Anda di halaman 1dari 1

‘Malangnya’ menjadi pejuang Islam

Antara banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah, ada dua peristiwa
yang menyayat hati telah berlaku dalam sejarah Islam dimana kesan
keperitannya masih terasa hingga hari ini. Yang pertama ialah peristiwa ketika
cucu Nabi s.a.w, Saidina Hussain Bin Ali r.a di tangan-tangan yang berdosa dalam
sebuah kisah yang masyhur di Karbala'.

Tidak sampai satu dekad selepas itu belaku satu lagi peristiwa yang serupa
menimpa cucuNya Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussain apabila
ditinggalkan oleh 400 ribu pengikut yang berbaiah kecuali empat ratus sahaja
yang thabat untuk berdepan dengan musuhnya Hisyam bin Abd.Malik. Dua
gambaran daripada kisah khianat dan ketidaksetiaan.

Pengalaman yang pahit ini begitu dirasai kini oleh pejuang-pejuang Islam di
serata dunia. Dimanakah ukhuwwah? Dimanakah kesetiaan? Dan, dimanakah
pengorbanan? Ketika pejuang Islam di Palestin, Iraq, Chechnya, Afghanistan,
Kashmer dan diseluruh dunia dikepung oleh Zionis Yahudi dan Amerika mereka
ditinggalkan oleh rakan seagama dengan mereka. Mereka dibunuh oleh
kekesalan, kesedihan dan keterabaian sebelum badan mereka ditembusi senjata
musuh.

Sejarah kini berulang semula. Keperitan Saidina Hussain dan Imam Zaid dirasai
sama oleh mujahidin-mujahidin Islam di zaman ini. Dengan kehendak Allah
peristiwa itu berlaku- biarpun ia satu pengorbanan yang sangat tinggi nilainya-
supaya menjadi pengajaran kepada umat sepanjang zaman akan bahaya penyakit
khianat dan penarikan kesetiaan dalam perjuangan menegakkan Islam. Ia bukan
ciri khusus yang hanya berlaku pada satu-satu bangsa tetapi adalah sifat yang
lazim dan sinonim dengan mereka yang lemah imannya.

Pada waktu ini kelihatanlah betapa pentingnya tarbiah imaniah bagi saf
pendakwah khususnya dalam menghadapi suasana getir. Mengubah kesetiaan
dan membubarkan baiah serta tidak melaksanakan tuntutannya diwaktu dakwah
dan perjuangan amat memerlukkan sokongan dan dokongan adalah satu
pengkhianatan yang tidak akan terampun selamanya. "Kenapa dengan kamu ini,
apabila diseru kepada kamu, keluarlah berjuang dijalan Allah, jiwa kamu berat ke
bumi?. Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia?.

Dunia, dunia wahai saudara. Ia yang membuatkan kita tidak setia dengan baiah
dan janji kita. Sebab itu kita gagal dalam dakwah, gagal dalam amal jama’i dan
gagal dalam jihad kita. Adakah kamu telah redha dengan kehidupan dunia?
adakah kerjaya, anak isteri, perniagaan, rumah besar, kereta besar dan
kemewahan telah menghalang kamu dari menunaikan kesetiaan kepada dakwah
dan perjuangan?

Alangkah ‘malangnya’ Hussain, ‘malangnya’ Zaid dan ‘malangnya’ pejuang Islam


pada hari ini di serata dunia!

Anda mungkin juga menyukai