Anda di halaman 1dari 15

TILAWAH AL-QURAN

NABI MUHAMMAD UTUSAN ALLAH

SURAH AT-TAUBAH
AYAT 128 -129
SURAH AT-TAUBAH : 128 -129

BACA
MAKSUD AYAT
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul
dari golongan kamu sendiri , yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusuahan yang ditanggung oleh
kamu , yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu , dia
pula melimpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya
kepada orang beriman. Kemudia jika mereka ingkar
maka katakanlah wahai Muhammad , cukuplah bagiku
Allah yang menolong dan memeliharaku , tiada tuhan
yang berhak disembah melainkannya. Kepadanya aku
berserah diri dan dialah yang mempunyai ‘Arasy yang
besar. ~ surah at-Taubah.
NABI MUHAMMAD S.A.W
UTUSAN ALLAH
@ HIKMAH NABI MUHAMMAD DIPILIH DARI
KALANGAN MANUSIA
@ KASIH SAYANG NABI KEPADA UMATNYA
@ KEPENTINGAN TAWAKAL DALAM DAKWAH
@ PENGAJARAN AYAT
INTISARI AYAT
• Allah mengutuskan Rasul dari kalangan
manusia.
• Rasulullah sangat mengambil berat
terhadap umatnya dan berharap mereka
memperolehi hidayah.
• Baginda sangat sayangkan orang-orang
yang beriman.
• Baginda meminta pertolongan daripada
Allah jika manusia menentang dakwahnya.
HIKMAH RASULULLAH DIPILIH
DARI KALANGAN MANUSIA

➢Membuktikan
bahawa syariat
Islam mampu
dilaksanakan oleh
manusia
•Memudahkan manusia menerima
ajaran Islam
Memudahkan manusia mencontohi
Rasulullah spt ibadat , akhlak dan lain-lain
Memudahkan manusia
berkomunikasi dengan Rasulullah.
KASIH SAYANG RASULULLAH
KEPADA UMATNYA
• Allah menyatakan bahawa Nabi Muhammad sangat
sayangkan umatnya.
• Terdapat banyak kisah yang menunjukkan Baginda
sayang dan kasih bukan sahaja kepada orang Islam
tetapi juga bukan Islam.
• Ketika Baginda berdakwah ke Thaif , baginda telah
dihina dan dibaling dengan batu oleh masyarakat
Thaif sehingga luka.
• Malaikat Jibril lantas menawarkan untuk
menghempap mereka dengan Bukit Thaif.
• Namun baginda menolak bahkan berdoa agar Allah
memberi hidayah kepada mereka.
• Umat Islam wajib mengasihi Rasulullah dengan cara
sentiasa berselawat dan mengamalkan sunnah
Baginda.
TAWAKAL
■ Tawakal ialah berserah kepada Allah
setelah berusaha bersungguh-sungguh.
■ Allah perintahkan manusia berusaha untuk
mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
■ Sikap berserah kepada Allah tanpa usaha
bukan dari ajaran Islam.
■ Berusaha , disertai dengan doa dan hasilnya
serahkan kepada Allah.
USAHA
+
DOA
+
TAWAKAL
=
KEJAYAAN
KEPENTINGAN TAWAKAL
DALAM DAKWAH
• Sifat tawakal sangat penting bagi seorang
pendakwah supaya tidak mudah berputus asa
dalam usaha dakwah mereka.
• Mereka tetap yakin dengan pertolongan Allah
sama ada cepat atau lambat.
• Pendakwah yang ikhlas sentiasa mendoakan agar
orang yang didakwah akan diberi hidayah oleh
Allah.
• Umat Islam yang mengamalkan konsep tawakal
yang sebenar akan memperolehi kejayaan dan
kecemerlangan di dunia dan akhirat.
PENGAJARAN AYAT
• Allah mengutuskan Rasulullah di kalangan
manusia untuk membuktikan bahawa Islam
mampu dilaksanakan oleh seluruh manusia.
• Kita hendaklah mengamalkan sunnah
Rasulullah dalam kehidupan.
• Bertawakal kepada Allah adalah asas
kejayaan dalam setiap usaha.
• Kita wajib menunjukkan kasih sayang kepada
Nabi dengan selalu berselawat ke atas
baginda.

Anda mungkin juga menyukai