Anda di halaman 1dari 16

Sasaran

dakwah
Lailatul Jaa’izah binti Zakria
Siti Nur Atiqah binti Azman
Siti Humairah binti Abd Pakri
Nur Amirah binti Ali Akbar
Pendahuluan

• Sasaran mengikut dewan bahasa bermaksud hasil atau perolehan yang ingin
dicapai daripada sesuatu usaha.
• Perkataan dakwah berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud
menjemput, memanggil, megajaka dan sebagainya.
• Selain itu, dakwah dikenali sebagai menyebarkan sesuatu kepercayaan
berkaitan Rasulullah dan islam sebagai Din yang menjamin tamadun manusia.
• Jadinya sasaran dakwah bermaksud orang yang disasarkan oleh penyebar
dakwah berkaitan agama.
EMPAT GOLONGAN SASARAN DAKWAH
MENURUT IMAM AL- GHAZALI
1. Golongan yang jahil
• Mereka yang telah mengabaikan perintah Allah SWT tanpa
mempunyai sebarang niat.
• Tidak melakukan kewajipan sebagai seorang muslim kerana mereka
kurang ilmu pengetahuan mengenai ilmu agama.
• Misalnya tidak melaksanakan kewajipan solat, puasa, zakat serta
kurang pengetahuan mengenai dosa dan pahala.
• Mudah untuk dibimbing kembali ke jalan yang benar supaya dapat
mematuhi dan mentaati segala suruhan Allah SWT dan menjauhi
segala larangannya.
2. Golongan yang melaksanakan perintah Allah tetapi
tidak sepatutnya.

• Masih melaksanakan perintah Allah namun terdapat sebahagian


kewajipan yang tidak dilaksanakan.
• Mereka menyesali segala perbuatan mereka yang tidak mentaati perintah
Allah dan ingin berubah namun sukar.
• Diri mereka sendiri tidak mampu untuk melawan walaupun perbuatan itu
sudah diketahui hukumnya apatah lagi jika disuruh oleh orang lain.
• Menurut para Ulama’, golongan ini hanya mampu diubah jika mereka
berkehendak untuk berubah atas kemahuan sendiri serta dapat mengawal
nafsu mereka.
3. Golongan yang mempunyai kepentingan

• Gembira atas segala kemungkaran dan dosa yang mereka lakukan.


• Hanya melakukan apa yang mereka inginkan tanpa mengikuti segala
suruhan dan larangan Allah SWT.
• Golongan ini juga dikategorikan sebagai golongan yang munafik iaitu
golongan yang berpura-pura mengikuti ajaran Islam, tetapi sebenarnya
hati mereka memungkirinya dalam kehidupan mahupun dari segi
ibadah.
• Allah SWT juga ada berfirman dalam Surah An-Nisa maksudnya:
• “Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang
paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang
penolong pun bagi mereka”. (Qs.An-Nisa:145)
4. Golongan yang menganganggap baik itu jahat dan jahat itu baik.
• Golongan ini menganggap agama Islam merupakan agama yang kolot dan
sering kali bertuhankan pemodenan dalam apa sahaja yang mereka lakukan.
• Mereka sangat mempertahankan budaya budaya terkini seperti kapitalisma
dan sosialisma hingga melupai suruhan Allah dan larangan Allah serta dosa
dan pahala.

• Golongan ini sangat susah untuk didakwah dan menerima dakwah kerana
mereka sangat menekankan pendirian mereka melebihi segala-galanya.
SASARAN DAKWAH TERHADAP DIRI SENDIRI, KELUARGA,
MASYARAKAT DAN BANGSA
1. Sasaran dakwah terhadap diri sendiri.

❖ Berdakwah kepada orang lain, sementara dirinya sendiri masih belum menjalankannya.
❖ Orang-orang yang telah menjalankan kebaikan atau mampu memelihara dirinya sendiri
adalah orang yang mampu berdakwah.
❖ Menghadiri organisasi dakwah yang digelar Jam’iyyatul Islamiyah.
❖ Meninggalkan dan melawan penyakit hati agar dakwah yang dilakukan menjadi sempurna.
❖ Dianjurkan lebihbmenyibukkan diri untuk bermuhasabah atau membuat penilaian diri.
2. Sasaran dakwah dalam keluarga

❖ Sasaran ke atas keluarga terutama ke atas isteri dan anak-anak. Rasulullah juga bersegera
berdakwah kepada ahli keluarga baginda :

Abu Hurairah berkata, Nabi SAW berdiri lalu berkata, “Wahai Sofiyah, ibu saudara
Rasulullah, aku tidak dapat membantumu daripada seksaan Allah sedikitpun. Wahai Fatimah
binti Muhammad, mintalah sesukamu akan hartaku, tetapi aku tidak dapat membantumu
daripada seksaan Allah sedikitpun.”
3. Sasaran dakwah dalam Masyarakat & Bangsa
❖ Kerja dakwah bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada golongan agamawan saja. Ia juga
bukan dibebankan kepada majlis agama, badan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.
❖ Walaupun pelbagai Gerakan dakwah ditubuhkan, kita juga mesti terbabit dalam kerja mulia
itu.
❖ Nabi SAW sendiri pernah ditegur Allah SWT apabila lebih mengutamakan berdakwah kepada
pembesar yang menolak berbanding seorang buta yang datang menyerah diri untuk
mendengar dakwah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Ia memasamkan muka dan berpaling kerana ia didatangi
orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)?
Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya
daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat peringatan supaya peringatan itu memberi manfaat
kepadanya.”
SASARAN KEPADA PEMERINTAH

● Pembesar (mala’) menurut ahli bahasa secara umumnya, ialah seorang yang
berpengaruh dan menjadi rujukan orang ramai.

● Penyataaan Al – Quran Terhadap Alquran Dan Peranan Pembesar Non- Muslim Mala’
(pembesar) merupakan lafaz Qur’ānī, disebut di dalam al-Qur’an sebanyak 29 kali18 di
dalam surah. Secara umumnya, golongan pembesar yang disebut di dalam al-Qur’an
adalah pembesar non-Muslim dan berkait langsung dengan dakwah para rasul a.s.
kepada mereka. Namun, golongan pembesar dilihat mengambil pendirian menolak
bahkan menentang dakwah para rasul a.s. kerana beberapa sebab tertentu
PENYATAAN AL QURAN

Penyataaan Al – Quran Terhadap Alquran Dan Peranan Pembesar Non- Muslim Mala’
(pembesar) merupakan lafaz Qur’ānī, disebut di dalam al-Qur’an sebanyak 29 kali18 di
dalam surah. Secara umumnya, golongan pembesar yang disebut di dalam al-Qur’an adalah
pembesar non-Muslim dan berkait langsung dengan dakwah para rasul a.s. kepada mereka.
Namun, golongan pembesar dilihat mengambil pendirian menolak bahkan menentang
dakwah para rasul a.s. kerana beberapa sebab tertentu
● Firman Allah SWT:

َّ‫ي‬ ِ ‫اس‬
‫ق‬ ِ َ‫فَاستَخفَّ قَومهَّ فَأَطَاع وهََّّۚ إَِّنمَّ َك ان وا قَوم ا ف‬
َ ًْ ْ َْ َ ْ
Terjemahan: (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya,
lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik –
derhaka.

Surah al-Zukhruf (43):54.


PENYATAAN AL HADIS

● Perakuan terhadap pengaruh golongan pembesar seterusnya dapat dilihat daripada


beberapa Hadith Nabi SAW. Pertama, dalam suasana dakwah dan penganutnya
menghadapi tekanan hebat daripada kaum Quraisy, Nabi SAW telah berdoa agar
Allah SWT memberi hidayat kepada salah seorang daripada dua orang yang
sangat berpengaruh pada ketika itu.28 Sabda Nabi SAW dalam Hadith yang
diriwayatkan oleh al-Tirmidhī Abū ‘Īsa Muḥammad ibn ‘Īsa ibn Saurah.

● ‫اللهم أعز اإلسلم بأحب هذين الرجلي إليك‬: ‫بأبى جهل بن هشام أو بعمر‬

● ‫ قال‬،‫بن الخطاب‬: ‫وكان أحبهما إليه عمر‬.


● Terjemahan: Ya Allah muliakanlah agama Islam dengan salah seorang daripada dua
orang lelaki ini yang paling kamu sayangi iaitu Abū Jahl ibn Hisham atau ‘Umar ibn al-
Khattab. Ternyata bahawa ‘Umarlah yang lebih dikasihi.
FAKTOR PENOLAKAN MASYARAKAT TERHADAP ISLAM

● Pertama, mereka sangat cepat terpengaruh dengan apa yang mereka dengar
sedangkan golongan pembesarlah yang memiliki kemudahan media. Kedua, mereka
adalah golongan miskin, manakala golongan pembesar memiliki segala benda yang
boleh memancing mereka. Ketiga, mereka adalah golongan yang hidup dalam
ketakutan, sedang golongan pembesar memiliki pelbagai kaedah untuk menakutkan
mereka. Keempat, mereka tidak memiliki kemampuan intelek untuk menilai
perkara-perkara syubhah yang dilontarkan golongan pembesar terhadap dakwah dan
diri para pendakwah.
KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, sasaran dakwah ini perlulah dilakukan dengan hati yang Ikhlas dan
juga seorang yang dirinya betul-betul sudah berdakwah. Sasaran dakwah perlulah
ditujukan kepada orang-orang yang kekurangan ilmu ke jalan yang benar seperti
mereka yang berada di pusat hiburan, lorong-lorong, kawasan maksiat dan sebagainya.
Dakwah yang sering disebarkan di masjid dan majlis-majlis ilmu yang lain tidak
mendapat perhatian daripada golongan-golongan yang jahil untuk menerima dakwah
yang ingin disampaikan. Penyebaran dakwah perlu dilakukan agar lebih meluas kepada
golongan yang memerlukan.

Anda mungkin juga menyukai