Anda di halaman 1dari 25

3.1.

Monitor

Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk melihat imej. Terdapat dua jenis monitor dipasaran sekarang.

i.

Tiub sinar katod ( cathode ray tube) Menggunakan teknologi yang sama seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub vakum sebagai skrin paparan

pada komputer.

Rajah 3.1.1.1: Monitor CRT

ii.

Paparan panel rata merupakan produk yang lebih ringan, nipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding dengan CRT. Walaubagimana pun harganya agak mahal berbanding dengan CRT. Teknologi LCD berkemampuan untuk memaparkan imej yang lebih tajam jika dibandingkan dengan CRT.

28

Rajah 3.1.1.2: Monitor Paparan Panel Rata

Terdapat berbagai saiz monitor dipasaran diantara yang sering digunakan adalah bersaiz 16 dan 18.5. Harganya monitor besaiz 18.5 sekitar RM300 manakala harga monitor bersaiz 21.5 pula sekitar RM500.

Selain dari fizikal monitor perlu besar, resolusi pada monitor perlu diambil kira untuk mendapatkan paparan yang memuaskan. Resolusi selalunya dikaitkan dengan saiz pixel. Semakin pixel kecil semakin bagus kualiti paparan. Saiz pixel menggunakan ukuran millimeter. Pixel bersaiz 0.18mm lebih baik dari pixel bersaiz 0.122mm. Tetapi memandangakan harga monitor untuk pixel bersaiz 0.18mm agak mahal harganya, maka saiz pixel bersaiz 0.22mm sudah mencukupi. Sekiranya masih tidak mampu, saiz pixel bersaiz 0.28mm boleh digunakan untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan ketelitian dari segi kualiti paparan. Ada juga monitor mempunyai pixel bersaiz 0.31mm, monitor ini agak kelabu (blur) paparannya.

3.1.2 Sistem Unit ( CPU )

29

CPU (Central Processor Unit) atau Unit Pemprosesan Pusat merupakan komponen utama yang mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem computer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer. Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama: 1. Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau dalam bahasa pasar dikenali sebagai CPU speed. Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman. Semakin tinggi maka semakin lajulah data tersebut diproses. 2. Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran merupakan kelajuan diluar CPU tersebut dan mesti disokong dengan kelajuan motherboard. Ia juga dikenali sebagai Front Bas. Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut adalah 400MHz maka motherboard mesti mempunyai kelajuan BAS yang sama. Bas luaran berbeza diantara CPU yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka prestasi komputer meningkat. Internal Bus boleh diibaratkan seperti highway 10 lorong, manakala External Bus pula adalah jalan susur keluar highway yang hanya mempunyai 2 lorong. Walau besar atau lajunya sesuatu kereta di highway, bila tiba susur keluar kereta tersebut perlu perlahan. Bayangkan sekiranya lorong susur hanya satu lorong, maka kesesakkan akan berlaku bukan sahaja dilorong susur keluar malah akan menyebabkan highway yang besar akan mengalami kesesakkan. Jadi adalah perlu mempunyai External Bus yang besar untuk memastikan tidak berlaku kesesakkan. Dari jadual 1, kita dapati Pentium IV mempunyai kelajuan External Bus yang paling tinggi iaitu 400MHz sehingga 533MHz. Jadi tentulah CPU Pentium IV menjadi pilihan yang tepat untuk pengguna yang mementingkan kelajuan.

30

Jenis CPU

Internal Bus

External Bus 66 100MHz

850MHz 2.2GHz

400MHz keatas)

(1.7GHz

450MHz - 1.33GHz

133MHz

1.7 3.06 GHz

400 533 MHz

1.0 1.3GHz

200MHz

1700+ - 2800+

266 - 333MHz

Jadual 3.1.2.1 Perbezaan CPU Internal dan External BUS.

3. Saiz Ingatan Cache (Cache Memory). Semakin besar saiz ingatan cache maka prestasi CPU keseluruhan akan meningkat. Fungsi utama ingatan cache adalah untuk menyimpan arahan yang pernah diproses oleh CPU. Sekiranya terdapat arahan yang sama, maka CPU tidak perlu memproses semula arahan tersebut. Cache juga berfungsi sebagai penimbal (buffer) diantara CPU dengan memori utama kerana kelajuan cache lebih laju. Untuk lebih mudah

31

memahami fungsi cache kita bayangkan kita ada menerima 70 kotak berisi pelayan. Pada kotak yang pertama kita mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan pelayan dari kotak kerana kita perlu memikirkan cara yang sesuai untuk membuka kotak tersebut agar tidak merosakkannya. Untuk kotak kedua dan seterusnya, kita boleh membuka kotak tersebut dengan pantas tanpa perlu memikirkan (otak = CPU) bagaimana caranya membuka kotak tersebut. Ini kerana kita telah menyimpan di dalam ingatan kita cache, cara-cara untuk membukanya. Tidak perlu lagi terkedek-kedek melihat keselurahan kotak atau membaca manual How to Open Box for Dummies. Sebagai contoh lain yang menunjukkan fungsi cache memainkan peranan penting di dalam prestasi komputer. Cuba lakukan

pemasangan sistem operasi (operating system) Windows 98 dengan ingatan cache L1 (internal cache) dan L2 (external cache) dimatikan. Masa pemasangan akan mengambil sekurang-kurangnya 3 jam berbanding sebelum ingatan cache dimatikan hanya mengambil masa 45 minit. Ini kerana setiap fail di dalam bentuk cab (cabinet) iaitu fail tersebut telah dimampatkan (compress). Fail pertama dibuka agak lambat kerana perlu mengetahui cara-cara untuk uncompress dan fail seterusnya CPU tidak perlu lagi belajar cara-cara untuk uncompress kerana telah tersedia disimpan di dalam ingantan cache. Sekiranya ingatan cache dimatikan maka setiap fail, CPU terpaksa memproses semula cara-cara untuk uncompress fail tersebut. CPU AMD Athlon dan Intel Pentium IV mempunyai saiz External cache yang sama. Untuk itu, pilihan Intel Pentium IV adalah lebih sesuai kerana kelajuan dalaman dan luaran Pentium IV lebih dari pesaingnya.

CPU atau (Central Procecing Unit) adalah salah satu komponen mustahak bagi sesebuah komputer anda. Di dalam sistem unit atau CPU sesebuah komputer itu sendiri terdapat 5 lagi komponen utama yang menjadi nadi kepada sesebuah komputer. Kecacatan atau kerosakkan kepada salah

32

satusistem itu mengakibatkan komputer anda tidak akan berfungsi 100 %. Rangkaian sistem utama dalam sistem unit ialah: I. II. III. IV. V. Mikroprosessor - (brain) Ingatan (memory) RAM Input/output/I/Q Storan (disk storage) Program

3.1.2.1

Mikroprosessor

Mikroprosessor merupakan Brain atau otak kepada sesebuah komputer. Tanpanya komputer tidak dapat befungsi segala arahan akan dihantar untuk diproses di dalam mikroprosesor yang kemudianya akan dipapar pada skrin komputer anda. Kepantasan sesebuah komputer melakukan proses bergantung kepada jenis cip mikroprosesornya.

Misalnya sesebuah komputer peribadi yang mempunyai cip mikroprosessor 804386 biasanya mempunyai 4MB RAM dan bagi komputer yang mempunyai cip mikroprosessor 8036 ianya mempunyai 2MB RAM. Namun begitu nilai RAM boleh ditambah jika dikehendaki oleh pengguna.

Mikroprosessor bertugas sebagai melaksanakan arahan komputer dan melaksanakan arahan-arahan asas seperti tambah atau tolak, darab atau bahagi dan operasi logik atau operasi perbandingan.

3.1.2.2Ingatan (Memory/RAM)

33

Ingatan atau Memory yang lebih dikenali sebagai RAM (Random Acces Memory) merupakan tempat simpanan sementara sesuatu data dalam sistem komputer anda sebelum dipindahkan secara kekal kepada Cekera liat atau cekera liut anda. Walaubagaimana pun terdapat dua jenis ingatan utama iaitu RAM dan ROM.

RAM, sebenarnya jika di ikutkan penambahan RAM tidak lah sukar sepertimana yang kita dengar dari pembekal-pembekal mau pun dari kedaikedai komputer. Ada beberapa jenis RAM dipasaran ketika ini. Diantaranya adalah SIMM RAM 30 Pins, SIMM RAM 72 pins, SIMM RAM 72 pins Parity, EDO RAM 72 pins, SDRAM 12ns, SDRAM 10ns, SDRAM 100Mhz, SDRAM PC 133Mhz.

RAM Simm 30 Pins. RAM ini ada dibekal dalam dua jenis. 1 x 1MB dan 1 x 4MB setiap satu keping. Jenis ini hanya digunakan oleh Komputer jenis 286, 386 dan 486 DX2 66Mhz sahaja. Ketika ini agak sukar untuk mendapatkan RAM-RAM dari jenis ini.

Rajah 3.1.2.2.1: Contoh SIMM 30 pin.

RAM Simm 72 Pins. RAM jenis masih boleh didapati lagi di pasaran cuma kesesuaiannya sahaja yang susah nak dapat. Kadangkala RAM ini tidak sesuai dengan papan induk (Motherboard) Siri 486. Dengan itu pembelian terhadap RAM ini hendaklah dilaku dengan bijak.

34

Rajah 3.1.2.2.2: Contoh SIMM 72 pin

RAM EDO 72 Pins. RAM jenis ini kebanyakan digunakan oleh Papan Induk Pentium Siri (Socket 7). Kebanyakkannya bersesuaian. Pengguna 486 DX266 dan ke bawah, tidak perlu nak mencuba memang tidak boleh guna semula. Kalau 486 DX4-100 boleh Papan Induk. cuba tengok, bergantung pada jenis

SDRAM 12ns, SDRAM 10ns, SDRAM 100Mhz dan SDRAM 133Mhz . RAMRAM ini kebanyakkan digunakan oleh Papan Induk dari jenis Pentium II atau Celeron. Cuma perbezaan pada kelajuan sahaja. Pentium siri pun boleh menggunakkannya sekiranya terdapat ruang RAM jenis ini

Rajah 3.1.2.2.3 Contoh SD-RAM

RDRAM ini hanya seketika keluar di Pasaran. Alat ini keluar apabila Mainboard Socket 423 keluar. Mainboard Socket ini digunakan oleh Pentium 4 1.4Mhz dan Pentium 4 1.5Mhz. RDRAM ni mahal harganya. Kalau setakat mahal pengguna masih boleh beli tetapi sekarang sudah tiada di pasaran, pengguna perlu menukar kepada motherboard yang rosak kepada motherboard yang baru.

DDRAM. Jenis ini sedang menguasi pasaran. Harganya sekarang sekejap naik sekejap turun. Semua motherbord guna DDRAM ni jadi senanglah nak dapatkannya. 35

Rajah 5.1.2.2.4 DDR-RAM 3.1.2.3 Input atau output Input dan Output (I/O) merupakan saluran di mana ianya membolehkan data masuk kedalam sistem komputer anda dan data boleh di keluarkan melalui sistem komputer anda secara ringkasnya.

Inpu;t ialah arahan atau data yang diberikan kepada komputer untuk di laksanakan. Komputer tidak dapat melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik sekiranya terdapat kekurangan pada arahan atau data tersebut. Antara alat-alat Input adalah seperti keyboard, mouse, joystick,trackball dan banyak lagi.

Output ialah keputusan pemprosesan yang dihasilkan oleh komputer anda. Ianya boleh dilihat pada skrin komputer anda atau dicetak terus pada kertas cetak. Alat-alat output adalah seperti VDU(Vidsual Display Unit), mesin pencetak, dan plotter.

3.1.2.4 Storan Data ( Hard Disk)

Cakera keras adalah peranti jenis medium rakaman bermagnet yang terdiri daripada substrat aluminium yang diselaouti dan dilapisi biasanya dikeduakedua belah dengan bahan bermagnet. Pemilihan cakera keras yang laju boleh mempengaruhi prestasi komputer. Cakera keras yang dipilih mesti

36

menyokong UDMA (ultra direct memory access) dan kelajuan pusingan sekurang-kurangnya 5400rpm. Sekiranya tidak verfungfi kita boleh memilih cakera keras berkelajuan 7200rpm. Cakera keras merupakan storan skunder yang boleh menyimpan data, mengeluarkan data dan perisian dengan pasntas jika dibandingkan dengan storan skunder yang lain seperti pita magnetik, cakera liut dan storan optik.

Semasa pemasangan cakera keras, pastikan kita menggunakan kabel rata (flat cable) yang mempunyai 80 wayar. Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40 wayar maka kadar maksima penghantaran data akan turun dari 133MB/s kepada 66MB/s.

Selain cakera jenis sambungan IDE (Intregrated Drive Electronics) terdapat sejenis lagi cakera keras yang dikenali sebagai SCSI (Small Computer System Interface) atau disebut scuzzy. Cakerakeras jenis ini sangat laju dan hanya sesuai diguanakan pada server kerana harganya agak mahal.

Storan atau disk storage merupakan tempat penyimpanan maklumat atau data-data dengan banyak . Ianya mudah di panggil semula pada bila-bila masa diperlukan . Media storan diperlukan memandangkan simpanan data didalam RAM adalah bersifat sementara. Media storan ialah seperti (Hard Disk),( Magnetic floppy disket),( Magnetic tape) dan (laser disket).

3.1.2.5 Program (Perisian)

Program merupakan software atau arahan komputer anda yang lebih dikenali sebagai program aplikasi. Ia merupakan komponen mustahak

37

dalam menentukan pengoperasian sesebuah komputer . Tanpa program aplikasi komputer anda tidak bemakna dan dapat berfungsi . Di antara proram-program aplikasi yang popular seperti Wordperfect, Profesional write, Woard Star Window, Microsoft Office, dan banyak lagi yang berada dipasaran. Anda bolehla memilih program aplikasi ini mengikut keperluan anda.

3.1.3 Papan Kekunci ( Keyboard )

Papan kekunci merupakan unit input yang paling penting dalam sesuatu pengolahan data dengan komputer. Keyboard dapat berfungsi memasukkan huruf, angka, karekter khursus serta sebagai media bagi pengguna untuk melakukan perintah yang diperlukan seperti menyimpan data dan membuka data. Penciptaan papan kekunci komputer berasal dari model mesin ketik yang diciptakan dan di corakkan oleh Christopher Latham pada tahun 1868. Pada tahun 1887 papan kekunci diproduksikan dan dipasarkan oleh perusahaan Remington. Papan kekunci yang digunakan sekarang adalah jenis QWERTY, pada tahun 1973. Papan kekunci dirasmikan sebagai keyboard standart ISO( Intewrnal Standart Organization). Jumlah tombol yang ada pada papan kekunci ini berjumlah 104 tuts. Papan kekunci yang kita kenal, memiliki beberapa jenis port seperti port serial,ps2,usb dan wiyerles.

Rajah 3.1.3.1 Papan Kekunci 3.1.4 Tetikus ( Mouse ) 38

Tetikus adalah salah satu unit masukan (input device). Fungsi alat ini adalah untuk perpindahan pointer atau kursor secara cepat. Selain itu, ia merupakan perinth praktis yang cepat berbanding papan kekunci. Tetikus mulai digunakan secara maksima sejak sistem operasi telah berbasiskan GUI (Graphical User Interface) isyarat-isyarat elektrik sebagai unit masukan tetikus ini dihasilkan oleh bola kecil di dalam tetikus, sesuai dengan pergeseran atau pergerakannya. Sebahagian besar tetikus terdiri daripada tiga butang, umumnya hanya dua butang yang digunakan iaitu butang kiri dan butang kanan. Ketika ini tetikus dilengkapi pula dengan butang guling (scroll), di mana letak butang ini terletak ditengah. Istilah penekanan butang kiri disebut dengan klik di mana penekanan ini akan berfungsi bila tetikus berada pada objek yang dilantik, tetapi bila tidak berada pada objek yang dilantik penekanan ini akan diabaikan. Selain itu terdapat pula istilah lain yang disebut dengan menggeser (drag) iaitu menekan butang kiri tetikus tanpa melepaskannya dengan sambil ditolak. Drag ini akan mengakibatkan objek akan berpindah atau tersalin ke objek lain dan kemungkinan lain. Penekanan butang kiri tetikus dua kali secara cepat dan teratur disebut dengan klik dua kali (double click) sedangkan menekan butang kanan tetikus satu kali disebut dengan klik kanan (right click). Mouse terdiri dari beberapa port iaitu mouse serial, mouse ps / 2, usb dan wireless.

Rajah 3.1.4.1 Tetikus.

39

3.2

Perkakasan Komputer ( Computer Hardware )

3.2.1 Papan Induk (Motherboard)

Motherboard merupakan papan litar utama untuk semua perkakasan bertemu, disini perkakasan seperti memori RAM, kad paparan, kad modem, cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya. Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini kerana kelajuan External BUS CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang disokong oleh motherboard. Pengeluar motherboard utama adalah Gigabyte, Abit, AOpen dan Asustek.

Dari segi prestasi setiap motherboard agak sukar ditentukan yang mana lebih baik. Yang penting kita kena pastikan setiap motherboar menyokong UDMA 133 untuk cakera keras dan menyokong memori dari jenis DDE berkelajuan 400MHz atau sekurang-kurangnya berkelajuan 333 Mhz. pangkalan (port) seperti serial, parallel, USB, PCI, AGP dan sebagainya merupakan standard yang memang sedia ada pada setiap motherboard. Perbezaan yang ketara adalah harga motherboard setiap pengeluar. Selalunya motherboard yang mempunyai chipset jenama Intel agak mahal berbanding dengan motherboard Via, Ali dan sebaginya. Chipset merupakan micro processor yang mengawal hala tuju data, CPU hanya tahi memproses data mengikut arahan tetapi dari CPU hendak ke memori, kad paparan, komunikasi siri, komunikasi selari dan sebaginya memerlukan chipset untuk menentukan hala tuju. Lebih kurang macam polis trafik mengwal lalu lintas jalan.

40

Style Full AT Baby AT ATX Mini ATX LPX Mini LPX NLX

Width 12" 8.5" 12" 11.2" 9" 8-9" 8-9"

Depth 11-13" 10-13" 9.6" 8.2" 11-13" 10-11" 1013.6"

Where Found Very Old PCs Older PCs Newer PCs Newer PCs Older Retail PCs Older Retail PCs Newer Retail PCs

Match to Case and Power Supply Full AT, Full Tower All but Slimline, ATX ATX ATX Slimline Slimline Slimline

Jadual 3.2.1.1 Saiz Papan Induk(motherboard)

Rajah 3.2.1.2 Contoh bergambar evolusi mother board

3.2.2 Sumber Bekalan Kuasa (Power Supply)

41

(Power supply) adalah peranti kuat yang berfungsi untuk membekalkan voltan terus ke berbagai peralatan komputer yang memerlukan voltan, seperti motherboard, hard disk, kipas dan lain-lain. Masukkan (power supply) merupakan arus ulang alik (AC) sehingga (power supply) harus mengubah voltan AC (AC220/230/240 V, 110/120V) menjadi DC arus terus (DC 3.3 V, 5V, 12V). Ini kerana perkakasan komputer hanya dapat beroperasi sengan arus DC. Power Supply berupa kotak yang umumnya diletakkan dibahagian belakang casing. Besarnya elektrik yang mampu ditangani power supply ditentukan oleh dayanya dan dikira dengan satuan watt.

Rajah 3.2.2.1 Gambar Power Supply

3.2.3 Kipas komputer (FAN)

Kipas komputer merujuk kepada sebarang kipas dalam kelonsong komputer digunakan bagi tujuan menyejukkan, dan mungkin merujuk kepada kipas yang menarik udara sejuk dari luar ke dalam kelonsong, menyingkir udara panas dari dalam, atau mengerakkan udara melalui penenggelam haba untuk menyejukkan komponen tertentu. Kegunaan kipas atau sebarang perkakasan bagi menyejukkan komputer kadang kala dikenali sebagai pendinginan aktif.

Apabila laju jam (clock speed) dan penggunaan kuasa unit pemprosesan pusat,

42

kad grafik, RAM serta komponen lain dalam komputer meningkat, jumlah haba yang dihasilkan oleh komponen ini sebagai kesan sampingan beroperasi turut meningkat. Suhu komponen ini perlu dikekalkan dalam julat boleh diterima bagi mengelakkan lampau panas, tidak stabil, dan kerosakan mendorong kepada tempoh hayat komponen yang singkat. Sementara dalam komputer awal adalah mungkin untuk menyejukkan kebanyakan komponen menggunakan olahan pendinginan pasif, penyejukan lebih berkesan menjadi keperluan bagi kebanyakan komponen. Untuk menyejukkan komponen ini, kipas digunakan bagi mengerakkan udara panas dari komponen dan menarik udara sejuk melaluinya. Kipas yang dilekatkan pada komponen biasanya digunakan dengan gabungan penenggelam haba bagi meningkatkan kawasan permukaan yang terdedah bagi olahan haba, dengan itu meningkatkan keberkesanan penyejukan.

Dalam pasaran komputer serasi IBM, unit bekalan kuasa komputer (PSU) sentiasa menggunakan kipas ekzos untuk menyingkir udara panas dari PSU. Penyejukan aktif pada CPU mula muncul dengan Intel 80486, dan menjelang 1997 merupakan piwaian bagi kesemua pemproses komputer meja. Cesi atau kelonsong kipas, biasanya satu kipas ezos bagi menyingkir udara panas ke belakang dan pilihan bagi kipas menyedut udara sejuk melalui hadapan, menjadi biasa dengan ketibaan Pentium 4 pada akhir 2000. Kipas ekzos ketiga pada sisi PC sering kali terletak atas CPU, juga menjadi kebiasaan. GPU(unit pemproses grafik) bagi kebanyakan kad grafik moden memerlukan penenggelam haba dan kipas. Dalam sesetengah kes, cip northbridge pada papan induk memerlukan kipas dan penenggelam haba. Komponen lain seperti RAM dan cakera keras mungkin disejukkan secara aktif, sungguhpun sehingga 2007 ini kekal luar biasa. Ia tidak menjadi perkara luar biasa bagi menjumpai lima atau lebih kipas dalam PC moden. Aplikasi penyejuk RAM paling biasa adalah penenggelam haba RAM, yang dilekatkan pada RAM itu sendiri.

43

Rajah 3.2.3.1 Kipas untuk komputer

3.2.4 Pemacu Cakera (Disk Drive)

Terdapat beberapa jenis pemacu cakera cakera magneto optical, CD-ROM dan ZIP.

iaitu cakera keras, cakera liut,

i.

Cakera Keras. Komponen ini dianggap sebagai gudang atau stor yang menyimpan data.Semua maklumat ditulis dan dibaca ke atau dari cakera keras. Cakera keras yang terdapat di pasaran hari ini berupaya menyimpan antara dua hingga tujuh gigabait data. Keupayaannya terus ditingkatkan dengan beberapa syarikat sedang membangunkan cakera dengan storan 9GB. Dengan saiz aplikasi terutama dengan gabungan video dan audio, pemilihan cakera keras dengan storan lebih tinggi ialah bahagian terbaik. Selain saiz, persembahan cakera keras turut berbeza dan ia dipengaruhi kepantasan akses, pusingan setiap minit (RPM), dan saiz cache sesuatu cakera. Lebih pantas masa akses dan lebih tinggi RPM, maka lebih pantas persembahan cakera dan secara langsung meningkatkan keupayaan PC. Terdapat cakera keras yang menyokong standard IDE dan SCSI. Daripada kajian, cakera keras SCSI lebih pantas tetapi harganya lebih tinggi. Selain itu, cakera keras jenis ini memerlukan pengawal SCSI (SCSI Controller). Kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan cakera keras jenis IDE. Ia tidak memerlukan kad tambahan dan boleh

44

dipasang

terus

ke

dalam

sistem

dengan

sokongan

EIDE.

Persembahan cakera EIDE juga semakin pantas dengan peningkatan masa carian dan masa akses.

Rajah 3.2.4.1: Cakera Keras

ii.

Pemacu CD-ROM.Selain pemacu cakera liut 3.5 inci, kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan pemacu CD-ROM. Berbanding dengan pemacu cakera liut, pemacu CD-ROM dapat menyimpan sejumlah data yang besar sehingga 650 MB. Bagaimanapun pengguna hanya boleh membaca isi kandungan CD-ROM dan tidak boleh menulis ke atasnya.Kelajuan pemacu biasanya dilabel sebagai 4X, 6X, 8X, 10X, 16X, 20X,24X danlain-lain dikira berdasarkan pusingan. Kebanyakan pemacu CD-ROM pada hari ini berpusing pada kadar 16X iaitu kadar data boleh dihantar ke cakera keras. Pemacu CD-ROM 16X mencukupi bagi penggunaan seharian serta aplikasi multimedia.

Rajah 3.2.4.2: Pemacu CD-ROM

iii.

Digital Versatile Disk (DVD). Teknologi cakera Cd yang paling mendapat perhatian hari ini ialah DVD. Kelebihan utama DVD

45

berbanding dengan CD-ROM ialah keupayaan storan yang 10 kali lebih besar berbanding dengan CD tradisional. Keupayaan storan tinggi ini membolehkan kandungan multimedia berkualiti seperti cakera laser dapat disimpan dalam satu CD. Contohnya, sebuah filem 120 minit hanya boleh disimpan dalam dua keping CD-ROM. Dengan menggunakan DVD, semua kandungan filem dapat dimasukkan. Cakera DVD hari ini mempunyai kapasiti 4.7GB (single sided). Walau bagaimanapun cakera DVD hanya boleh dibaca sahaja.

Rajah 3.2.4.3: DVD -Rom.

iv.

Pemacu ZIP (ZIP Drive). Penyimpanan data menggunakan pemacu ZIP mula mendapat perhatian kerana keupayaannya menyimpan data lebih besar serta fungsi mudah alih data dalam cakera seperti kaedah cakera liut. Secara umum, pemacu ZIP berfungsi seperti pemacu cakera liut, bezanya hanya dari segi kapasiti storan di mana setiap cakera ZIP boleh menyimpan sehingga 100MB data.

Rajah 3.2.4.4: ZIP Drive 46

3.2.5 Kad Paparan (Graphic Card)

Kad paparan dipasang pada komputer dislot yang ada pada papan induk (motherboard) atau terbina dalam. Merupakan peranti yang akan disambung kepada peranti output seperti monitor dan adalah diantara komponen yang penting menentukan prestasi sesuatu komputer. Tanpanya proses boot-up akan berhenti dan speaker akan berbunyi menunjukkan kad paparan tidak dijumpai. Terdapat empat jenis kad paparan dipasaran: i. ISA beroperasi dalam 16 bit. Hanya sesuai untuk sistem 80286 sehingga 80486. ii. PCI beroperasi dalam 32 dan 64 bit. Kad paparan jenis PCI 64 bit sering terdapat pada pelayan. Kebanyakkan sistem komputer peribadi hanya menyokong PCI 32 bit. iii. AGP beroperasi dalam 32 bit tetapi mempunyai sistem bus 66MHz berbanding dengan PCI yang mempunyai sistem bus 33MHz. iv. Bina dalam (Built-in) kebanyakkan motherboard sekarang mempunyai kad paparan bina dalam. Motherboard jenis ini murah sebab tidak perlu menyediakan slot AGP. Dari segi prestasi, kad paparan bina dalam tidak dapat menandingi kepantasan kad jenis AGP. Terdapat dua jenis kad paparan bina dalam iaitu:a) Menggunakan memori motherboard. Berkongsi. Saiz

memory boleh diubah dari 2MB sehingga 8MB. b) Mempunyai memorinya sendiri. Selalunya bersaiz 8MB dan mempunyai prestasi yang lebih baik dari pilihan di atas.

47

Rajah3.2.5.1: Grapic Card

Kesimpulannya, elakkan menggunakan motherboard yang mempunyai kad paparan bina dalam kerana prestasinya amat mengecewakan. Penggunaan kad paparan jenis AGP merupakan tindakan yang baik. Setiap kad paparan AGP mempunyai kapasiti yang berbeza, bermula dengan 32MB sehinggalah mengikut kemampuan kita. Kad paparan berkapasiti 32MB sudah mencukupi untuk pengguna biasa. Tetapi memandangkan harga tidak jauh berbeza diantara 32MB dan 64MB maka lebih pratikal menggunakan kad paparan berkapasiti 64MB.

3.2.6 Modem Modem merupakan peranti output yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer lain dengan menggunakan talian telefon. Menurut kamus Fajar Bakti, modem bermaksud peranti yang boleh menukarkan strim bit digital menjadi isyarat analog yang sesuai untuk penghantaran ke dalam beberapa saluran komunikasi analog dan boleh menukar isyarat analog masuk kembali menjadi isyarat digital.

Dengan kata lain modem merupakan satu alat komunikasi untuk menukarkan dari bentuk digital kepada analog dari komputer ke talian telefon dan menukar balik analog kepada digital dari talian telefon ke komputer. Kelajuan paling tinggi bagi analog modem ialah 56Kbps. Perhatikan b 48

adalah huruf kecil maka ukuran data komunikasi adalah didalam bentuk bit bukan bait (byte).Tetapi semasa kita membawa turun download fail dari internet, kuran yang digunakan adalah bait (byte). Sekiranya kelajuan semasa membawa turun fail adalah Kbps maka apabila ditukar didalam bentuk bit, nilainya adalah 40Kbps (5x8 bit).Terdapat empat modem untuk talian analog iaitu internal modem, external modem, USB modem dan PCMCIA modem.

Rajah 3.2.6.1: Internal modem jenis slot PCI.

Rajah 3.2.6.2: External modem mempunyai procesor.

Rajah 3.2.6.3: USB Modem 49

Rajah 3.2.6.4: PCMCIA modem.

Modem jenis internal, external dan USB boleh digunakan pada komputer peribadi manakala modem jenis PCMCIA digunakan pada komputer bimbit (notebook). Pemilihan jenis modem tidak mempengaruhi kelajuan semasa mengakses internet. Terpulang kepada kita untuk memilihnya. Pemasangan internal modem dapat mengurangkan kesesakkan di atas meja manakala pemasangan external modem pula boleh digunakan sekiranya kita ingin menggunakan perkhidmatan fax tanpa perlu memastikan komputer

dihidupkan. Cukup sekadar memastikan modem dihidupkan, maka external modem dapat menerima dan menyimpannya di dalam memori yang ada padanya.

Sekiranya kita sering bertukar tempat dan bertukar PC, modem jenis USB amat sesuai untuk kita. Ini kerana proses pemasangan amat mudah serta tidak memerlukan unit bekalan kuasa luar seperti external modem. Memilih modem yang murah sudah mencukupi, hanya bertukar kepada modem berjenama apabila talian sering terputus talian semasa sedang menyusuri Internet.

3.2.7 Kad Rangkaian (Network Card)

50

Network Interface card (NIC) digunakan untuk menyambungkan komputer kepada rangkaian Ethernet. Card ini menyediakan antaramuka kepada media. Ianya dipasang dekat expansion slot di motherboard. Kebanyakan NIC di reka untuk jenis network yang tertentu.

Rajah 3.2.7.1 Network Card

3.2.8

Casing Komputer

Casing komputer adalah kotak atau rumah komputer adalah tempat terletaknya Processor (CPU), Motherboard dan peranti-peranti yang lain. Pada casing ini juga digunakan sebagai tempat untuk melindungi motherboard, floppy drive, power supply , hard disk drive dan komponen-komponen yang lain. Lima fungsi casing ialah: 1. Melindungi berbagai komponen-komponen di dalamnya dari debu, panas, air, atau kotoran lainnya pada saat bekerja dan melindungi dari pertembungan fizikal yang kita tidak inginkan. 2. Casing juga begitu penting karena hampir semua perkakasan seperti prosessor,motherboard, DVD-RW drive, DVD-ROM dan hard disk menggunakan casing ini sebagai tempat perlindungan di slot-slot tersendiri di setiap ruang casing yang tersedia. 3. Exhaust fan yang berfungsi sebagai pendingin ruang juga menggunakan casing sebagai tempat beroperasi mengawal suhu dalam CPU. 4. Casing computer yang juga amat penting adalah sebagai tempat terletaknya lampu-lampu serta slot-slot yang terdapat di bagian casing agar casing komputer anda menjadi menarik

51

5. Casing juga mempunyai tugas penting iaitu sebagai dudukan power supply yang memberikan tenaga buat semua komponen.

Rajah 3.2.7 : Contoh casing

52

Anda mungkin juga menyukai