Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN (FPP)

TUGASAN INDIVIDU
TAJUK : PSYCHOTHERAPHY BASED SUPERVISION
MODELS
(Patient-Centered)

EDNA BINTI JOHN (MP1612043T)


NAMA
(PATIENT CENTERED)
NORHAYATI BINTI OTHMAN (MP1612126T)
SAIBAH BINTI OSMAN @ GELBERT (MP1612154T)

PROGRAM KURIKULUM DAN PENGAJARAN (MEC)

NAMA PENSYARAH DR. ROSY TALIN


DEFINISI PSIKOTERAPI

Menurut Watson & Morse (1977) psikoterapi adalah bentuk khusus dari interaksi
antara dua orang, pada mana penyelia dan pesakit memulai interaksi karena ia
mencari bantuan psikologik dan terapis menyusun interaksi dengan mempergunakan
dasar psikologik untuk membantu pesakit meningkatkan kemampuan mengendalikan
diri dalam kehidupannya dengan mengubah pikiran, perasaan dan tindakannya,

Corsini (1989) menakrifkan psikoterapi adalah proses formal dari interaksi antara
dua pihak, setiap pihak biasanya terdiri dari satu oran, tetapi ada kemungkinan terdiri
dari dua orang atau lebih pada setiap pihak, dengan tujuan memperbaiki keadaan
yyang tidak menyenangkan (distress) pada salah satu dari kedua pihak karena
ketidakmampuan atau malafungsi pada salah satu dari bidang-bidang berikut: fungsi
kognitif (kelainan pada fungsi berfikir), fungsi afektif (penderitaan atau kehidupan
emosi yang tidak menyenangkan) atau fungsi perilaku (ketidaktepatan perilaku);
dengan terapis yang memiliki teori tentang asal-usul kepribadian, perkembangan,
mempertahankan dan mengubah bersama-sama dengan beberapa metode perawatan
yang mempunyai dasar teori dan profesinya diakui resmi untuk bertindak sebagai
terapis. Manakala Ivey & Simek-Downing (1980) psikoterapi adalah proses jangka
panjang, berhubungan dengan upaya merekonstruksi seseorang dan perubahan yang
lebih besar pada struktur kepribadian.

Menurut Wolberg (dalam Gunarsa,2007) psikoterapi adalah suatu bentuk dari


perawatan (treatment) terhadap maslaah-masalah yang dasarnya emosi, dimana
seorang yang terlatih, dengan membentuk hubungan profesional dengan pesakit yang
bertujuan memindahkan, mengubah atau mencegah munculnya gejala dan menjadi
perantara untuk menghilangkan pola-pola perilaku yang terhambat serta
meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan positif dari kepribadiannya.

Secara kesimpulannya, psikoterapi adalah kaedah yang digunakan untuk


merawat kejiwaan, emosi dan gangguan kejiwaan tertentu. Selain itu psikoterapi juga
dikenali sebagai "terapi berbicara", kaedah perawatan ini menolong pesakit untuk
mengenali masalah mereka, mengerti perasaan mereka, menerima kelebihan dan
kelemahan mereka, dan membuat mereka berpikir positif terhadap diri sendiri dan
juga masalah yang dihadapi. Pada intinya, psikoterapi terdiri dari komunikasi lisan
dan non-lisan yang berguna untuk meringankan kesulitan psikologis.

DEFINISI RAWATAN BERPUSATKAN PESAKIT ( PATIENT CENTERED)

Rawatan berpusatkan pesakit didefinisikan sebagai latihan menjaga pesakit dengan


cara yang bermakna dan bernilai kepada seorang pesakit. Ini adalah termasuklah
mendengar, memaklumkan dan mlibatkan pesakit dalam sesi rawatan. Menurut
institute of Medicine (IOM) rawatan berpusatkan pesakit sebagai providing care
that is respectful of, and responsive to, individual patient prefences, needs and values,
and ensuring that patient values guide all clinical decisions.

Menurut Frawley-O'Dea & Sarnat (2001) menyatakan bahawa penyelia


dipandang sebagai seorang yang pakar dan mempunyai tahap kemahiran dan
pengetahuan yang luas dalam membantu pesakit.
PRINSIP-PRINSIP RAWATAN BERPUSATKAN PESAKIT

Terdapat 8 prinsip rawatan berpusatkan pesakit yang disenaraikan dalam penyelidikan


yang dijalankan oleh Institut Pemetik dan Sekolah Perubatan Harvard.

Hormati hak
pesakit, pilihan
dan keperluan

Koordinasi dan Rangkaian


integrasi Rawatan
rawatan

Maklumat dan PRINSIP Kesinambungan


RAWATAN
pendidikan BERPUSATKAN dan peralihan
PESAKIT

Penglibatan
Keselesaan Keluarga dan
Fizikal
Rakan
Sokongan emosi
dan pengurangan
ketakutan dan
kebimbangan
PRINSIP 1: HORMATI HAK PESAKIT, PILIHAN DAN KEPERLUAN

Dalam prinsip ini, kaunselor akan melibatkan pesakit dalam membuat segala
keputusan bagi diri mereka sendiri dan mengiktiraf pesakit sebagai individu yang
mempunyai keistimewaan masing-masing. Pilihan pesakit juga dipertimbang dan
diterima dengan sewajarnya bagi memberi ruang kepada mereka dalam membuat
keputusan.

Kaunselor juga akan merawat pesakit secara berhemah, menghormati dan


menjaga sensitiviti nilai budaya setiap daripada mereka. Ini bagi mewujudkan
hubungan yang baik antara kaunselor dan pesakit agar rawatan yang diberikan akan
berjalan dengan baik tanpa timbul masalah dalaman kepada diri pesakit.

PRINSIP 2 : KOORDINASI DAN INTEGRASI RAWATAN

Melalui prinsip ini, pesakit akan diletakkan dalam satu kumpulan yang disebut
sebagai kaunseling kelompok. Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai
pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai
perhubungan psikologi di antara satu sama lain. Ia melibatkan proses perhubungan
individu dalam kumpulan secara dinamik tentang tingkahlaku dan pemikiran.

Hansen, Warner dan Smith (1980) pula menghuraikan kaunseling kelompok


sebagai satu hubungan di antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli.
Mereka menilai diri dan keadaan dalam usaha mengubah sikap dan kelakuan.
Fokusnya adalah kepada pencegahan dan rawatan. Ini kerana semasa kaunseling
kelompok berlangsung, pesakit meluahkan perasaan sebenar yang dialami akibat sakit
atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Peranan kaunselor dalam prinsip ini ialah
memastikan pesakit diberikan koordinasi penjagaan yang sepatutnya. Ini termasuklah
cara menangani stres, pengendalian emosi dan sebagainya. Hal ini kerana, koordinasi
penjagaan yang betul dapat meringankan perasaan lemah dalam diri pesakit.
Antara tiga bidang yang perlu dikenalpasti oleh pesakit berkenaan koordinasi
penjagaan yang dapat mengurangkan perasaan lemah adalah melalui :

1. Penyelarasan penjagaan klinikal


- Pesakit diberi kemudahan yang cukup sebelum, semasa dan selepas rawatan.
2. Penyelarasan perkhidmatan sampingan dan sokongan
- Kaunselor, keluarga dan komuniti akan terlibat dalam memberi sokongan kepada
pesakit.

3. Penyelarasan penjagaan pesakit barisan hadapan


- Pesakit diberi keutamaan mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

PRINSIP 3 : MAKLUMAT DAN PENDIDIKAN

Semasa temu bual, pesakit akan menyatakan kebimbangan mereka bahawa mereka
tidak dimaklumkan sepenuhnya mengenai keadaan kesihatan mereka. Untuk
mengatasi ketakutan ini, hospital atau kaunselor itu sendiri boleh memberi tumpuan
kepada tiga jenis komunikasi iaitu :

Maklumat mengenai status klinikal, kemajuan dan prognosis


Maklumat mengenai proses penjagaan
Maklumat untuk memudahkan autonomi, penjagaan diri dan promosi kesihatan

PRINSIP 4 : KESELESAAN FIZIKAL

Pengalaman memberi kesan yang ketara kepada keselesaan fizikal pesakit. Ini kerana,
melalui pengalaman yang sudah pesakit lalui berkenaan sakit yang mereka hidapi,
pesakit akan melalui fasa perubahan dalam diri mereka. Sebagai contoh, jika semasa
sihat mereka sentiasa berfikiran positif, tetapi selepas menghidapi penyakit, pesakit
ini lebih cenderung untuk beremosi, rendah diri malah kurang bersosial dengan
masyarakat sekeliling.

Justeru itu, terdapat tiga aspek yang perlu diambil kira oleh kaunselor dalam
menangani masalah pesakit yang antaranya ialah :
Pengurusan kesakitan
Bantuan dengan aktiviti dan keperluan hidup harian
Persekitaran.
PRINSIP 5 : SOKONGAN EMOSI DAN PENGURANGAN KETAKUTAN
DAN KEBIMBANGAN

Dalam prinsip ini, pesakit memerlukan sokongan emosi bagi mengurangkan ketakutan
dan dan kebimbangan tentang penyakit yang dihadapinya. Ini kerana kebimbingan
pesakit menyebabkan pesakit merasakan dirinya lemah dari pelbagai sudut
terutamanya sudut fizikal. Pesakit mempunyai mind set yang merasakan sukar utuk
melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti yang melibatkan fizikal pesakit.
Maka, peranan penjaga adalah sangat penting untuk mengatasi masalah ini. Penjaga
seharusnya memberi perhatian yang khusus kepada pesakit.

Antara kebimbangan yang dihadapi oleh pesakit adalah kebimbangan terhadap


status fizikal, rawatan dan prognosis. Pesakit berasa risau terhadap penyakit yang
sedang dihadapinya dan keadaan fizikal dirinya. Pesakit juga bimbang tentang
rawatan yang perlu dijalankan dan prognosis iaitu ramalan atau kemungkinan yang
berkaitan dengan penyakit yang dialaminya. Tambahan lagi, pesakit bimbang
terhadap kesan penyakit pada dirinya sendiri dan keluarga serta bimbang kesan
penyakitnya terhadap kewangan.

PRINSIP 6 : PENGLIBATAN KELUARGA DAN RAKAN

Prinsip keenam pula adalah mengenai peranan keluarga dan rakan-rakan semasa
pesakit berhadapan dengan penyakitnya. Keluarga dan rakan merupakan individu
yang paling rapat dengan pesakit. Sebarang permasalahan yang berkaitan dengan
pesakit boleh dirujuk daripada ahli keluarga ataupun rakan pesakit. Pihak yang
memberikan rawatan kepada pesakit seharusnya menyediakan penginapan untuk
keluarga dan rakan-rakan kerana terdapat ahli keluarga pesakit yang tinggal jauh dari
tempat pesakit mendapatkan rawatan.

Selain itu, penglibatan keluarga dan kawan rapat dalam membuat sesuatu
keputusan adalah sangat perlu. Ini adalah kerana, jika sebarang perkara yang berlaku
kepada pesakit, tiada penyesalan yang berlaku kerana keputusan yang diambil adalah
hasil perbincangan daripada keluarga dan rakan.
Disamping itu, pihak yang memberikan rawatan juga perlu menyokong ahli
keluarga sebagai penjaga pesakit. Tiada sebarang sekatan yang dilakukan jika ahli
keluarga ingin berjumpa dengan pesakit yang juga merupakan ahli keluarga mereka.
Tambahan lagi, pihak yang memberikan rawatan juga perlu menyedari keperluan
keluarga dan rakan-rakan pesakit. Ini adalah penting supaya mereka juga dapat
memenuhi keperluan pesakit apabila keperluan mereka dipenuhi.

PRINSIP 7 : KESINAMBUNGAN DAN PERALIHAN

Prinsip ketujuh adalah proses kesinambungan dan peralihan. Pesakit yang berhadapan
dengan penyakit akan menyatakan kebimbangan mereka terutamanya mengenai
keupayaan mereka untuk menjaga diri selepas keluar dari pusat rawatan. Bagi
menangani masalah ini. terdapat beberapa keperluan pesakit yang perlu dipenuhi.

Antaranya ialah pesakit diberikan maklumat terperinci mengenai ubat-


ubatan, had keupayaan fizikal dan keperluan diet yang perlu difahami. Selain itu,
pesakit juga perlu menentukan dan merancang rawatan susulan yang akan dibuat
selepas keluar dari pusat rawatan. Tambahan lagi , pesakit perlu diberikan maklumat
mengenai akses kepada sokongan klinikal, sosial, fizikal dan kewangan secara
berterusan. Perkara-perkara ini adalah perlu untuk membantu pesakit meneruskan
rawatan susulan sehingga pesakit sembuh.

PRINSIP 8 : RANGKAIAN RAWATAN

Dalam prinsip ini, pesakit perlu mengetahui bahawa mereka boleh mendapatkan
penjagaan apabila diperlukan. Aspek ini memberi tumpuan terutamanya kepada
penjagaan ambulatori. Aspek ini sangat penting untuk diketahui oleh pesakit bagi
memudahkan pesakit dan ahli keluarganya.

Antara aspek tersebut ialah akses ke lokasi. Pesakit perlu mengetahui akses
bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan di kawasan yang sesuai dengan
pesakit. Selain itu, pesakit juga perlu mengetahui tentang kemudahan pengangkutan
yang ada untuk sampai ke pusat rawatan. Pesakit juga diberikan kemudahan untuk
membuat temujanji dengan pakar, dan pada masa yang sama, pakar juga hendaklah
mempunyai kelapangan waktu semasa membuat temujanji dengan pesakit tersebut.
Selain itu, pesakit juga perlu tahu ketersediaan pelantikan pakar jika diperlukan dan
kebolehcapaian kepada pakar yang lebih khusus jika perlu. Arahan yang jelas yang
diberikan kepada pesakit semasa dan bagaimana untuk mendapatkan rujukan
berkenaan penyakit yang dihadapinya.

KESIMPULAN

Di peringkat global, terdapat perbezaan pendapat tentang memberi kuasa kepada


pesakit untuk mengambil peranan aktif dalam penjagaan mereka. Pada masa kini,
teknologi dapat memberikan kemudahan kepada pesakit untuk menjaga kesihatan dan
membantu pesakit untuk melibatkan diri. Konklusinya, rawatan berpusatkan pesakit
sememangnya aplikasi yang terbaik dalam menjaga pesakit dengan cara yang
bermakna dan bernilai kepada seorang pesakit..
RUJUKAN

Bernard, J.M. (1979). Supervisor training: A discrimination model. Counselor Education and
Supervision, 19,60-68.

Bradley, L. J., & Gould, L. J. (2001). Psychotherapy-based models of counselor supervision. In L. J.


Bradley & N. Ladany (Eds.), Counselor supervision: Principles, process, and practice (3rd ed., pp. 147-
180). Philadelphia, PA: Brunner-Routledge.

Coren, A. (2001). Short-term psychotherapy: A psychodynamic approach. New York: Other Press.

Corey, G. (2005). Theory and practice of counseling and psychotherapy (7th ed.). Belmont, CA:
Brooks/Cole.

https://echaelshanadia.wordpress.com/2015/03/20/pengertian-tujuan-dan-unsur-unsur-psikoterapi/

http://sitihrdnt.blogspot.my/2016/05/psikoterapi-dan-jenis-jenis-psikoterapi.html

Anda mungkin juga menyukai