Anda di halaman 1dari 17

Jenis Ayat

BMM3023 Linguistik Terapan Bahasa


Melayu
Ayat
penyata

Ayat tanya
Jenis Ayat
Ayat
perintah
Ayat
seruan
Ayat Penyata
• Diucapkan untuk melakukan suatu penyataan
atau mengemukakan keterangan tentang
sesuatu perkara.

Bapa saya wartawan.

• Ayat ini juga dikenali sebagai ayat berita atau


ayat keterangan.
Ayat Tanya
• Ayat untuk mengemukakan sesuatu pertanyaan.
• Dua jenis ayat tanya:
Ayat tanya boleh
– i. Ayat tanya tanpa kata tanya juga dilihat dari
segi jawapan
Dia masih menangis? yang dikehendaki
iaitu sama ada
– ii. Ayat tanya dengan unsur tanya ayat tanya
Siapakah pemuda itu? terbuka ataupun
ayat tanya
tertutup.
– 3 jenis ayat tanya dengan unsur tanya iaitu:
• 1. Ayat tanya dengan kata tanya
• 2. Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya
• 3. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
Ayat Perintah
• Diucapkan untuk memberikan arahan atau dengan
tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
• Empat jenis ayat perintah:
– i. Ayat suruhan
Siapkan kerja itu.
– ii. Ayat silaan
Sila datang ke rumah saya.
– iii. Ayat permintaan
Tolong tutup pintu itu.

– iv. Ayat larangan


Jangan merokok di sini.
Ayat Seruan
• Diucapkan secara bernada seru untuk
menyatakan sesuatu keadaan perasaan seperti
marah, takut dan sebagainya.

Wah, cantiknya rumah itu!


LATIHAN
1. Ayat berita atau ayat keterangan merupakan
nama lain bagi ___________.
A. Ayat tanya
B. Ayat penyata
C. Ayat perintah
D. Ayat seruan
2. ________ merupakan ayat yang diucapkan untuk
memberikan arahan atau dengan tujuan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan.
A. Ayat tanya
B. Ayat penyata
C. Ayat perintah
D. Ayat seruan
3. “Di manakah Nasuha tinggal?”
Ayat di atas merupakan ayat tanya dengan _____.
A. kata tanya
B. kata ganti nama diri tanya
C. frasa sendi nama tanya
4. “Kuruskah Puan Mazilah?”
Jika dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki,
ayat tersebut merupakan
A. Ayat tanya tertutup
B. Ayat tanya terbuka
5. Ayat tanya tanpa kata tanya yang betul ialah,
A. Harga barang ini berapa?
B. Mereka sedang makan?
C. Sampai bilakah Ali memegang jawatan itu?
D. Anak awak berkahwin sejak bila?
6. Antara ayat-ayat berikut, yang mana satukah
merupakan ayat suruhan.
A. Kamu jangan beritahu dia.
B. Sila buat laporan polis.
C. Harap jangan merokok.
D. Awak siapkan kerja itu sekarang.
7. Ayat manakah yang salah?
A. Yang ke sekolah dia.
B. Harap jangan mencuri.
C. Dia guru?
D. Tolong jangan bising.
8. Pilih ayat seruan yang betul.
A. Cis, dasar pengkhianat!
B. Wah! Cantiknya awak!
C. Amboi, garangnya.
D. Syabas engkau berjaya!
9. Terdapat empat jenis ayat, iaitu
A. Ayat penyata, ayat tanya, ayat larangan, ayat suruhan
B. Ayat penyata, ayat suruhan, ayat silaan, ayat seruan
C. Ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan
D. Ayat penyata, ayat tanya, ayat permintaan, ayat seruan
10. Apakah jenis-jenis ayat tanya?
A. Ayat tanya terbuka, ayat tanya tertutup
B. Ayat tanya tanpa kata tanya, ayat tanya dengan kata
tanya, ayat tanya dengan kata ganti nama tanya
C. Ayat tanya tanpa kata tanya, ayat tanya dengan unsur
tanya
D. Ayat tanya tanpa kata tanya, ayat tanya dengan unsur
tanya, ayat tanya terbuka, ayat tanya tertutup.
11. Ayat tanya dengan kata tanya terdiri daripada kata
tanya seperti,
A. berapa, bagaimana, bila, mengapa, kenapa
B. bagaimana, mengapa, siapa, apa
C. mengapa, bila, siapa, di mana
D. bagaimana, mengapa, kenapa, mana
12. “Gurunya siapa?”
Ayat tersebut merupakan,
A. Ayat tanya tertutup
B. Ayat tanya terbuka
13. “Menangislah sepuas-puas hatimu.”
Ayat tersebut merupakan
A. Ayat penyata
B. Ayat permintaan
C. Ayat silaan
D. Ayat suruhan
14. Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk melahirkan
suatu keadaan perasaan merupakan ayat….
A. permintaan
B. suruhan
C. seruan
D. larangan
15. Ayat yang manakah merupakan ayat tanya dengan
frasa sendi nama tanya?
A. Bilakah hari pertunangannya?
B. Manakah kawan awak?
C. Awak berjumpa dengan siapa?
D. Siapakah orang itu?
• 1. Berapakah jenis ayat? Senaraikan.
– 1. Ayat penyata
– 2. Ayat tanya
– 3. Ayat perintah
– 4. Ayat seruan

• 2. Nyatakan jenis-jenis ayat tanya dengan


unsur tanya.
– 1. Ayat tanya dengan kata tanya
– 2. Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya
– 3. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
• 3. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat
penyata?
– Ayat yang diucapkan untuk melakukan suatu
penyataan atau mengemukakan keterangan
tentang sesuatu perkara.
• 4. Nyatakan jenis-jenis ayat perintah.
– 1. Ayat suruhan
– 2. Ayat permintaan
– 3. Ayat larangan
– 4. Ayat silaan
• 5. Berikan satu contoh ayat seruan.

Anda mungkin juga menyukai