Anda di halaman 1dari 21

Berdoa di Akhir Zaman

Ditulis Oleh: Cindy Tutsch, DMin


Ketika Yosua berada dekat kota Yerikho, tiba-tiba dia nampak seorang
lelaki dengan pedang terhunus, berdiri di hadapannya. Yosua
menghampiri dia dan bertanya, “Adakah kamu ini salah seorang askar
kami atau seorang musuh?”

Orang itu menjawab, “Aku bukan askar kamu dan bukan musuh. Aku
panglima tentera TUHAN.” Yosua sujud menyembah dan berkata, “Saya
hamba tuan. Apakah perintah tuan kepada saya?”

Panglima tentera TUHAN berkata, “Tanggalkanlah kasutmu, kerana


tempat engkau berdiri itu suci.” Lalu Yosua menanggalkan kasutnya.
—Yosua 5:13-15, ABB
NARATIF ALKITABIAH DITULIS UNTUK
MENJADI AMARAN BAGI KITA
Empat pelajaran yang boleh dipelajari daripada naratif ini mengenai
doa di akhir zaman:
Yosua mengingati apa yang Tuhan telah lakukan di masa lalu, apabila
air Laut Merah terbelah.
Yosua mengharapkan untuk mendengar daripada Tuhan sebelum dia
mengatur penyeberangan itu.
Yosua memimpin jemaah yang besar dalam pengakuan dan
penyerahan sebagai persediaan untuk memasuki tanah perjanjian.
Yosua tidak tergesa-gesa untuk berperang bersama-sama orang-
orangnya. Dia menunggu Tuhan menunjukkan rancangan-Nya untuk
menakluki Kanaan.
Krisis Yosua

Bagaimanakah Yosua akan memimpin umat


Tuhan untuk menyeberangi sungai dalam
keadaannya yang banjir?

• Umat Israel berdoa.


• Imam-imam mematuhi.
Yosua Berdoa—
Mengharapkan untuk Mendengar daripada
Tuhan

“Hendaklah kamu bersiap sedia, engkau dan semua umat Israel.


Seberangilah Sungai Yordan dan pergilah ke tanah yang hendak
Aku berikan kepada mereka . . . .
Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani!
Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu,
menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi.”
—Yosua 1:2, 9, ABB
Orang-orang Israel Berdoa—
Mengakui dan Menyerah

“Kami akan melakukan segala yang tuan katakan, dan


pergi ke mana sahaja tuan suruh kami pergi”
—Yosua 1:16, ABB
Imam-imam Mematuhi—
Bertindak atas Iman

“Selama umat Israel berjalan di atas dasar sungai


yang kering, imam-imam yang menggotong Tabut
Perjanjian berdiri di tengah-tengah dasar sungai
yang kering itu, sehingga semua umat tiba di
seberang.”
—Yosua 3:17, ABB
PELAJARAN SATU:
Doa Membuka Hati kepada Tuhan
Tuhan rindu untuk kita:
 memegang janji-janji-Nya,
 percaya bahawa ia ditujukan kepada kita dan juga kepada
pendengar asal,
 dan benar-benar mengharapkan perkara besar
 Tetapi sebaliknya, kita bergelut sendirian dengan dilema kita.
 Ia adalah kemenangan besar apabila kita pada akhirnya
membenarkan Yesus menjadi Tuhan, bukan sahaja dalam
kehidupan kita, tetapi juga dalam pemikiran kita!
Kita Berdoa—
Mewujudkan Hubungan dengan Tuhan

“Mengapakah engkau sujud demikian?”


—Yosua 7:10, ABB

“Aku tidak akan menolak sesiapa pun yang datang kepada-Ku”


—Yohanes 6:37, ABB
Kita Berdoa—
Mewujudkan Hubungan dengan Tuhan

‘Hatiku mengikuti firman-Mu:, “Carilah wajah-Ku”;


maka wajah-Mu kucari, ya TUHAN.’
—Mazmur 27:8, LAI
Yesus Berdoa—
Bersedia untuk Melawan Musuh

“Esok paginya, ketika masih subuh, Yesus bangun lalu meninggalkan


rumah. Dia pergi ke luar kota, ke suatu tempat yang sunyi untuk
berdoa.”
—Markus 1:35, ABB

“Pada masa itu Yesus naik ke sebuah bukit untuk berdoa. Di situ Dia
berdoa kepada Allah semalam-malaman.”
—Lukas 6:12, ABB
Katakanlah keinginan anda, kegembiraan anda, kesedihan anda,
kebimbangan anda, dan ketakutan anda di hadapan Tuhan. Anda tidak
akan membebankan Dia; anda tidak akan meletihkan Dia. . . Hati-Nya
yang kasih tersentuh dengan kesedihan kita dan juga oleh lafaz kita
tentangnya. Bawalah kepada-Nya segala yang membingungkan fikiran.
Tiada yang terlalu besar untuk ditanggung oleh-Nya, kerana Dia
memegang dunia. Dia berkuasa ke atas seluruh alam semesta. Tidak
ada apa-apa yang berkaitan dengan kedamaian kita adalah terlalu kecil
untuk Dia perhatikan. Tidak ada bab dalam pengalaman kita yang
terlalu gelap untuk dibaca-Nya; tidak ada kebingungan yang terlalu
sukar untuk dirungkai-Nya.
Tiada malapetaka yang boleh menimpa anak-anak-Nya, tiada
kebimbangan yang menganggu jiwa, tiada sorakan
kegembiraan, tiada doa yang tulus terluput dari bibir, yang
tidak diperhatikan oleh Bapa Syurgawi, atau yang tidak menarik
perhatian-Nya dengan segera. ‘Dia menyembuhkan orang yang
hancur hati, dan membalut luka mereka.’ Mazmur 147:3.
Hubungan antara Tuhan dan setiap jiwa adalah jelas dan penuh
seolah-olah tidak ada jiwa lain di bumi ini yang berkongsi
penjagaan-Nya, bukan jiwa lain di mana Dia memberikan Anak-
Nya yang dikasihi.
—Ellen G. White, Steps to Christ,100
PELAJARAN DUA:
Doa Membawa kepada Pengakuan dan
Penyerahan

“Selidikilah aku ya Allah, dan selamilah hatiku;


ujilah aku dan ketahuilah fikiranku.
Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan
dalam diriku,
dan pimpinlah aku ke jalan yang abadi.”
—Mazmur 139:23,24, ABB
Kita Berdoa—
Memohon untuk Pengalaman dengan Roh
Kudus

“Semua orang yang percaya kepada


Kristus berkumpul di satu tempat.”

—Kisah Rasul-Rasul 2:1, ABB


Kita Berdoa—
Menjangkakan Kuasa Hujan Akhir

Bukan sahaja hujan akhir akan memperkasakan


kesaksian kita, tetapi ia juga akan menguatkan
kita untuk masa yang lebih sukar yang menanti
umat Tuhan sebelum Yesus datang.
PELAJARAN TIGA:
Doa Membina Ingatan
“Jika anak-anak-mu bertanya di kemudian hari: Apakah
artinya batu-batu ini bagi kamu?

maka haruslah kamu katakan kepada mereka: Bahwa air


sungai Yordan terputus di depan tabut perjanjian
TUHAN; ketika tabut itu menyeberangi sungai Yordan,
air sungai Yordan itu terputus. Sebab itu batu-batu ini
akan menjadi peringatan bagi orang Israel untuk selama-
lamanya.”
—Yosua 4:6,7, LAI
Kita Berdoa—
Mengingati Bagaimana Tuhan telah
Memimpin Kita

•Bagaimanakah ia akan mempengaruhi kehidupan anda jika


anda mengambil masa selama satu atau dua jam untuk mula
membina mezbah peringatan anda?

•Bagaimana jika anda menulis sebanyak dua belas kali apabila


Tuhan telah melakukan perkara hebat untuk anda dan
mengongsikan cerita-cerita ini kepada keluarga dan rakan
anda?
PELAJARAN EMPAT:
Berdoa Membuatkan Tuhan Menyatakan
Rancangan-Nya

“Adakah kamu ini salah seorang askar


kami, atau seorang musuh?”
(lihat Yosua 5:14)
Yosua Berdoa—
Mendengar Perintah Tuhan

“Yosua bersujud menyembah dan berkata ‘Saya


hamba tuan. Apakah perintah tuan kepada saya?’”

—Yosua 5:14, ABB


Kita Berdoa—
Membantu Kita Mengenali Suara Tuhan

“Sesungguhnya, TUHAN, Allah kita, telah memperlihatkan


kepada kita kemuliaan dan kebesaran-Nya, dan suara-Nya
telah kita dengar dari tengah-tengah api.

Pada hari ini telah kami lihat, bahwa Allah berbicara dengan
manusia dan manusia itu tetap hidup.”

—Ulangan 5:24, LAI

Anda mungkin juga menyukai