Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PENINGKATAN
PROFESIONALISME GURU BAHASA
MELAYU

SK KEBAGU 2018
1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan daripada Guru Besar SK Kebagu bagi mendapatkan kelulusan dan
bantuan kewangan untuk mengadakan Program Peningkatan Profesionalisme
Guru Bahasa Melayu SK Kebagu 2018.

2.0 PENGENALAN

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu SK Kebagu adalah


program yang dicadangkan oleh SISC+ BM pada tahun lepas untuk
dilaksanakan sebagai program yang dapat memberikan manfaat penting
kepada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah, khususnya di SK
Kebagu. Program ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Bengkel Penandaan
Kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan serta
Taklimat Professional Learning Community (PLC) kepada guru-guru Bahasa
Melayu.

3.0 OBJEKTIF

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu SK Kebagu ini


meletakkan tiga objektif utama:

(i) Meningkatkan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam menanda


kertas ujian dengan lebih professional.

(ii) Mendedahkan guru-guru Bahasa Melayu kepada pembudayaan PLC di


sekolah, khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu.

(iii) Memastikan guru-guru Bahasa Melayu mengamalkan konsep


Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK)
4.0 RASIONAL PROGRAM

Rasional program ini diadakan adalah memastikan SK Kebagu sentiasa


terkehadapan dalam memacu Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) seiring
fokus Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga membolehkan guru-
guru Bahasa Melayu membiasakan perkara baharu untuk diterapkan dalam
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di bilik darjah.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Guru-guru Bahasa Melayu (12 orang)

6.0 PENETAPAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 6 & 7 Februari 2018

Masa : 9.00 pagi-4.00 petang

Tempat : Pusat Sumber SK Kebagu

Penceramah : 1. Pn. Sharifah Ag. Besar- (SISC+ BM) Bahasa Melayu, PPD Kota
Kinabalu

2. Pn. Shirney Lim (Jurulatih Utama PLC Kebangsaan), PPD


Kota Kinabalu
7.0 JADUAL PELAKSANAAN

Tarikh 9.00-9.30 12.00-2.00


9.30 pagi-12.00 t/hari 2.00-4.00 petang
& Hari pagi petang
Taklimat Umum Taklimat Penandaan KertasBahasa Taklimat Penandaan
Bengkel Melayu (Pemahaman) & Bengkel Kertas Bahasa Melayu
6.2.2018
Penandaan Rehat (Penulisan)
Kertas BM
Taklimat Umum Taklimat pelaksanaan PLC di
7.2.2018
PLC sekolah

8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

BILANGAN KOS SEUNIT JUMLAH KOS


BIL. PERKARA
UNIT (RM) (RM)
1 Kertas A4 2 12.00 24.00
2 Sarapan 14x 2 hari 4.00 RM112
3 Makan tengah hari 14x 2 hari 8.00 RM224
JUMLAH RM360

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar kertas kerja ini mendapat kelulusan daripada Guru Besar SK
Kebagu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Persediaan bagi program ini akan bermula sebaik sahaja kelulusan kertas
kerja ini diberikan.

Disediakan oleh

________________

MOHAMMAD HILMI ISMAIL

Ketua Panitia Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai