlah Untuk Mencari Keistimewaan. Namun, Memilih Untuk Menjadi Calon Mpp, Sebenarnya
Adalah Memilih Untuk Memegang Amanah Dan Tanggungjawab Yang Besar,Jika Saya Diberi
Kepercayaan Untuk Memegang Tampuk Kepimpinan Di Dalam Majlis Perwakilan Pelajar Ini, Akan Saya
Tawarkan, Bukan 1,Bukan 2 Tetapi 3 Manifesto Yang Telah Saya Kaji Dengan Teliti Untuk Membantu
Dan Mengembangkan Kolej Ke Peringkat Yang Terbaik.

Bagi Manifesto Saya Yang Pertama, Oleh Kerana Sebahagian Warga Kverts Mempunyai Perniagaan
Kecil Tersendiri Dan Tidak Mengetahui Bagaimana Perniagaan Mereka Dpt Dikomersialkan Ke
Peringkat Yang Terbaik
Mengadakan Kembali Program Keusahawanan Kverts Merupakan Jalan Yang Efektif Dan Terbaik
Untuk Membantu Mereka Mengembangkan Lagi Perniagaan Tersebut Dengan Bantuan Semua
Warga Kverts , Selain Itu Program Ini Bukan Sahaja Dapat Meningkatkan Ekonomi Kolej Ia Juga Dpt
Mendedahkan Dan Merangsang Pelajar Untuk Memasuki Bidang Perniagaan Yang Boleh Dilakukan
Sebagai Pendapatan Utama Atau Sampingan Selepas Graduasi, Saya Yakin Bahawasanya Program Ini
Juga Dapat Menyokong Produk- Produk Yang Dihasilkan Dari Program Yang Terdapat Di Kolej Ini,
Bukan Itu Sahaja Produk- Produk Tersebut Dapat Dikomersialkan Secara Menyeluruh Melalui Warga
Kverts Yang Menyokong Dengan Membeli Dan Menggunakan Produk Tersebut.

Bagi manifesto saya yang kedua saya akan menyediakan bahan cucian seperti pencuci lantai dan
alatan- alatan pembersihan yang mencukupi untuk kegunaan pelajar di asrama ketika gotong royong,
ini dapat memudahkan pelajar asrama untuk membersihkan kawasan yang ditugaskan tanpa bimbang
tentang alatan dan bahan pembersihan yang tidak mencukupi, selain insentif ini dapat menjamin
kebersihan asrama dan menjadikan asrama sebagai asrama ku syurgaku

Bagi Manifesto Saya Yang Terakhir, Saya Akan Mengemukakan Cadangan Untuk membina
bumbung di tempat parking motosikal untuk pelajar outsider yang pulang menaiki motosikal, ini
kerana saya sedar betapa susahnya pelajar yang membawa motor apabila motor mereka terdedah
kepada hujan dan panas mentari.

Jadi Selesai Sudah Tugas Saya Sebagai Calon Majlis Perwakilan Pelajar Dalam Menyampaikan
Manifesto Saya Kepada Para Hadirin Sekalian, Terima Kasih Kerana Para Hadirin Sekalian Sanggup
Meminjamkan Telinga Kalian Untuk Mendengar Manifesto Saya Pada Pagi Ini ,Sebelum Berakhirnya
Ucapan Saya, Izinkan Saya Untuk Mengakhiri Ucapan Saya Dengan Serangkap Pantun

Daun Selasih Permainan Budak,


Bunga Melur Berbau Wangi,
Bertaut Kasih Bercerai Tidak;

Panjang Umur Berjumpa Lagi

Ingat Simpan Satu Undi Kalian Untuk Saya Dan Undi Yang Lain Untuk Rakan-Rakan Seperjuangan
Saya, I will be the change you wish to see in the world.
Sekian Sahaja Dari Saya, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Mencadangkan kepada pihak sekolah untuk membina bumbung yang menghubungkan bangunan
baru dan blok B, pembangunan bumbung ini dapat menghindarkan pelajar dan memudahkan pelajar
untuk ke bangunan baru dan blok b dengan selamat dan terhindar dari hujan dan panas mentari

Mencadangkan kepada pihak kolej untuk membina bumbung di tempat parking motosikal untuk
pelajar outsider, ini kerana saya sedar betapa susahnya pelajar yang membawa motor apabila motor
mereka terdedah kepada hujan dan panas mentari.

Anda mungkin juga menyukai