Anda di halaman 1dari 7

Resipi Lemang Pak Mahmud Raja Lemang Maran

Bahan-bahan:

Beras pulut 1 gantang (3 gantang bersamaan 2 kilo, macam 2 batu = 3 kilometer jugek la kuikui)
Santan mesin di kedai, 1.5 kilo
Air dan garam secukup rasa, dicampur dengan santan, jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat
Daun lerek untuk melapik pulut di dalam buluh. Lihat gambor di bawah.


Daun ini biasa ditemui di ladang getah. Bila dibakar dalam buluh lemang, baunya memang sedap.
Gambor dirembat dari blog shahaimi.blogspot.com kuikuisssssssssss

Daun lerek yang telah dipotong dari pokoknya, tangkainya dibiarkan panjang



Proses menggulung daun lerek dan memasukkan gulungan ke dalam buluh. Amaran: Jangan potong
ruas buluh pendek seperti dalam gambar ini, sila rujuk ilustrasi koi di bawah kuikui
Gambor-gambor dirembat dari blog KRT Taman Maran Jaya, kebetulan pulok demeh ada gambor ni..
Gambor yang koi ambik ander dalanc henpon tua koi, bluetooth tak jalan pulok kuikui Terima kasih
KRT Maran Jaya.

Buluh lemang, takde buluh bukanla lemang namanya kuikui
Mula dengan pemilihan buluh. Jangan pilih buluh yang sangat muda. Sebabnya? Buluh muda sangat
basah. Menurut Pak Mahmud, kita kerugian masa dan haba awal kerana haba dihabiskan untuk
mengeringkan buluh sebelum haba betul-betul sampai ke beras pulut.

-buluh dipotong, dengan kelegaan 5-6 inci dari ruas bawah. Ini supaya pulut yang berada di bawah
sekali tidak berada terlalu jauh dengan api. Sila rujuk rajah di bawah.




Langkah-langkah:

i) Beras pulut direndam selama 3 hingga 3 setengah jam dalam santan yang telah
dicampur dengan air tadi.

ii) Toskan air, tetapi jangan terlalu kering, nanti susah nak masukkan pulut ke dalam buluh.
iii) Masukkan daun lerek yang digulung sedikit ke dalam buluh. Rujuk gambor di bawoh.



Lihat gulungan daun lerek di atas. Tercokeng tangkey weh, jangan potong, banyok gunenye weh
kuikui Gambor ini juga dirembat dari blog KRT Maran Jaya.


iv) Masukkan pulut sedikit demi sedikit menggunakan pulut. Hentak pangkal buluh dua kali dengan
perlahan bagi setiap 3 atau 4 sudu pulut. Ini untuk mengelakkan pulut tidak sampai ke pangkal
sewaktu diisi, tetapi apabila diisi santan akan melurut ke pangkal dan tinggal sedikit. Jika ini berlaku,
sangat sukar kerana santan telah masuk ke dalam buluh, paras pulut tidak diketahui dan jika hendak
diisi semula, santan terpaksa ditoskan semula.

v) Nyalakan api dan sebaik sahaja api besar didapati, susun buluh lemang yang telah diisi dengan
pulut. Tuang santan hingga melebihi suku inci paras pulut. Kawal kedudukan buluh supaya tidak
hangit atau terbakar.

vi) Tambah santan dua atau 3 kali lagi apabila pulut dilihat mengering. Menurut Pak Mahmud,
tempoh membakar tidak sepatutnya melebihi 1 jam dengan cara ini. Jika kita sudah betul-betul
mahir, hanya setengah jam diperlukan.

vii) Satu perkara penting ialah, bakar lemang pada siang hari supaya kedudukan buluh dapat dikawal
dengan lebih baik, beza buluh yang agak pudar warnanya apabila telah didiangkan dapat dilihat
dengan jelas berbanding dengan buluh sebelah yang belum didiangkan. Pada waktu malam,
memang sangat sukar. Putarkan kedudukan buluh pada sela masa 10 minit atau kurang sedikit,
bergantung kepada warna buluh. Apabila sudah dua atau tiga kali membakar lemang, makin
senanglah kita menentukan sela masa putaran buluh.

viii) Api perlu dipastikan sentiasa agak besar dan menyala, pulut yang sudah direndam sebelumnya
agak senang masak berbanding pulut yang belum direndam. Yang penting, jarak buluh mesti sentiasa
dipantau supaya tiada buluh yang hangit. Jarak ruas yang tinggi (5-6 inci) juga membantu
mengurangkan masalah pangkal buluh tidak masak dengan baik.

Mengikut pengalaman koi, membakor lemang ni minimum 3 jam setengoh, tu yang tak daya kering
sampei ke tulang koi rasa, dah la bulan pose. Tiap kali membakor, abang sulung koi encik Zaidi lah
yang lama menunggu api, komeh lari tido bawoh tangga kuikui
Mana tak jadi 3 jam 4 jam weh.. komeh bakor kayu sampei tinggey bara, baru bawok turun lemang,
susun mmolek, berdiang sungguh la weh.. kononnya nok masak slow and steady, tak daya la weh
kita pose, kala membakor untuk raya haji tahan la jugek kuikui



Contoh cara memutor batang lemang. Tapi jangan potong pendek ruas, karanc payoh nok masak
pulut di pangkey tu weh kuikui

ix) Cara untuk memastikan lemang telah masak ialah dengan mencucuk lidi bersih yang baru diraut
ke dalam lemang, terus hingga ke pangkal. Kala rasa lidi tercucuk butir-butir, belum masak lagi la tu.
Kala lancorrr je sampei ke bawoh, cantek amat dah la tu kuikui

Satu lagi kelebihan besor lemang daun lerek berbanding lemang daun pisang ialah kita tidak perlu
membelah buluh lemang untuk makan. Haaa..pelik dak? Mende ke tidoknye..wokme tarik je tangkai
pelepoh daun leret te, pulut yang terbungkus dalam daun canteeek je keluor dari buluh, memang
menarik amat weh..sebak tu koi kabor tadi jangan potonc tangkey te kuikui

Lagi satu, apabila lemang telah masak, hentakkan pangkalnya ke tanah lima enam kali sederhana
kuat. Pasey pulok kene buat gitu? Haaa.. bila wokme potong isi lemang te, takdok la berderai-derai..
Isi lemang akan padat dan cantik apabila dihidangkan kepada tetamu...

Koi ni membakor lemang dulu belajor dengan oranc perok, almaklumlah komeh ni keturunan kedoh,
lemang kurang popular di kedoh, ketupat tiga segi daun palas je yang mayshurnya..
Ye la... Kelantan kan sepupu Kedoh dan adik-beradik terengganu..zaman sekarang ke Kedoh dengan
Kelantan rasa terlalu asing, pada hey tu lah laluan masing-masing berulang-alik mencari rezeki,
belajar agama atau menyambung silaturrahim sejak zaman dahulu kala lagi..lajok ke Patani, ke
Acheh lagi...

Okla..
setakat ni dulu catatan koi kali ni..

Moga hasrat Pak Mahmud Taman Maran Jaya supaya ilmu beliau dapat dipanjangkan ke generasi
akan datang dapat dicapai dengan asbab blog koi yang tidak seberapa ini..
Terima kasih daun keladi kepada Pak Mahmud, Fendi dan keluarga yang tidak kedekut langsung
ilmu, malah begitu ikhlas menyampaikannya kepada komeh.. Tahun depan mungkin tips buat roti
canai pulok, dan ambik sikit je baru ni.. kohot amat dah komeh masa tu.. kuikui

Ma'assalamah wa ilal liqaaaa'..

Anda mungkin juga menyukai