Anda di halaman 1dari 7

Rumput Mutiara... Pearl Grass Nak citer pasal rumput kali ni....

Tergerak hati nak tulis pasal Rumput Mutiara @ Pearl Grass sebab hati selalu memuji2 betapa cantiknya rumput ini dekat laman dapur tuh. Satu2nya ruang yang masih kekal dilatari dengan rumput mutiara ialah di laman dapur. Ruang lain pun sebenarnya memang ditanam dengan rumput ini juga tapi dek dah tak terkawal dengan rumput2 liar yang berebut2 nak kluar sama, hah sekarang semua dah bercampur2 dah. Dats y, senang citer papa just mesin je sume dua minggu sekali... redah semua, tak kira ko rumput mutiara ke, ko yang dah jadi cow grass ke, ko kemuncup2 yang selalu duk kacau time kitaorang main badminton tu.... hah sume broommm, mesin je sume...

Alhamdulillah, laman dapur masih kekal cantik dengan rumput mutiara sebab laluan kecil ini rajin diselenggara dari masa ke semasa. Masa keluar tengok2 ulam, saya selalu ambik peluang cabut2 rumput liar yang cuba ambik tempat tumbuh di celah2 rumput mutiara. Jadi bila selalu teringat nak cabut tu, maka maintain cantiklah rumput mutiara di sepanjang laluan tersebut... :)

Memang direkemen sangat2 lah buat sesapa yang tengah duk pk-pk nak tanam rumput apa kat laman rumah tu. Lebih2 lagi buat bro, akak2 dan adik2 yang baru pindah masuk rumah baru.... heheh... Cantikkk sangat kalau nak terai tanam pearl grass ni... rumputnya cam berkelopakkelopak gitu, ruang laman nampak basah kehijauan, sejuk je mata memandang.... :)) ...info tentang Rumput Mutiara *berdasarkan pengalaman menanamnya sendiri: rumput mutiara tak perlu dimesin... rupabentuk rumputnya cantik, kekal dalam saiz yang sama panjang. jika ditanam ditempat yang betul2 panas dan di kawasan yang terbuka (tidak berbumbung), saiz rumput jadi betul2 pendek, nampak cam bulat gitu... jika ditanam di tempat yang 50:50 kepanasan jadilah saiz yang seperti dalam gambar di bawah. jika ditanam di tempat yang berbumbung contoh bawah rumah orkid yang berbumbung netting, saiz daun jadi panjang-panjang (2" - 3" panjang) sementara kedudukan helaian rumput agak jarang...jarang... antara satu sama lain, tak padat... *kesimpulan: rumput mutiara agak tak brape sesuai ditanam bawah bumbung* Sesuai dibajakan hanya dengan baja organik tahi ayam. Kalau terlebih tabur pun, its ok ... rumput tak mati.

Cara maintain rumput mutiara: mesti rajin diselenggarakan dari masa ke semasa...mesti dipantau pertumbuhan rumput2 liar yang sentiasa curi2 ruang nak tumbuh sama. mesti ditabur baja organik tahi ayam sekali-sekala untuk memastikan pertumbuhan rumput sentiasa sihat, subur dan menghijau. kalau bukan musim hujan, elok disiram sekurang2nya sekali sehari. tanahnya tidak terlalu liat agar lancar pertumbuhan akar, sebaiknya ada campuran tanah semasa awal2 proses menanam. rumput jangan sampai bertakung air... oleh itu harus dipastikan kedudukan tanah agak tinggi sekurang2nya sama paras dengan kaki lima rumah. Jika bertakung air, dikhuatiri ianya akan membusuk dan kemudiannya mati... ia bukan jenis yang lasak macam Cow Grass.

Memasang rumput mutiara

memula..kene la beli beberapa ratus rumput yek.. kalu order, dernag htr penghantaran jer..dlaam RM100 (tu sbb beli kat sg buluh) Kalu berdekatan biasanya RM30 la kan..standard la harga tu..

memula korang kene la terbalikkan rumput tu.. sbb nya plastik itam tu kat bawha rumput tu..klau korang main letak jer rumput tu x buang plastik..

x sampai 1 hari aku bagi jaminan.. rumput korang mati..hahahaha

buka dengan cermat yek..sebb rumput tu bertanah cikit.. jadi ..kalu buka seganas mcm Aus @ Bean.. confirm aku rasa pecah..

Bila korang dah ceraikan ia.. yer cerai tu korang pisahkan plastik ngan tanah tu yek..

. korang hanya perlu tampal aja atas tanah yang telah berpasir.. oh ya lupa lak nak cakap..sebelum nak letak rumput mutiara tu.. kena la tabur pasir dulu serata2 nya biar la cantik nanti bila tabur rumput nie..

tgktgk..kejap jer kan?? dah siap.x sampai seminit jer ok la 5 minit la..

tp awas..kalu korang wat masa tghari terpacak..memang cepat pengsan la..

Anda mungkin juga menyukai