Anda di halaman 1dari 21

BENGKEL PENULISAN

KREATIF
TARIKH:
6 DISEMBER 2022

TEMPAT:
PUSAT SUMBER, SMK SANZAC,
KOTA KINABALU

OLEH:
MOHAMMAD HILMI ISMAIL
MENGENAL PUISI
 Mengenal puisi sejak dekad 1930-an, penyair-penyair di Malaya (Tanah Melayu)
sudah menghasilkan puisi. Ketika itu, puisi moden dianggap mudah untuk
dihasilkan, kerana modelnya ialah puisi tradisional, sama ada pantun atau syair.
Sesekali penulis-penulis dekad tersebut menyandarkan karya mereka pada
gurindam. Apabila tiba zaman perjuangan menuntut kemerdekaan (1950-an),
bentuk puisi moden sudah berbeza. Penyair berasakan suara untuk maju dan
merdeka perlu ditunjukkan melalui bentuk karya yang kelihatan baharu dan
kedengaran bebas. Untuk melihat perkembangan ini secara ringkas, bandingkan
sajak Punggok (Muhammad Yassin Maamor) dihasilkan dalam 1993 dengan sajak
Masuri SN hasilan tahun 1955.
Di Tengah Segera
Oleh: Punggok
Di dalam gelombang hambur menghambur
kudengar seru sayup bahasa
hatiku lebur bagaikan hancur
hendak kurenang beta tak bisa.

Tuan mengeluh menanggung nestapa


kudengar turut sama bersedih
meski kurenang takkan berjumpa
segera berpuaka – teluk beralih.

Dengar sahaja doa kupohonkan


kepada Allah Yang Maha Kaya
Allah menolong jiwa telapakkan
sampai ke tepi selamat bahagia.

Disember, 1933
Tiada Peduli
Oleh: Masuri SN
Sekali ini aku tidak peduli
Kegusaran malam bintang malap
Meski yang lain menyambut sunyi
Di atas dasar yang satu terang atau gelap
Aku tetap berdiri.

Aku bersusun-susun batu piramid


Tinggi tegak melindung pandang hidupku
Jika tidak gila dengan fikiran orang lain
Entah sekarang sudah tidak lagi jadi
soalku.

Biar desar desir angin bertiup


Ketahuan rang mati tiada kawan
Atau ada lagi yang mengerikan
Insan tergolek tiada tertutup.

Sekali ini aku tiada peduli


Di atas dasar yang satu aku berdiri

Disember, 1949
APA PERBEZAAN ANTARA DUA PUISI
TERSEBUT?
• Perbezaan nada yang jelas
• Sajak Masuri SN kedengaran seperti sajak pada hari ini, kerana bahasanya
meletus-letus tanpa ditentukan oleh rima akhir.
• Jumlah kata atau suku kata juga tidak disukat untuk menjadi sama. Rentak
yang muncul ialah rentak makna. Jelaslah sajak Masuri SN itu memuatkan
penanda pembaharuan.
• Dalam dekad 1950-an, kemudian 1960-an, peminat puisi moden masih kerap
menemui sajak-sajak berima dengan sukatan kata yang tetap, walaupun
banyak juga yang melanggar “peraturan” itu.
• Dekad 1970-an, gaya baharu kian menguasai bidang perpuisian. Ini
berlangsung ke dekad-dekad seterusnya.
DEFINISI PUISI
• Satu teks moden yang lebih bebas pengucapannya, tidak terikat atau menyalin bentuk
tradisional serta membawa pandangan hidup manusia sekelilingnya.
(SN Muhammad Haji Salleh, 1988)

• Satu pengucapan/rasa hati nurani yang bebas dari ikatan bentuk prosa, mempunyai gaya yang
lebih terbuka, berangkap, bersifat bijaksana, bersimbolisme dan membawa pemikiran
(persoalan) sejagat.
(Shamsudin Othman, 2000)

• Secara ringkasnya, puisi merangkumi rasa atau emosi, kata dan lambang

Rasa/Emosi + Kata + Lambang = PUISI


JENIS-JENIS PUISI

• Puisi Melayu termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk


cerita (non-naratif). Pengkelasan puisi Melayu boleh dicipta
berdasarkan bentuk, isi/tema, dan fungsi. Dengan itu, jenis-jenis puisi
Melayu tradisional terbahagi kepada 12 iaitu pantun, syair,
gurindam, nazam, seloka, teka teki, peribahasa berangkap,
teromba, talibun (sesomba), prosa berirama (prosa lirik), dan dikir
(zikir). Manakala jenis-jenis puisi baharu/moden terdiri daripada
Balada, Himne, Romansa, Ode, Satire, Elegi, Epigram.
KOMPONEN PUISI
BIL KOMPONEN DESKRIPSI
1 Tema Unsur yang menerangkan topik atau garis besar isi puisi
2 Alur Unsur yang menerangkan pola pergerakan peristiwa dalam
puisi
3 Latar Unsur yang menerangkan tempat, waktu, dan suasana
dalam puisi
4 Amanat Unsur yang memberi pesan atau nilai yang ingin
disampaikan kepada para pembaca puisi tersebut.
5 Sudut Pandang Unsur yang menerangkan cara penyair meletakkan dirinya
dalam puisi
6 Tokoh Unsur yang menerangkan para pelaku dalam puisi
7 Penokohan Unsur yang menerangkan sifat para tokoh
8 Gaya bahasa Unsur yang menerangkan penggunaan bahasa dalam puisi
9 Unsur Ekstrinsik Unsur yang menerangkan latar belakang penyair hingga
keadaan sosial masyarakat yang mendorong penulisan puisi
10 Citra Unsur yang menggambarkan suasana yang hendak
disampaikan dalam puisi dan dirasai atau difahami oleh
pembaca
MENGGALI SUMBER DAN
MENEROKA IDEA
• Seorang penyair yang baik di dalam puisinya mengandungi unsur
keINSANan iaitu nilai estetika dan Ehsan
• Keindahan puisi merujuk kepada ESTETIKA seperti berikut:
i) Manipulasi kata-kata indah (puitika)
ii) Variasi irama dan kombinasi bunyi Bahasa
iii) Keghairahan emosi
iv) Gagasan dan pemikiran
v) Kemampuan intelek
vi) Ketersiratan / perlambangan
vii) Keinsanan / Ehsan
TEKNIK ALAMI
Teknik Alami juga boleh digunakan untuk
mencari idea / ilham untuk melakar atau
merenung atau menghayati dan memindahkan
idea ke dalam bentuk perasaan. Teknik ini dapat
membantu dalam mengatur diksi (kata-kata),
membina rangkap dan mengadun cerita

Contoh?
TEKNIK INTIPATI TEKS
• Teknik intipati teks merupakan satu cara di mana seseorang
memilih teks bacaan yang menguja perasaannya
• Melalui pembacaan yang tersebut, penyair mengungkapkan
atau memindahkan idea tersebut ke dalam bentuk puisi.
Cara ini lebih dikenali dengan istilah Adaptasi Teks
MENULIS PUISI
• Puisi tentang Laut

a) Mengumpul perkataan
Laut, pokok, biru, ceria, gembira, suka, damai

b) Menulis ayat
Daun melambai-lambai/indahnya biru memukau

c) Merancang perenggan
Laut adalah kenangan
Yang mengimbau rindu
Di sini aku mengenang titik mula
Cinta yang abadi
d) Mengedit draf dan menghasilakn karya atau produk
Laut adalah derita
yang merangkak di dadaku
seperti sampan yang sepi
terasing di bibir pasir
setia dipukul ombak.

Laut adalah aku


yang selamanya derita.

ATAU

Aku adalah laut bahagia


yang sentiasa kau puja
biru membias ke langit cinta
batu-batu mendakap rindu
daun melambai kenangan
aku tidak pernah sunyi
kerana kau sentiasa ada di sisi
INTIPATI TEKS

“Pada bulan Julai 2 tahun lalu, saya bersama-sama dua


orang teman telah menghabiskan cuti di Turki. Di sana
saya dapat menikmati keindahan alam, bermain salji,
dan menikmati udara segar selat Bourparus. Inilah
kenangan terindah yang saya impikan dalam hidup
selama ini iaitu ingin menjejakkan kaki ke Istanbul”
PROSES PENGHASILAN
• Membaca teks (sebuah cerita)
• Menyunting (memotong dan menyaring) inti pati cerita
• Menyusun intipati – intipati menjadi cerita berangkap
• Mengubah inti pati kepada diksi sajak
• Susun kombinasi diksi ke dalam bentuk baris sehingga
membentuk rangkap
Langkah 1

Pada bulan Julai 2 tahun lalu, saya Bersama-sama 2 orang


teman telah menghabiskan cuti di Turki. Di sana saya dapat
menikmati keindahan alam, bermain salji, dan menikmati
udara segar selat Bourparus.
Langkah 2
• Mengubah inti pati kepada diksi sajak
Contoh hasil gubahan diksi:

Julai yang manis


beriring kekasih
aku menikmati semahunya
Guldga dan Bourparus
dingin salji menggigit rindu
sedang aku masih tertegun
mentafsir mimpi yang tak terbayangkan
Langkah 3
• Menulis sajak lengkap
Contoh:
Julai yang Manis

Saat menikmati semahunya


Guldga dan Bourparus
aku tertegun digigit dingin salji
kenangan mengamit rindu
sedang kau masih mentafsir mimpi
yang tak terbayangkan
PRAKTIK PENULISAN SAJAK
Cuba hasilkan sajak bertemakan:
1. Alam
2. Sahabat
3. Kasih sayang
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai