Anda di halaman 1dari 40

Ayat kaf 40

• Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah


antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu.
Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan
menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman
sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan
menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau
dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan
diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam
orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang
berharga, biarlah kena pada tempatnya”, kerana takut
ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab.
• Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan
canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu
mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu
hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan
pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak
bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan
tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang
dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang
tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian
dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan
berbanding dengan orang yang belajar dan
mengetahuinya.
• Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat
puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan
khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini
mempunyai beberapa riwayat yang sedikit
berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap
cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai
lima puluh kafnya. Sebelum
mengamalkannya adalah lebih baik kita
mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.
• Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang
berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib.
Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi
Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah
syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah
dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab
dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan
setiap hari berturut-turut sehingga sampai
empat puluh hari, atau yang sebaiknya
diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita
sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan
dapat merasakan kekuatan energinya (aura).
Amalan sebagai Wirid
• Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian.
Sebelum membacanya, hendaklah terlebih
dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah
kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca
Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi
satu kali. Kemudian barulah kita
membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau
berterusan pada waktu pagi dan petang atau
tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.
Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat
• Kaifiatnya seperti berikut :
• Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.
• Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.
• Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa
beramal.
• Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.
• Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)
• Memasang bau-bauan yang wangi.
• Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.
• Kaifiatnya seperti berikut :
• Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.
• Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.
• Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa
beramal.
• Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.
• Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)
• Memasang bau-bauan yang wangi.
• Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.
• Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat
Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan
mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi
bersemangat, keras, suasana malam berangin,
sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu
adalah tanda amalan kita menjadi dan telah
berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi
dan firasat cara-cara pengunaan ayat ini akan
anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat Puluh
(1) Menyerang musuh.
• Jika hendak menghadap musuh, maka
bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di
hadapan tangga dan dihembuskan kekanan,
kiri dan hadapan serta genggamkan tangan
dan kancingkan gigi. Kemudian berjalan
melangkah barulah dilepaskan genggaman
tangan itu tadi. Maka teruskanlah berjalan.
Insya-Allah terpelihara daripada musuh
seteru.
(2) Membutakan mata musuh
• Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka
bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan
hembuskan pada pasir, tanah dan
sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir
tersebut ke arah musuh. Insya-Allah musuh
tidak akan dapat melihat kita.
(3) Musuh berlawan sama sendiri
• Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan
hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau
sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah
musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan
dan berlaga sesama sendiri.
(4) Kelimunan
• Jikalau musuh terlampau ramai, maka
bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu
empat puluh kali pada pasir, tanah, batu,
kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke
arah musuh, nescaya gelap gelitalah
pandangan mereka insya-Allah.
(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata
atau sengatan binatang.
• Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang,
kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali
dan dihembus serta diludahkan ke tempat
yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan
turunlah bisa-bisa itu.
(6) Perempuan lekat uri.
• Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya
di dalam perut, maka bacakan kaf ini
sebanyak sembilan kali pada air di dalam
tudung periuk tembaga atau pada minyak
tanak. Kemudian diberi minum sedikit dan
dihembuskan kepada perut perempuan itu.
Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.
(7) Memperbanyakkan air susu.
• Jikalau perempuan kurang air susunya,
bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air
kemudian sapukan dengan sisir dan diurut-
urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya
akan bertambah banyak. Atau dijampikan
pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus
dan diberi makan kepada perempuan yang
bersalin itu, maka susunya akan bertambah.
(8) Menghalau pelesit.
• Bagi orang yang kerasukan syaitan,
hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga
kali pada lada hitam yang dipecah-pecahkan
sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan
di sebelah atas dan di sebelah bawah ibu
jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-
Allah akan keluar.
(9) Menahan darah.
• Barangsiapa yang luka dan banyak keluar
darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali
dan dihembus serta diludahkan pada tempat
luka itu tadi, nescaya darahnya akan berhenti
insya-Allah taala.
(10) Menghilangkan Bisa-bisa
binatang.
• Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular
dan sebarang binatang yang berbisa,
samaada yang di darat atau di laut.
Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera
dan serta merta selepas disengat itu tiga kali
dan dihembus serta diludahkan pada tempat
yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan
hilang dengan segera. Molek juga dibaca
pada air garam dan disapu pada tempat itu.
(11) Menjauhkan bahaya dan
gangguan hantu puaka.
• Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera
dalam perlindungan Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu
puaka itu. Kalau dibaca kaf ini di tempat yang keras atau berpuaka,
insya-Allah sejahtera dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa
kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah
Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai orang yang keluar berniaga ke
Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam pelayaran di
tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang
layar. Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu.
Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan tembus.
Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu
tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang,
namun api itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf
ini, belum lagi habis hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam.
Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf empat puluh ini.
(12) Sakit mata.
• Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke
mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh
pagi. Serta dibuat sedikit air tawar untuk
diminum dan dilumur pada mata yang sakit
itu. Insya-Allah akan segera sembuh
(13) Terkena lintasan atau sawan.
• Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang
terkena lintasan hantu syaitan atau pada
kanak-kanak yang sawan dan timang-
timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah
selamat.
(14) Penawar demam.
• Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda
dan diberi minum kepada orang yang
demam. Insya-Allah akan segera sembuh.
(15) Kuat Badan.
• Sesiapa yang terasa lemah badannya,
hendaklah membaca kaf ini tiga kali
kemudian disuhud atau tarik nafas dalam-
dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi
petua ini tidak boleh dilakukan kerap kali.
Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi
orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana
takut kepanasan.
(16) Tuju demam kura.
• Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang
demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-
fatihah, selawat tiga kali dan buatkan rajah
Lam Alif dengan kapur pada perutnya.
Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang
rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulaskan.
Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi
insya-Allah sembuh.
(17) Menumbangkan Tiang Kayu
berpenunggu.
• Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad
fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ’ala
kursiyyihi jasadan tsumma anaab ) tujuh kali
dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang
yang hendak ditebang itu, nescaya larilah
hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni
tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada
gangguan dan kejahatan mereka.
(18) Sakit pinggang
• Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali
pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada
tempat syaja’nya itu, kepala lutut hendaklah
dipalu atau dipukul dengan tangan, manakala
tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu
atau memukul pinggang sejatuh atau
serentak dengan perkataan kaf itu.
Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah
lagi, insya-Allah sembuh.
(19) Memperbanyakkan makanan
yang sedikit.
• Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang
sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk
tetamu yang ramai.
(20) Menjinakkan binatang liar
• Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi
minum kepada kerbau atau binatang yang
liar, insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau
dimandikan pada kerbau yang beranak.
InsyaAllah susunya akan menjadi.
(21) Pelaris
• Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak
44 kali untuk melariskan perniagaan kita.
(22) Pengebal
• biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu
kebalnya diperolehi melalui pengisian oleh
guru , riadah, pertapaan dan lain-lain.
Amalan hizib kaf 40 termasuk di dalam
kategori ini.
(23) Pelembut Besi
• Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini,
pada hari terakhir riadah, kita hendaklah
memegang sebatang besi. Semasa
mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit-
micit besi itu. Jikalau besi itu jadi lembut
seperti kita memicit batang lilin, maka itulah
tandanya amalan kita telah berhasil dan
menjadi.
(24) Orang Gila
• Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa
kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah
berkat ikhtiar.
(25) Meredakan ribut dan ombak
besar.
• Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah
ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan
reda.
(26) Hendak Masuk Hutan.
• Jika kita hendak masuk hutan, bacalah
terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan
sebelum masuk. Insya-Allah selamat
daripada segala kejahatan yang ada di dalam
hutan itu.
(27) Perang Sabil
• Jika berlaku peperangan, pengamal mampu
memimpin 40 orang pengikut dengan
selamat pulang dan pergi. Insya-Allah
(28) Pendinding
• Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding,
samaada daripada kejahatan jin, manusia
atau binatang buas. Lebih utama dibaca
selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah
dengan niat memagar diri sejauh mata
memandang. Insya-Allah selamat daripada
gangguan.
‫‪Versi kedua kaf 40‬‬
‫‪• Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada‬‬
‫‪akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan kafnya‬‬
‫‪55, berikut adalah matannya :‬‬
‫كفاك ربك كم يكفك وكفة •‬
‫كفكافها ككمين كنا من كلك‬
‫تكر كرا ككر الكر في كبيد‬
‫تهك مشكشكة كلك لك الكلك‬
‫كفاك مبي كفا الكفي كربتهم‬
‫يا كوكبا كنا يهكي كوكب الفلك (ك ‪)40‬‬
‫ككر يرة كفكم كالكهف فكم لكم‬
‫ككأ كائن كبيد يكفي كم الكاف (ك ‪)55‬‬
• “ Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan
kifka fuha kakaminin kana min kalakin
takirru karran kakarril karri fi kibidin
tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak
kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -
(kaf40)
kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom
kaka’ ka i’n kibidin yakfi kumul kaf ” -(kaf 50).
Penutup
• Alhamdulillahi hamdan katsiran. Wahai
saudara-saudaraku. Apabila amalan hizbul
kaf ini telah sebati dan jazam dalam diri kita,
maka ia akan menjadi doa 1001 guna
mengikut niat kita insya-Allah.
‫وصلى هللا على سيدنا محمد وعلي آله وصحبه وسلم‬
‫والحمدهلل رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai