Anda di halaman 1dari 2

BETULKAN NIATMU MENUNTUT

ILMU

K etahuilah wahai saudaraku yang sangat berminat


dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu ,
yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan
rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan ,
seandainya engkau berminat dalam mencari ilmu ini , untuk
berlumba lumba dan mendapat kemegahan dan terkemuka
dikalangan kawan kawan , dan untuk menarik perhatian
terhadap dirimu dan menghimpun terhadap kekayaan dunia
, maka sesungguhnya engkau telah berusaha untuk
menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu
sendiri , dan menjual akhiratmu untuk mendapat harta
dunia , maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaan mu
adalah porak peranda dan guru yang mengajarmu dikira
menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan
merasakan kerugian . ketika ini guru yang mengajarmu
laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak
seperti sabda Rasulullah :

Ertinya : “ sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu


maksiat walaupun dengan setengah kalimat maka orang itu dikira
berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut “

Dan jikalau niatmu dalam mencari ilmu ini untuk mencari


keredhaan Allah dan mencari hidayah bukan semata-mata
untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira
kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya
apabila engkau berjalan dan ikan yang berada dilaut
semuanya meminta ampun darimu apabila engkau berjalan
.

Imam Al Ghazali

Anda mungkin juga menyukai