Anda di halaman 1dari 16

MASBUQ DAN MUFARAQOH

Oleh
Sapiyah Binti Md Rangga
JaPIM
Pendahuluan

ُُ‫ت ِِ ِِ ُم ْلْ َمئاكك‬ ْ ‫هللا في ِه إال َحف‬ َ ‫ون‬ َ ‫س يَ ْذ ُك ُر‬


ً ‫س قَ ْو ٌم َم ْج ِل‬َ َ‫َما َجل‬
َ ‫غ ِشيَ ُِ ُم لْر ْح َمُُ و َذ‬
ُُ ََ ‫كر ُه ُم هللاُ تَعاَْى فِ ْي َم ْن ِع ْْن‬ َ ‫و‬
)‫) رول ُ مسلم‬
rtinya: “Tidak duduk suatu kaum pada satu-satu
tempat lalu mereka itu menyebut akan Allah di
dalamnya, melainkan mereka dikelilingi para
malaikat dan melengkapi mereka dengan rahmat
sesiapa yang di sisinya”.
SOLAT JAMA’AH
• Surah al-Nisa’ ayat 102

• Maksudnya:
“Dan apabila kamu (wahai Muhammad) berada di kalangan
mereka (semasa perang) lalu engkau mengerjakan solat (dengan
menjadi imam) mereka, maka hendaklah sebahagian daripada
mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-sama mu”.
KEDUDUKAN MAKMUM

Muwafiq
Masbuq
MUWAFIQ
• Muwafiq ialah makmum yang mempunyai masa
yang cukup bersama imam untuk membaca al-
Fatihah dengan bacaan yang sederhana.
• Jika sekiranya dia (muwafiq) masih belum
selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam
telah rukuk, maka hendaklah dia menghabiskan
al-Fatihah itu sehingga imam selesai sujud dan
bangun daripada sujud yang kedua.
• Makmum Muwafiq dimaafkan jikalau tertinggal
jarak tiga rukun yang panjang daripada
imamnya, tidak termasuk rukun-rukun yang
pendek.
• Rukun-rukun yang panjang itu seperti rukuk
dan sujud, manakala rukun-rukun yang pendek
seperti iktidal dan duduk antara dua sujud.
Gambarannya:
1. Seorang makmum yang muwafiq sedang solat
jemaah, sebelum imam berdiri tegak daripada
sujud yang kedua, dia sudah rukuk. Maka
makmum berkenaan mendapat rakaat itu
kerana dia tertinggal daripada imam belum
masuk kepada rukun keempat.

2. Seorang makmum yang muwafiq dapat masuk


solat berjemaah sebelum imam duduk tasyahud
akhir, tetapi makmum berkenaan sudah rukuk,
hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.
• Sekiranya makmum masih tidak selesai juga
sedangkan imam sudah bangun berdiri ataupun
duduk dalam tahiyat akhir maka hendaklah
makmum itu memilih sama ada berpisah
dengan niat mufarakah (berpisah) ataupun terus
mengikut perbuatan imam dan rakaat itu tidak
diambil kira.
• Jika tidak berbuat satu daripada antara kedua
tersebut, maka batallah solatnya.
MASBUQ
• Masbuq ialah makmum yang tidak mendapat masa
yang cukup untuk membaca al-Fatihah bersama
imam. Ini disebabkan semasa dia masuk berjemaah,
imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan
rukuk.
• Hukumnya, jika dia takbir sewaktu imam belum
rukuk, hendaklah dia membaca al-Fatihah sekadar
yang dia sempat. Apabila imam rukuk sebelum
selesai al-Fatihahnya, maka hendaklah dia rukuk
mengikut imam.
• Jikalau imam sedang rukuk, maka hendaklah dia
rukuk. Ringkasnya dia hendaklah menurut keadaan
imam sesudah dia bertakbiratul-ihram.
• Sekiranya dia berkesempatan berdiri bersama
imam dalam jangka masa yang singkat, maka
hendaklah dia membaca al-Fatihah setakat yang
dia boleh baca, selagi imam belum rukuk.
• Kemudian dia mestilah dapat berhenti bersama
dalam rukuk itu atau dia datang semasa imam
rukuk dan dia dapat rukuk yang sempurna
bersama imam, maka dia dikira mendapat satu
rakaat.
Dalilnya:

Maksudnya:
“Dari Abu Hurairah (ra), katanya, Rasulullah
S.W.T. bersabda, " Sesiapa yang mendapat satu
rakaat (rukuk) daripada solat beserta imam,
maka sesungguhnya dia telah mendapat solat
itu sepenuhnya".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
RUMUSAN
Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai


di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di
dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima
kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal
pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu
kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW,
"Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima
waktu yang dengannya Allah s.w.tmenghapuskan
kesalahan-kesalahan”.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Istikhlaf
• Jika makmum yang masbuq menggantikan imam
yang keluar daripada jemaah hendaklah dia
menjaga tertib imam tersebut, sebagaimana
perbuatannya jika imam belum keluar daripada
jemaah.
• Sebagai contoh, jika makmum yang masbuq pada
rakaat kedua dalam solat subuh, kemudian imam itu
berhadas lalu diganti oleh makmum yang masbuq
itu, maka makmum yang menggantikan itu
hendaklah menjaga tertib imam pertama dengan
menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu
dilakukan di dalam rakaat kedua dalam solat subuh
iaitu berqunut, duduk dan bertasyahud biarpun
pada asalnya dia baru melakukan satu rakaat.
• Selepas itu baharulah mustakhlif yang masbuq
itu bangkit semula (tanpa salam) untuk
menggenapkan solat dua rakaatnya, lalu
berqunut lagi pada rakaat keduanya itu bagi
dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian
dan bukan qunut berjemaah).
• Para jemaah yang mengikuti mustakhlif yang
masbuq tersebut ada dua pilihan pada tahiyyat
akhir tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah
(berpisah daripada imam) dan terus memberi
salam, ataupun duduk menunggu mustakhlif itu
dan memberi salam bersama-samanya.
• Dalam hal ini, Allah s.w.t. sentiasa
memperingati manusia supaya menjadi seorang
pendidik yang bertanggungjawab, firman Allah
s.w.t. pada ayat 44 surah al-Baqarah:

‫أتأمرون لْْناس ِاِْر وتْنسون أْنفسكم‬

“Adakah kamu menyuruh manusia berbuat baik,


sedangkan kamu lupa kepada diri kamu sendiri”
RUMUSAN
• Seorang guru muslim sangat perlu menampilkan diri dengan
akhlak yang mulia dalam usaha menyediakan diri mereka
sebagai guru yang berkesan.
• Akhlak mulia merupakan perbuatan-perbuatan yang baik lagi
terpuji oleh akal dan syar’ie. Marilah kita sama-sama
merenong sabda Rasulullah s.a.w. berikut:

‫إْنكم ْن تمحول لْْناس ِأمولْكم فمحوهم ِِسط لْوجه وحسن لْخلق‬

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat mempengaruhi


manusia dengan harta kamu, sebaliknya pengaruhilah mereka
dengan wajah yang manis dan budi pekerti yang mulia”.

Anda mungkin juga menyukai