Anda di halaman 1dari 3

Pembukaan (Permainan Berantai) Penyertaan: 2 orang guru & 2 orang pelajar (bagi setiap rumah sukan) Prosedur: 1.

Tiup belon: Peserta 1 (guru) dikehendaki meniup belon sehingga pecah. Kemudian, mengangkat 2 beg plastik berisi belon air dan diberikan kepada peserta 2 (pelajar). 2. Bom air: Peserta 2 (pelajar) dikehendaki melontar belon berisi air kepada peserta 3 (pelajar) sehingga 3 belon air dapat disambut dengan baik (tidak pecah) dan diletakkan ke dalam baldi. 3. Isi air dalam botol: Peserta 3 (pelajar) dikehendaki memecahkan 3 belon air tersebut di dalam baldi. Kemudian, memindahkan air di dalam baldi ke dalam botol (yang telah disediakan) dengan menggunakan tangan (sehingga paras yang telah ditandakan). 4. Pancing botol: Peserta 4 (guru) berlari ke arah botol (tidak melepasi garisan yang disediakan) dan dikehendaki memancing botol dengan menggunakan joran yang disediakan (setelah peserta 3 tamat). Setelah dapat dipancing, peserta 4 akan membawa botol tersebut ke garisan penamat (dengan menggunakan joran tersebut; dilarang memegang botol). *Pasukan yang menamatkan semua acara dahulu dikira sebagai pemenang.

Permainan Muhibbah Penyertaan: 2 orang guru & 2 orang pelajar (bagi setiap permainan mengikut rumah sukan) Prosedur: 1. Lumba Lari Berpasangan: a) Setiap pasukan dibahagi kepada 2 kumpulan regu A dan regu B. b) Regu A iaitu seorang guru & pelajar dikehendaki berlari (sebelah kaki diikat bersama) ke arah regu B. c) Kemudian, regu A akan membuka ikatan di kaki dan mengikat kaki regu B. d) Regu B akan berlari semula di tempat permulaan regu A (penamat). e) Pasukan yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang. 2. Lumba Kaki Gajah: a) Peserta pertama dikehendaki berlari menggunakan alat yang disediakan ke arah kon yang disediakan. b) Kemudian, berpatah balik ke tempat permulaan dan diganti dengan peserta kedua sebaik sahaja sampai. c) Langkah a dan b diulang sehingga peserta yang keempat. d) Peserta keempat pasukan yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang.

3. Gula Dalam Tepung: a) Peserta pertama dikehendaki berlari ke arah meja yang telah disediakan. b) Kemudian, mencari dan mengambil sebiji gula-gula yang terdapat dalam pinggan yang disediakan dengan menggunakan mulut. c) Selepas itu, berlari semula ke tempat permulaan (gula-gula masih lagi di mulut) dan digantikan dengan peserta kedua sebaik sahaja sampai. d) Langkah a hingga c diulang sehingga keempat-empat peserta berjaya mendapatkan empat biji gula-gula. 4. Bawa Bola Ajaib (perempuan sahaja): a) Setiap pasukan dibahagi kepada 2 kumpulan regu A dan regu B. b) Regu A iaitu seorang guru & pelajar dikehendaki berdiri bertentangan arah dan sebiji bola diletakkan di antara kedua-dua bahagian belakang badan. c) Regu akan membawa bola ke arah regu B tanpa jatuh (jika jatuh bola hendaklah diletakkan semula di tempat bola terjatuh dan permainan disambung). d) Regu B akan mendapatkan bola (kedudukan seperti di b) daripada regu A tanpa menggunakan tangan. e) Regu B akan membawa bola semula di tempat permulaan regu A (penamat). f) Pasukan yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang. 5. Ikut Cakap Cikgu: a) Ini adalah ujian pendengaran. Sila dengar betul-betul. b) Setiap pasukan dikehendaki mendengar arahan Cikgu dan melakukan perkara yang disuruh oleh Cikgu sahaja. c) Peserta bagi setiap pasukan yang ingkar arahan Cikgu, dikehendaki keluar dari barisan. d) Pasukan yang mendengar arahan dengan baik dikira sebagai pemenang.

Penutup (Kerusi Muzik): 1. Pemainan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu guru lelaki dan guru perempuan. 2. Terbuka kepada semua guru yang ingin menyertai. 3. Permainan akan dijalankan serentak. Prosedur: 1. Permainan dimulakan apabila muzik mula dimainkan. 2. Peserta dikehendaki berjalan mengelilingi kerusi (yang telah disusun secara bulatan) ikut lawan arah jam. 3. Sebaik sahaja muzik berhenti, peserta dikehendaki duduk dengan segera. Peserta yang tidak dapat duduk di atas kerusi atau duduk di atas peserta lain dikira tersingkir. 4. Satu kerusi akan dikeluarkan bagi setiap pusingan. 5. Permainan diteruskan dengan mengulangi prosedur 2 hingga 5 sehingga tinggal seorang sahaja pemenang yang berjaya duduk di kerusi yang terakhir.

Barisan panel hakim: GPK Ketua Bidang

SELAMAT HARI GURU

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Keputusan Permainan:

Permainan Permainan Berantai Permainan Muhibbah: Lumba Lari Berpasangan

Tempat Pertama

Tempat Kedua

Tempat Ketiga

Lumba Kaki Gajah

Gula Dalam Tepung

Bawa Bola Ajaib

Ikut Cakap Cikgu Kerusi Muzik: Guru Lelaki

Guru Perempuan

Anda mungkin juga menyukai