Anda di halaman 1dari 12

Etika Guru Sebagai

Pembina Negara Bangsa


Ahli kumpulan :
Ayyub, Izzat & Salina
Kod etika keguruan
• Setiap guru dikehendaki mematuhi etika kod
keguruan demi menjaga status, akhlak dan
maruah dalam profesion keguruannya.

• “Tatasusila Profesion Keguruan” yang


disarankan oleh Kementerian Pendidikan
merupakan garis panduan untuk setiap guru di
Malaysia.
Tanggungjawab Terhadap
Murid
• Mengutamakan kebajikan & keselamatan
murid daripada hal-hal lain.

• Sentiasa bersikap adil terhadap murid tanpa


mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, agama dan bangsa.
Tanggungjawab Terhadap
Ibu Bapa
• Menghormati tanggungjawab utama ibu
bapa terhadap anak-anak mereka.

• Berusaha mewujudkan hubungan mesra


dan kerjasama yang erat di antara
sekolah dengan rumah tangga.
• Menganggap semua maklumat rumah tangga
yang diberitahu oleh ibu bapa sebagai sulit &
tidak membocorkannya kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
Tanggungjawab Terhadap
Masyarakat & Negara

• Mengelakkan diri daripada menyebarkan


sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat, negara
atau yang bertentangan dengan rukun
negara.
Tanggungjawab Terhadap
Rakan Sejawat & Profesion
Keguruan

• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang


kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat
sesuatu yang menjatuhkan maruah seseorang
guru.
Guru sebagai Pembina
Negara Bangsa
1. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum
-Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini
memandu manusia agar hidup bertatahkan adab
agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang
tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.
2. Menyediakan Pendidikan Berkualiti

- Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di


mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan
semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik
supaya mereka dapat memperkembangkan potensi
mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
3. Membangun Sumber Manusia Melalui
Aktiviti Ko-Kurikulum

-Disiplin dalam organisasi, adab dalam bersukan dan


berseni menjadi aset yang penting kepada pelajar
dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka.

- Sebagai peranan utama guru yang mempunyai tahap


profesional yang tinggi dalam pembentukan watak
insan kamil demi kepentingan pembentukan negara
bangsa.
Rumusan
• Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku
guru akan menjadi contoh teladan kepada
pelajar selain mereka dapat membina
masyarakat yang mempunyai budaya yang
bertamadun tinggi.
• Mematuhi kod etika guru dapat
mempertingkatkan tahap profesionalisme
seseorang guru.

• Mendalami konsep guru sebagai pembina


negara bangsa.

Anda mungkin juga menyukai