Anda di halaman 1dari 35

Apakah yang diharapkan melalui praktikum ini?

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi praktikum pada minggu hadapan iaitu bermula daripada 30 Januari hingga 27 April 2012. Minggu ini juga merupakan minggu cuti sempena Tahun Baru Cina. Ini merupakan satu peluang pada saya untuk mempersiapkan dokumen-dokumen, fail-fail dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan sewaktu praktikum nanti. Kuliah amali dan teori yang saya perolehi sepanjang di kelas akan saya gunakan dalam menyiapkan diri untuk menjalani praktikum ini. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani praktikum maka kegentaran dan pelbagai soalan dan pemikiran negatif yang menerjah minda. Namun saya cuba untuk berfikiran positif dan menerima segala cabaran yang mendatang. Harapan saya untuk praktikum ini ialah semoga saya dapat mengumpul pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi seorang guru kelak dan juga menambahbaik lagi prestasi saya. Penyediaan rancangan mengajar, perancangan aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap profesionalisme dan lain-lain lagi akan saya pelajari dengan bersungguh-sungguh sepanjang menjalani praktikum ini. Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini untuk mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul, namun sedari sekarang saya akan mengganggap ia sebagai pembakar semangat kepada saya untuk lebih berusaha mempertingkatkan kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada. Saya juga berazam untuk lebih mendekati lagi murid-murid yang lemah di sekolah saya agar tidak wujud sebarang jurang pemisah antara murid dengan guru. Lebih-lebih lagi muridmurid seperti mereka memerlukan lebih bimbingan dan perhatian. Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak.

PENULISAN JURNAL MINGGU PERTAMA 31 Jan-04 Feb 2011 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu saya telah memulakan sesi praktikum fasa 3. Praktikum ini merupakan pengalaman ketiga saya sepanjang menjadi guru pelatih.

Seperti praktikum yang lalu, saya perlu menemui Guru Besar terlebih dahulu. Selepas sesi taklimat, saya diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan khas serta guru guru aliran perdana. pula. Seterusnya Ternyata saya guru diperkenalkan dengan pembimbing

pembimbing banyak memberikan saya nasihat

dan tunjuk ajar. Saya

bertuah kerana guru pembimbing merupakan seorang yang mesra dan sudi berkongsi ilmu. Saya menerima jadual pada hari pertama lagi. Kepantasan dan kerjasama yang diberikan oleh penyelaras PPKIP SK Alai benar-benar mewujudkan suasana yang mesra seawal pertemuan lagi. Selain itu juga, pensyarah penyelia kami iaitu En Amerrudin b.Othman juga telah datang pada minggu ini iaitu pada hari Selasa. Sejujurnya kedatangan beliau agak mengejutkan kerana pada praktikum fasa-fasa sebelum ini belum pernah ada pensyarah penyelia yang hadir seawal hari kedua lagi. Walaupun kedatangan beliau telah diberitahu namun saya tetap merasakan debaran diselia. Oleh kerana minggu ini hari persekolahan hanyalah tiga hari sahaja berikutan cuti Tahun Baru Cina yang bermula pada hari Khamis maka tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan dan disertai melainkan mengemaskini kandungan buku rancangan mengajar dan portfolio. Kami juga masuk ke setiap kelas yang bakal diajar dan melihat dengan lebih dekat dan berkenalan dengan murid-murid kelas tersebut. Kami juga mengadakan temubual bersama guru mata pelajaran kelas tersebut bagi mengumpul maklumat tentang tahap pencapaian murid-murid tersebut di dalam kelas.Apa yang dapat dilihat sepanjang minggu ini,semua guru pendidikan khas dan warga sekolah memberikan kerjasama dan bantuan yang diperlukan serta mewujudkan suasana yang mesra dan mengurangkan perasaan malu dan gugup di dalam diri kami. Diharap kerjasama baik dan permulaan yang bagus ini dapat berterusan sehingga tamatnya praktikum. InsyaAllah.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Perkara yang meberikan kesan kepada diri saya ialah kedatangan pensyarah penyelia seawal hari kedua lagi. Ini memberikan saya gambaran bahawa saya perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap proses pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi jangkaan pensyarah penyelia saya. Selain itu juga, saya merasakan penyelaras kami iaitu Pn Nor Rizah begitu efisien dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelaras dan dalam masa yang sama sebagai guru pembimbing kami.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Berdasarkan taklimat yang diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing, saya mempelajari agar kita perlu merancang setiap proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan mengambilkira setiap kebolehan dan tahap murid. Mereka juga menyarankan kepada kami agar membuat draf terlebih dahulu sebelum menulisnya di dalam buku persediaan mengajar. Cara ini dapat membantu kami membuat perbincangan bersama guru pembimbing dan di dalam masa yang sama membuat pembetulan dan penambahbaikan. Selain daripada itu, saya juga menyedari sebagai seorang guru pelatih yang sedang menjalani praktikum, saya perlu menyediakan portfolio dan buku persediaan mengajar dengan lengkap dan melengkapkannya mengikut kehendak yacng telah ditetapkan. Perbincangan bersama pensyarah penyelia dan guru pembimbing ini juga menyuntik semangat saya untuk melakukan yang terbaik kerana mereka sangat memberi bantuan dalam perkongsian ilmu dan tips-tips untuk menjadi seorang guru yang baik.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing dan

pensyarah penyelia sekerap yang mungkin. b) Membuat draf rancangan mengajar terlebih dahulu agar dapat membuat pembetulan dan penambahbaikan.
c) Sentiasa mengemaskini kandungan portfolio dan buku persediaan

mengajar mengikut tetapan yang telah disediakan. d) Melakukan ujian diagnostik sebelum memulakan kelas bagi mengenalpasti tahap kebolehan dan kefahaman murid. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KEDUA 07 Feb-11 Feb 2011 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Minggu kedua menyajikan lebih cabaran dan tugasan yang menuntut masa dan waktu senggang. Tetapi saya tetap berfikiran positif dan terus berusaha. Minggu ini saya berkesempatan untuk menjalankan ujian diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik kepada murid kelas Kurnia 2 dan Kurnia 3. Ujian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap mata pelajaran tersebut. Sebagai seorang guru praktikum saya tidak boleh terus mengajar tanpa melaksanakan ujian ini kerana pengenalpastian tahap kefahaman murid amatlah penting bagi meneruskan sesuatu pengajaran. Perkara yang menarik perhatian saya pada minggu ini ialah keterujaan murid-murid untuk mengambil ujian diagnostik. Walaupun saya sedia maklum mereka merupakan murid pendidikan khas namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka benarbenar memberikan kesedaran kepada saya agar memberi sesuatu input yang berguna kepada mereka. Selain itu juga saya berpeluang untuk menyertai aktiviti terapi air dan bowling yang diadakan pada hari Rabu. Semua murid bersemangat dan teruja untuk melakukan aktiviti ini.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )

Tiada sebarang perkara yang menghampakan pada minggu ini tetapi saya mengakui bahawa ujian diagnostik sangat berkesan untuk mengenalpasti tahap kefahaman murid. Mungkin ada sesetengah murid yang sudah menguasai pembelajaran terkini namun melalui ujian ini didapati mereka sudah melupakan topik-topik yang sebelumnya. Oleh yang demikian, melalui ujian ini murid dapat mengimbas kembali pengajaran-pengajaran lalu dan dalam masa yang sama mereka dapat mengulangkaji pelajaran. Keberkesanan ujian ini juga dapat diuji melalui kesungguhan murid menjawab kesemua soalan ataupun hanya menjawab secara sambil lewa. Terapi air dan bowling pula memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran sosial mereka di samping membantu mereka. meningkatkan penggunaan psikomotor kasar

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Pada minggu ini saya mempelajari bahawa setiap sesi P&P yang dijalankan perlu dilaksanakan ujian diagnostik atau saringan terlebih dahulu. Kita tidak boleh terus memulakan pengajaran tanpa mengambil tahu tahap penguasaan murid dan perbezaan keupayaan mereka. Ini kerana tidak adil kiranya jika kita terus memulakan pengajaran maka murid yang lemah akan terus ketinggalan dan tidak dapat menguasai sesuatu topik tersebut. Bagi aktiviti terapi pula perlu dijalankan bagi memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti berenang, bermain bowling dan dalam masa yang sama meningkat kemahiran sosial dan psikomotor kasar mereka.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Menjalankan aktiviti yang lebih kreatif dan menarik perhatian. b) Menjadi seorang guru yang komited dan bertanggungjawab. c) Merancang aktiviti yang boleh merangsang minat dan penglibatan murid seperti aktiviti terapi. d) Menjalankan ujian diagnostik atau saringan setiap kali sebelum memulakan sesi P&P di kelas yang baru. Saya berharap dengan tindakan yang diambil dapat memperbaiki lagi sesi pengajaran dan kualiti diri seorang bakal guru seperti saya.

PENULISAN JURNAL MINGGU KETIGA 12-16 Julai 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, pengalaman baru yg diperolehi ialah menghadiri mesyuarat Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2010 zon Alor Gajah. Pengalaman, suasana serta pengetahuan baru yang ditimba ketika mesyuarat benar-benar berguna dan sangat positif. Pada minggu ini juga Pn Anisah dan En Ramle hadir untuk sesi penyeliaan bagi subjek Pendidikan Khas dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Perkara baru bagi saya ialah ketika penyeliaan PJK kerana ia merupakan pengalaman pertama dan agak mencabar bagi saya.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Ketika sesi penyeliaan PJK saya agak gugup pada mulanya namun selepas beberapa minit saya saya mula tenang dan berusaha menjalankan sesi P&P dengan sebaiknya. Kawalan kelas baik kerana murid-murid memberikan kerjasama dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, aktiviti yang agak tinggi arasnya tidak dapat dilakukan dengan baik oleh murid. Masa yang agak lama juga menyebabkan murid keletihan dan hilang keseronokan untuk meneruskan aktiviti.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari ialah apabila kita merancang sesuatu aktiviti PJK terutamanya untuk murid pendidikan khas ialah kita perlu memikirkan setiap aspek kebolehan dan keupayaan mereka. Aras aktiviti dan kemahiran yang ingin diajar kepada murid perlulah tidak terlalu tinggi hingga menyukarkan murid tersebut. Selain itu juga, melalui perbincangan dengan pensyarah pembimbing PJK, saya mendapat idea-idea yang baru untuk mengembangkan lagi aktiviti yang boleh dilakukan walaupun melalui kemahiran yang sama.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

a) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.


b) Berbincang dengan guru serta pensyarah pembimbing dan

meminta pendapat. c) Merancang aktiviti yang bertepatan dengan kebolehan dan keupayaan murid. d) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KEEMPAT 19 -23 Julai 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? )

Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sebanyak dua kali telah dijalankan oleh Pn Anisah. Kedua- duanya bagi subjek Matematik. Saya mendapat pelbagai tips dan pengetahuan baru. Setiap kekurangan dan kelebihan dapat dikupas untuk ditambah baik lagi pada masa akan datang. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini berlangsungnya Kejohanan padang dan balapan pendidikan khas zon Alor Gajah bagi tahun 2010. Pelbagai gelagat dan bakat yang berpotensi besar dapat dilihat menerusi kejohanan ini.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Perasaan gemuruh dan takut menyelubungi diri. Saya berusaha untuk membuat yang terbaik dan sokongan rakan serta keluarga sangat membantu pada waktu ini. Berdasarkan perbincangan dan hasil penilaian pensyarah dan guru pembimbing saya mendapati saya perlu lebih mahir mengawal kelas dan perlu bersikap lebih aserif terhadap murid yang hiperaktif. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga perlu melibatkan semua murid. Latihan dan bimbingan perlu diberi perhatian yang lebih kepada murid yang lemah. Kemampuan dan tahap murid juga perlu lebih diberi perhatian dalan merancang aktiviti, strategi dan lembaran kerja. Latihan berbentuk ansur maju perlu diperbanyakkan untuk murid yang lemah. Saya berpuas hati dengan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang dihasilkan kerana ia menarik minat murid dan secara tidak langsung memudahkan mereka untuk lebih memahami perkara yang diajar.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru haruslah kreatif dalam merancang aktiviti dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik agar dapat merangsang minat murid. Selain daripada itu saya perlu lebih bersikap asertif dan perlu memikirkan cara yang lebih berkesan untuk mengawal kelas. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Bersikap asertif. b) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar. c) Berbincang pendapat. d) Melaksanakan bertangguh. e) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid. f) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti. tugas mengikut masa dan tidak suka dengan guru pembimbing dan meminta

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

REFLEKSI PENGAJARAN BERPASANGAN Pengajaran berpasangan kali kedua telah dilaksanakan pada 09 April 2010 (Jumaat) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup-Jahitan. Kelas yang terlibat adalah Sinaran 1. Dua orang pelajar tidak hadir iaitu Muhammad Fazrin dan Thinagaran. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang telah dirancangkan. Kami telah mengajar jahitan kia. Pengenalan bagi jahitan kia telah diperkenalkan oleh kami. Kami juga perlu mengusai kemahiran tersebut sebelum di ajar kepada mereka. Oleh itu, kami telah mengajar mereka dari permulaan hingga akhir untuk menjahit jahitan kia. Setelah mereka faham untuk menjahit jahitan kia, kami mengajar mereka untuk mengaplikasikannya di atas sehelai kain. Bimbingan diberikan kepada mereka memandangkan ada segelintir murid yang agak sukar untuk melaksanakannya. Hasil pembelajaran tercapai sebanyak 80 peratus. Murid-murid dapat melaksanakannya dengan baik. Murid yang lemah telah dibimbing oleh guru. Mereka melaksanakan aktiviti tersebut dengan tekun. Pada pengajaran kali ini, semua murid dapat mendengar arahan guru dengan baik. Mereka juga dapat melaksanakan aktiviti tersebut sehingga selesai. Saya amat berpuas hati pada pengajaran hari ini kerana proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Tiada lagi gangguan seperti pengajaran yang lepas. Saya berharap agar pengajaran yang akan datang menjadi lebih baik lagi.

REFLEKSI PENGAJARAN BERPASANGAN Pengajaran berpasangan kali pertama telah dilaksanakan pada 02 April 2010 (Jumaat) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup-Jahitan. Kelas yang terlibat adalah Sinaran 1. Semua murid hadir pada hari ini. Sesi P&P berjalan lancar dan murid memahami apa yang diajar oleh kami. Nemun begitu sesi pembelajaran sedikit terganggu apabila ada murid yang bergaduh sesama sendiri. Kami terpaksa meleraikan pergaduhan tersebut dan ia telah mengganggu pembelajaran dan murid yang lain. Lebih mendukacitakan, murid yang terlibat dengan pergaduhan tidak mahu melakukan tugasan dan tidak mahu mendengar arahan guru. Kami terpaksa menggunakan pendekatan yang lebih keras agar murid tersebut membuat apa yang disuruh guru. Hasil pembelajaran pada hari ini tidak tercapai kerana murid masih lagi memerlukan bimbingan apabila menjahit jahitan sembat pada kain. Selain itu jahitan tersebut juga tidak kemas dan tidak teratur. Pada pembelajaran akan datang saya akan lebih bersikap asertif dan menggunakan pendekatan yang lebih menarik minat murid.

PERNYATAAN PROFESIONAL Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum?

( 28 Jun-20 Ogos 2010) Tempoh 8 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang memberikan banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba hasil kerjasama yang jitu oleh warga Sekolah Kebangsaan Dato Naning. Bagi saya, banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini kerana golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan dapat meningkatkan minat murid khususnya murid-murid berkeperluan khas. Pada

masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Ini bagi lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-murid menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati dan gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan dengan luahan kata-kata. Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, saya perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada penyelaras pendidikan khas iaitu En Mazlan b. Sabran yang juga bertindak selaku guru pembimbing. Dengan pengalaman mengajar hampir daripada 10 tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada saya dan beliau sedikitpun tidak lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan pandangan beliau terutamanya dalam pembinaan rancangan pengajaran harian bagi memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan keupayaan dan minat mereka. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan menghargai bimbingan mereka kerana cetusan idea dan nasihat membina

yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan melaksanakan P&P yang berkesan bagi mencapai objektif pengajarann. Pertemuan empat mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri saya untuk melakukan yang terbaik. Nasihat dan pesanan Pn Anisah bt Alias supaya saya komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan telah meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk masa akan datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan inputinput yang berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan. Malahan setiap kekurangan yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan bersama di samping setiap pandangan dan teguran saya terima secara positif dan membina agar dapat memperkuatkan lagi keberkesanan aktiviti yang dirancang. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha dengan sentiasa jayanya. mencari Justeru jalan ini terbaik untuk saya memenuhi supaya keperluan senantiasa merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut menyedarkan menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebarang masalah. Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru pendidikan khas ini. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap pelajar-pelajar khas SKDN semakin mendalam. Telatah-telatah dan gelagat yang ditunjukkan oleh mereka sangat

menghiburkan hati. Walaupun, mereka tidak sesempurna insan lain, namun saya tidak berasa tertekan ketika berada di samping mereka. Sesungguhnya, kanak-kanak khas merupakan kanak-kanak yang sangat istimewa dan perlu dihargai kehadiran mereka bukannya dicaci. Hal ini mengingatkan saya kepada detik di awal saya mendaftar ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka yang mana pada ketika itu, terdapat pelbagai cacian terhadap kursus pendidikan khas dan ada juga yang menyatakan bahawa jika mengajar kanak-kanak khas dan berada dekat dengan mereka, terutamanya guru wanita yang mengandung, sudah tentu anak yang dikandung akan menjadi kenan dan anak yang akan dilahirkan juga tidak akan sempurna seperti kanak-kanak khas. Setelah menjalani praktikum, merasai hidup sebagai guru pendidikan khas serta melihat kehidupan-kehidupan guruguru pendidikan khas, ternyata kenyataan yang dikeluarkan itu salah sama sekali dan tidak berasas. Jika sebelum ini, saya sering mempertikaikan mengapa saya

ditempatkan untuk menjadi guru pendidikan khas, ternyata setelah menjalani praktikum selama 8 minggu di SKDN, saya beroleh jawapan itu yang mana jiwa saya sememangnya begitu serasi dengan pendidikan khas berbanding aliran perdana. hati saya pada mulanya gelisah dengan kursus pendidikan khas ini sudah bertukar menjadi suka akan kursus ini dan sayang akan kanakkanak khas. Melalui praktikum ini juga, saya banyak mempelajari mengenai kekuatan diri dan juga kelemahan diri sebagai guru pendidikan khas melalui penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing. Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada pelajar-pelajar khas yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada murid berkeperluan khas. Sebagai kesimpulannya, pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat

menjayakan praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengamalan yang baik.

PENULISAN JURNAL MINGGU KEENAM 02- 06 Ogos 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Namun demikian, pada minggu ini seperti yang telah dirancangkan kami telah berjaya melaksanakan Program sambutan hari lahir dan pengurusan kewangan (kemahiran membeli-belah) di Mydin Wholesale, MITC. Alhamdulillah program berjalan seperti yang dirancang dan mendapat kerjasama yang diimpikan.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Saya gembira kerana program ini berjalan seperti yang dimahukan dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Kerjasama daripada semua guru, ibu bapa murid serta pembantu pengurusan murid melancarkan lagi program ini. Selain daripada itu juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Radix Fried Chicken dan Mydin Wholesale

kerana sudi memberikan kerjasama yang diharapkan. Walaupun sedikit menghampakan kerana tidak mendapat sumbangan ataupun potongan harga tetapi saya menganggap ia cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi walaupun telah berusaha untuk mendaptkannya.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru perlu memiliki kesabaran , kemahiran komunikasi dan keyakinan yang tinggi. Kemahiran komunikasi juga perlu lebih ditingkatkan bagi pengajaran di dalam kelas dan juga dalam urusan- urusan lain seperti untuk mendapatkan tajaan dan kerjasama daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menganjurkan sesuatu program. Tidak mudah putus asa dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik juga sangat penting untuk menjadi seorang guru. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?)

Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Meningkatkan kemahiran komunikasi. b) Lebih berkeyakinan. c) Berusaha gigih dan tidak mudah putus asa. d) Menyuburkan lagi sifat sabar dalam diri. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KELIMA Ogos 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi untuk mata pelajaran elektif Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan dan Matematik oleh guru pembimbing. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya dan Hairunizah berpeluang untuk membuat kertas kerja Program Sambutan Hari Lahir dan Pengurusan Kewangan yang dijangka diadakan pada minggu hadapan. Kami mengadakan perbincangan dengan semua guru Pendidikan Khas dan mengatur program dengan sebaik mungkin. Saya mendapat pelbagai tips dan pengetahuan baru.

5. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Saya agak gembira kerana penyeliaan PJK kali ini berjalan lancar dan mendapat komen positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan daripada penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan sesi P&P dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan perancangan kemahiran yang telah dibuat kerana saya sepatutnya merendahkan lagi aras agar semua murid dapat menguasai kemahiran tersebut. Pengalaman baru ditimba semasa berurusan dengan pihak Radix Fried Chicken dan Mydin. Mereka memberikan kerjasama dengan baik dan memudahkan

urusan kami.

6. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru haruslah kreatif dalam merancang aktiviti dan kemahiran tersebut perlulah bersesuaian dengan kemahiran dan kebolehan semua murid. Selain daripada itu saya perlu lebih bersikap asertif dan perlu memikirkan cara yang lebih berkesan untuk mengawal kelas. Kemahiran komunikasi juga perlu lebih ditingkatkan bagi pengajaran di dalam kelas dan juga dalam urusan- urusan lain seperti untuk mendapatkan tajaan dan kerjasama daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menganjurkan sesuatu program. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

7. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.

b) Berbincang pendapat.

dengan

guru

pembimbing

dan

meminta

c) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid. d) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti. e) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas. f) Menjalankan pengurusan tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KEENAM 09- 13 Ogos 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi untuk mata pelajaran elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Sains oleh pensyarah pembimbing. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya diselia untuk pertama kali bagi mata pelajaran Sains. Saya agak gugup dan gementar kerana kurang pengetahuan dan tiada pengalaman secara langsung dalam mengajar Sains. Tambahan pula, saya hanya mengajar Sains sekali semingu. Maka ia menimbulkan perasaan yang kurang yakin dan sedikit tekanan.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Saya agak gembira kerana penyeliaan PJK kali ini berjalan lancar dan mendapat komen positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan daripada penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan sesi P&P dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran saya untuk mata pelajaran Sains. Berpandukan komen dan teguran daripada pensyarah menyatakan yang saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnya dalam menarik perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu lebih rendah untuk memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Aktiviti juga dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkan pengetahuan murid.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari melalui komen pensyarah ialah sebagai seorang guru kita perlulah sentiasa kreatif dalam menjana idea dan aktiviti agar sesi pembelajaran tidak menjadi kaku dan tidak menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas sifat kecindan dan humor amat penting kerana murid perlu seronok dan ceria ketika menimba ilmu. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri, kreativiti dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
g) Menerapkan

unsur

kecindan

dan

humor

dalam

pembelajaran. h) Berbincang pendapat. i) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid. j) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti. k) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas. dengan guru pembimbing dan meminta

l) Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid. m) Menjalankan pengurusan tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

PERNYATAAN PROFESIONAL Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum?

( 28 Jun-20 Ogos 2010) Tempoh 8 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang memberikan banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba hasil kerjasama yang jitu oleh warga Sekolah Kebangsaan Dato Naning. Bagi saya, banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini kerana golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan dapat meningkatkan minat murid khususnya murid-murid berkeperluan khas. Pada masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab

secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Ini bagi lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-murid menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati dan gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan dengan luahan kata-kata. Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, saya perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada penyelaras pendidikan khas iaitu En Mazlan b. Sabran yang juga bertindak selaku guru pembimbing. Dengan pengalaman mengajar hampir daripada 10 tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada saya dan beliau sedikitpun tidak lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan pandangan beliau terutamanya dalam pembinaan rancangan pengajaran harian bagi memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan keupayaan dan minat mereka. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan menghargai bimbingan mereka kerana cetusan idea dan nasihat membina yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan melaksanakan P&P yang berkesan bagi mencapai objektif pengajarann.

Pertemuan empat mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri saya untuk melakukan yang terbaik. Nasihat dan pesanan Pn Anisah bt Alias supaya saya komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan telah meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk masa akan datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan inputinput yang berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan. Malahan setiap kekurangan yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan bersama di samping setiap pandangan dan teguran saya terima secara positif dan membina agar dapat memperkuatkan lagi keberkesanan aktiviti yang dirancang. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha dengan sentiasa jayanya. mencari Justeru jalan ini terbaik untuk saya memenuhi supaya keperluan senantiasa merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut menyedarkan menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebarang masalah. Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru pendidikan khas ini. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap pelajar-pelajar khas SKDN semakin mendalam. Telatah-telatah dan gelagat yang ditunjukkan oleh mereka sangat menghiburkan hati. Walaupun, mereka tidak sesempurna insan lain, namun saya tidak berasa tertekan ketika berada di samping mereka. Sesungguhnya, kanak-kanak khas merupakan kanak-kanak yang sangat istimewa dan perlu

dihargai kehadiran mereka bukannya dicaci. Hal ini mengingatkan saya kepada detik di awal saya mendaftar ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka yang mana pada ketika itu, terdapat pelbagai cacian terhadap kursus pendidikan khas dan ada juga yang menyatakan bahawa jika mengajar kanak-kanak khas dan berada dekat dengan mereka, terutamanya guru wanita yang mengandung, sudah tentu anak yang dikandung akan menjadi kenan dan anak yang akan dilahirkan juga tidak akan sempurna seperti kanak-kanak khas. Setelah menjalani praktikum, merasai hidup sebagai guru pendidikan khas serta melihat kehidupan-kehidupan guruguru pendidikan khas, ternyata kenyataan yang dikeluarkan itu salah sama sekali dan tidak berasas. Jika sebelum ini, saya sering mempertikaikan mengapa saya

ditempatkan untuk menjadi guru pendidikan khas, ternyata setelah menjalani praktikum selama 8 minggu di SKDN, saya beroleh jawapan itu yang mana jiwa saya sememangnya begitu serasi dengan pendidikan khas berbanding aliran perdana. hati saya pada mulanya gelisah dengan kursus pendidikan khas ini sudah bertukar menjadi suka akan kursus ini dan sayang akan kanakkanak khas. Melalui praktikum ini juga, saya banyak mempelajari mengenai kekuatan diri dan juga kelemahan diri sebagai guru pendidikan khas melalui penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing. Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada pelajar-pelajar khas yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada murid berkeperluan khas. Sebagai kesimpulannya, pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan

digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengamalan yang baik.

PENULISAN JURNAL MINGGU KELAPAN

16 - 20 Ogos 2010 1 Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi dan terakhir untuk major bagi subjek Bahasa Melayu. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya diselia untuk pertama kali bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya agak gugup dan gementar kerana kurang pengetahuan dalam mengajar Sains. Tambahan pula, saya hanya mengajar Sains sekali semingu. Maka ia menimbulkan perasaan yang kurang yakin dan sedikit tekanan.

2 Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran saya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Berpandukan komen dan teguran daripada pensyarah menyatakan yang saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnya dalam menarik perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu lebih rendah untuk memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Aktiviti juga

dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkan pengetahuan murid. Saya juga perlu merangang murid dengan aktiviti yang lebih seronok dan melibatkan semua murid.

3 Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari melalui komen pensyarah ialah sebagai seorang guru kita perlulah sentiasa kreatif dalam menjana idea dan aktiviti agar sesi pembelajaran tidak menjadi kaku dan tidak menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas sifat kecindan dan humor amat penting kerana murid perlu seronok dan ceria ketika menimba ilmu. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri, kreativiti dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4 Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
n) Menerapkan

unsur

kecindan

dan

humor

dalam

pembelajaran.

o) Berbincang pendapat.

dengan

guru

pembimbing

dan

meminta

p) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid. q) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti. r) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas. s) Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid. t) Merangsang minat dan sifat ingin tahu murid kepada pembelajaran. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

Anda mungkin juga menyukai